Friday, 14 May 2021

BERTUKAR-TUKAR JUADAH RAYA PKP 3.0

 Cerita pagi raya semalam.Nak beraya ke rumah jiran tak boleh.Jiran nak datang beraya rumah kita pun tak boleh.


Kita hantarkan  juadah raya sahajalah kepada jiran sbelah menyebelah ni.

Sebalang biskut ni untuk jiran rumah bujang sebelah kanan.Mereka chef mungkin sudah memasak juadah sendiri.Rasanya elok dikirimkan cookies ni kerana ahli rumah mereka ramai.




Ni untuk sebelah rumah bujang ramai tu.Rumah ex pengerusi Persatuan Penduduk yang banyak membantu .Sedikit ketupat palas,ketupat daun kelapa,rendang & sedikit cookies.Nak juga bagi mereka merasa ketupat daun kelapa kerana mereka suami isteri dari utara.


Untuk jiran depan rumah.Pasangan muda beranak satu.Saya titipkan sebekas kudapan bersama 1 sampul duit raya untuk anaknya

Ketupat  & rendang.Rendangnya terlindung la pula.Untuk jiran bujang sebelah kiri.Mereka tinggal bujang lelaki berdua sepupu.Kedua-duanya masih bujang tetapi kedua-duanya sudah kehilangan ibu.


Sebekas rendang,sebekas ketupat palas & sebalang cookies lagi saya pesan kepada anak bujang yang menjadi runner hantar juadah pagi raya.Saya pesan yang agak banyak ini untuk jiran yang betul- betul bertentangan depan rumah ni.Mereka warga Pakistan tinggal menyewa beberapa orang.Pastinya juadah ini tidak sama dengan dengan juadah di kampung halaman mereka.Semoga mereka dapat merasai & meraikan perbezaan itu.Walaupun hakikatnya saya tidak pernah bertegur sapa dengan mereka tapi mereka Muslim yang baik kerana sentiasa ke surau & masjid untuk berjemaah.Ini kali kedua menghantar juadah kepada mereka setelah kali pertama katika raya dalam PKP 1.0  tahun lepas.


Ini untuk jiran yang lain.


Jiran hujung sekali,kerana  sudah habis cookies,saya gantikan dengan sebalang kudapan kacang & cornflakes campur.


Ini kiriman dari jiran pasangan muda anak satu  depan rumah untuk kami.


Berisi sebekas biskut dahlia.


Ini timbal balas dari dua sepupu jiran bujang lelaki sebelah kiri.Nasi impit kuah kacang & rendang kerang.

Sedap betul rendang kerangnya.Masa berbual tu ,dia cerita yang rakan serumahnya merangkap sepupunya itu cuba buat ketupat palas sendiri berpandukan pengalaman pernah lihat arwah emaknya buat ketupat palas.Tapi tidak begitu menjadi kerana menggunakan santan kotak.Saya titipkan beberapa petua supaya lain kali wajib guna santan segar & dengan janji jika ada kesempatan saya akan tunjuk ajar.Sayu hati bila mengenangkan kegigihan mereka membuat ketupat yang pastinya bersulam rindu kepada arwah ibu mereka.



Balasan bekas daripada keluarga ex pengerusi penduduk

Ketupat palas,rendang & campuran biskut raya.
Yes....!
Macam ni la yang selalu mak suruh kami hantar ke rumah jiran masa dulu- dulu.Oh,kenangan itu datang bersama kiriman juadah ini.

Ini pula dari jiran rumah hujung sekali.Isterinya orang KL manakala suaminya orang Negeri 9.
Juadahnya gabungan 2 negeri itu.Ayam rendang cili api,ketupat palas,nasi impit kuah lodeh beserta kuah kacang & sambal sotong kering.
 
Ini yang terakhir dari jiran seberang jalan.Hihihi,jiran dari kuaters seberang jalan tu.Wifenya orang Johor,suaminya orang Kelantan.Ketupat daun kelapa & kuah kacang.Mungkin makanan kegemaran isterinya..hihihi


Juga dikirimkan tapai pulut.Pasti ini juadah pilihan sebelah suaminya kerana tapai popular di Pantai Timur sebagai juadah raya.Alhamdulillah. .


Ya Allah,sesungguhnya benarlah dalam musibah,Allah turunkan bersama hikmah Walau tak dapat berkunjung jiran sebelah menyebelah,tapi ada hikmahnya.Dalam tak sedar, tradisi menghantar juadah pagi raya kepada jiran tetangga seakan kembali hidup.Dulu zaman kanak-kanak & remaja,bila pagi raya mak akan susun pinggan & sia(mangkuk tingkat) suruh isi juadah raya & kuih raya untuk di hantar ke rumah tokwan & untuk mak bawa ke surau .Bila berpindah rumah,memang menjadi "wajib" untuk hantar sepinggan ketupat bersama gulai daging & sepinggan biskut raya campur-campur ke rumah Long Che Mah jiran sebelah kiri rumah mak & ke rumah Chik Ma jiran sebelah kanan rumah mak.Untuk kakak-kakak mak,Long Tesah,Mak Lang Sakdiah & Mok Tah & abang mak Pak Wan,Pak Teh Kok & Pak Ngah Mad & Tol Doh di Pokok Asam kami bungkus dalam surat khabar kerana rumah mereka jauh.Sekarang bila mengulang tradisi itu di KL ,hati sangat terharu mengenang nostalgia lama itu.




7 comments:

  1. Sslmt Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.seronok dpt bertukar juadah paling mahal rendang kerang.

    ReplyDelete
  2. Luasnya Rahmat Allah untuk hambanya...senyum saya tengok kiriman campuran biskuts tu... kenangan Kita lah dulu2.selamat Hari Raya untuk mak cella Dan anak semua

    ReplyDelete
  3. Berlimpah rezeki yg dikembalikan dalam sesat tak sesat zaman pandemik ini.

    Semoga semuanya sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. *dalam sedar tak sedar

      Aduhh.. dictionary ni tak boleh harap

      Delete
  4. Alhamdulillah
    Rezeki dikongsi bersama

    ReplyDelete
  5. Itulah yang sebaiknya. Juadah raya pengganti diri. Moga erat silaturrahim.

    ReplyDelete