Kesempatan balik Kedah minggu lepas,saya sempat masak menu nostalgia saya
Saya masak Kari Ayam Kerisik bersama rebung buluh lemang.
Biasa kita jumpa rebung madu,rebung beting,rebung sungai dan beberapa jenis rebung lagi mengikut nama buluhnya.
Kali ni saya masak rebung buluh lemang.Ya,rebung dari pohon buluh yang buluhnya digunakan untuk buat lemang..Untuk pengetahuan mereka yang belum tahu...buluh lemang tu bukan boleh guna sebarang jenis buluh,sebaliknya menggunakan buluh tertentu atau memang buluh khas yang memang untuk buat lemang.Buluh lemang biasanya lebih nipis berbanding sesetengah jenis buluh lain..Kalau buluh madu tu orang tak guna buat lemang sebab buluhnya tebal dan lubang buluh tu kecik,tak sesuaai.Begitu juga dwngan buluh beting yang batangnya terlalu besar dan tebal.
Inilah rebung buluh lemang tu..Baunya lebih harum dan rasanya lebih sedap Tapi menurut mak saya,rebung buluh lemang ni leceh nak kupas kulit rebung tu kerana lebih banyak miangnya.Kalau kena kulit jenuh bergaru..
Rupa miang buluh dan rasa gatalnya tu lebih kurang macam orang lelaki gunting rambut...
Kalau bagi bandingan perempuan kurang sikit gatal masa gunting rambut sebab rambut panjang dan rambut wanita lebih halus dan lembut..
Kalau rambut lelaki digunting ,sisa rambut pendek-pendek yang jatuh kat leher dan bertepek tu memang gatal dan merimaskan..!!
Begitulah gambaran miang buluh.
Ini pula rebung hutan.Dah siap dikupas.Rebung hutan ni tumbuhnya liar di hutan.Zaman dulu batang buluhnya sering dijadikan dinding rumah,bubu,lukah dan yang paling popular dijadikan galah ketika musim buah
Rebung hutan ni kata mak saya,iainya tidak "berbisa" dan boleh dimakan oleh pengidap penyakit angin etc.Kata mak ada orang mengalami alahan angin jika makan rebung madu atau rebung sungai tetapi rebung hutan ni lebih mesra pemakan..hihihi
Cuma kena rebus lebih lama berbanding rebung madu.
Gulai Ayam Rebung berkerisik ni saya masak kerana rindukan gulai rebung dan ayam cara dulu-dulu.
Dulu kalau kenduri kahwin,kenduri padi baru atau kenduri arwah(kenduri doa selamat tu orang kampung saya panggil kenduri arwah) Mungkin kerana selalunya ia diniatkan sebagai sedekah untuk ahli keluarga yang sudah meninggal dengan harapan Allah sampaikan pahala kepada arwah- arwah yang sudah kembali ke negeri abadi..Wallahu a'lam....
Gulai ayam kerisik + rebung ni juga poppular pada hari raya tetapi selalunya menggunakan ayam kampung.Gulai pekat macam ni digandingkan dengan ketupat palas pada hari raya oleh keluarga yang tidak mempunyai daging lembu/kerbau yang menjadi makanan mewah.Dulu kalau ayam kampung tu,semua rumah ada bela.Maka warga yang tidak membeli daging akan memasak gulai ayam berkerisik untuk dicicah ketupat.Biasanya gulai ayam cicah ketupat dicampur rebung.Yang tua biasanya akan makan rebung tu dan bahagian bahagian tulang ayam seperti leher ayam,kaki ayam atau organ dalaman ayam, manakala bahagian berisi dimakan kanak-kanak.Maklumlah ayam kampung bukan banyak sangat isinya.
GULAI AYAM BERKERISIK + REBUNG BULUH LEMANG
1 ekor ayam- potong 16
½ cawan rempah kari daging
½ cawan rempah kari ikan
¼ cawan kerisik
1 biji kelapa( jadikan santan 5 cawan)
1 mangkuk rebung ya g dah siap rebus- hiris /siat
Minyak,garam
Bahan Tumis:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ruas halia - mayang
1 tangkai daun kari
4 sekawan( kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang & buah pelaga) serba sikit
1. Gaul ayam bersama rempah kari dan kerisik + sikit air agar bersalut.Biarkan lebih kirang 15 minit sebelum dimasak.
2.Panaskan minyak anggaran ½ cawan & tumis bahan tumis hingga harum.
3. Masukkan ayam yanbg digaul rempahan dan kerisik.Masak hingga ayam mengecut dan mendidih
4. Masukkan santan dan masak hingga mendidih dan ayam empuk.
5. Tambah rebung dan perisakan.
6. Masak lagi hingga mendidih dan perlahankan api biar gulai merenih hingga pecah minyak. Sesuaikan rasa
Gulai daging untuk cicah ketupat ni pun saya masak dengan kaedah yang sama.
Selamat Tahun Baharu 2024 buat Mama Cella.
ReplyDeleteWah, saya banyak dapat ilmu baharu tentang rebung!
Memang Mama Cella ini pakar dalam banyak hal terutama bab makanan dan masakan. Saya hanya tahu beli dan masak rebung sahaja tanpa mengetahui jenisnya kecuali rebung madu dan rebung yang manis dan sedang dimasak sup dengan ayam.
Sedapnya kalau makan dengan roti canai pun best ni.
ReplyDeleteKecur sy tengok gulai Mak Ngah ni. Lagi kecur membayangkan ianya dicicah dengan ketupat.
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru MC!
ReplyDeleteYa Allah, sedapnya!
Dekat kebun arwah Pak ada serumpun buluh beting, ka betong MC? Kami panggil buluh betong. Alhamdulillah ada pengalaman ambik rebung dgn arwah Pak dulu.
Kat kg sy kami gulai dgn ubi kentangkalai raya², dapat cicah ketupat lemang dgn kuah @ kentang pun nikmat sangat dah.
alamak sedapnya... x pernah lg masak rebung macam ni... selalu buat masak lemak je rebung.. atau acar
ReplyDelete