Thursday, 6 May 2021

CHICKEN BALL MASAK SAMBAL-IFTAR 23. RAMDHAN 1442

Esok ,KL akan ber PKP 3.0.Maka putus sudah  harapan & impian untuk balik beraya bersama keluarga di kampung.Apapun life must go on..

Yakin bahawa dalam musibah ,pasti Allah turunkan bersama hikmah

Chicken ball masak sambal.Lauk iftar semalam 23 Ramadhan 1442.Lebih kepada lauk anak-anak.Kalau saya jika diberi pilihan chicken ball ni dengan ikan masin,saya akan pilih ikan masin.Hihihi

Yang bulat- bulat hijau tu bukan kacang pis yer.Itu terung pipit.Hari Isnin ,Ita ada bagi terung pipit hasil kebun bandarnya.Saya masukkan dalam sambal ni lebih kurang 1 cawan.Ada lagi separuh saya simpan dalam peti ais sebab plan nak masak sambal berlada dengan bilis & petai.

SAMBAL BEBOLA AYAM
1/2 paket (30 biji) Ramly Chicken Balls
1 asam keping
1 sudu  teh garam
2 sudu teh gula perang
1 cawan cili blend

1 bawang besar

10 cili padi
1 bawang besar + 3 bawang putih -blend1

1/4 cawan minyak


1. Panaskan minyak & goreng chicken balls hingga nampak berubah warna.
2. Terus masukkan bawang & cili blend.
3.Masukkan asam, garam, gula dan masak hingga naik minyak.
4. Tambah bawang besar & cili padi. Sesuaikan rasa. 


Masak juga sayur kacang bendi dengan ikan bilis goreng.


Telur dadar garing sebagai pelengkap


Kari kambing baki semalamnya tu ada lagi.Sebenarnya baki ni cadang nak melempeng masa sahur.Kemalasan punya pasal,sebab sahur dengan anak bujang tu saja,maka dia makan nasi,saya makan roti sahaja.Kari tu masih juga berbaki ,bawa ke iftar.

Tiada kuih.Hanya buah pitaya merah ni sahaja

Alhdulillah,masih banyak rezeki yang Allah kirimkan bersama nikmat kesihatan & umur yang masih berbaki.Sesekali rindu sangat puasa dalam PKP tahun 2020.Tapi takkan mungkin suasana itu berulang.Maksud saya perasaan & ketenangan dalam pada masa tu.Biasalah,kita memang akan sering merindu masa lalu kerana masa lalu takkan berulang lagi waima masa yang berlalu itu baru sesaat yang lepas


4 comments:

  1. Mudah2an betullah, dalam musibah ada hikmahnya.. sy peminat sayur bendi tu tapi tak suka letak ikan bilis.

    sama2 raya pkp kita

    ReplyDelete
  2. Sedap2 menunya
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  3. Dulu saya goreng telor dadar pakai non stick pan, tapi sejak cella tunujuk mak cella buat yg garing saya sekarang lebih menggemari yg garing.Sedap buah pitaya/naga tu

    ReplyDelete
  4. Kari kambing saya habis isinya, tinggal kuah saja. Makan waktu buka dan sahur. Ingatkan nak makan lempeng dengan kuah kari...adeeehhh sedapnya!

    ReplyDelete