Saya memang suka lauk- lauk kering.Kalau berkuah,saya suka yang kuahnya pekat & hanya perlu letak sedikit sahaja pada nasi.Iya,selera manusia kan tidak sama.Kalau sama macam tak meriah la dunia masakan...hihihi
Digaul sama nasi panas-panas,cukup hanya satu lauk ini sahaja bisa menambah sepinggan lagi.Kemana perginya hidangan suku suku separuh?
Jawapannya ...
Ke Laut Dalam...!!!!!!
2 cawan bilis mata biru yang halus.
2 biji kentang- potong wedges nipis.
2 keping tempe- hiris nipis
1 genggam cili padi hijau- belah dua.
1 asam keping kecil.
1 batang serai - titik
1 genggam cili padi merah - belah dua.
1 bawang besar- hiris bulat.
Minyak,garam,gula.
Bahan Blend Halus:
10 cili kering.
1 bawang besar.
3 bawang putih.
1. Goreng garing bilis,kentang & tempe berasingan .Toskan.
2. Dalam minyak gorengan anggaran 1/2 cawan,tumis bawang ,serai,cili padi merah & cili padi hijau yang sudah dibelah.
3.Bila layu,masukkan bahan blend .Tambah garam,gula & masak hingga naik minyak.
4. Matikan api & biar sambalnya sejuk sedikit baru dimasukkan semua bahan gorengan & gaul rata supaya tempe & bilis kekal rangup.Siap.
Nanti DSSS boleh kutip balik di laut dalam.
ReplyDeletememang lauk kering-kering sangat membuka selera. Janji, jangan masak banyak lauk memang menambah-nambah nasi!
Hihihi...nak menyelam kutip balik tu kena kental la jiwa.
DeleteTu la kalau tak masak lauk macam ni mungkin bokeh menyelamatkan keadaan.Hihihi
Rugi makan SSS
ReplyDeleteSelagi sedap di tekak, PPM (penuh penuh melimpah) pun takpe
Hahaha...idea yang bernas ni wak,kalau jenis aktif berkebun macam wak la..Kalau jenis tak keluar peluh ni,boleh patah jarum timbang.hihihi
Delete