Tak puasa makan nasi masa beriftar juadah dari Bazar Ramadhan hari Khamis tu.Maka semalam memang plan nak penuhi selera anak tekak sendiri.Masak lauk kampung simple- simple pun takpa dah .Puas selera .Agaknya sebab tu orang- orang tua sanggup makan nasi berlauk ikan masin,ulam & sambal belacan jika apa yang dibeli atau dimasak anak cucu tidak kena dengan tekak ..hihihi
SAMBAL BUAH MACANG MUDA + IKAN BILIS
2 biji macang muda
1 cawan bilis bersih
1/4 cawan minyak
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
Bahan Blend:
15 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing.
2. Terus tuangkan bahan blend & masak hingga mendidih.
3. Tambah garam,gula & buah macang sagat.
4. Masak hingga kering & naik minyak.Sesuaikan rasa.
Sayur kangkung favourite Adah.Masak 1 ikat besar tu sebab selalu dia cakap tak puas makan kangkung.Tapi yang saya perasan kangkung sekarang halus- halus benar.Tak cukup baja @ tak sempat cukup umur dah dicabut..Hihihi
Sebab tak suka sup & telur dadar,saya hanya sambal macang & sayut kangkung.Ops,ada ikan talang masam juga yang membantu melajukan suapan..Hihihi..
Sedap2 belaka
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa
Betul la kangkung skrg ciput je yg blh mkn lain kena buang.dah tak jumpa kangkung kpg daun lebar dan keras baru puas digoreng belacan
ReplyDeleteIsshh...issshh diet betul mama Cella sekarang ni. Ciput jew makanan atas pinggan.
ReplyDelete