Wednesday 17 January 2024

PENGAT LABU KUNING

 

Balik Kedah hari tu ,mak bagi sebiji labu.Mak kata beli kat orang berkebun dekat dengan kebun getah mak.Kalau kat sana ,kebiasaan kalau ada orang tanam semula getah memang akan ditanam pelbagai tanaman kontan.Antaranya labu kuning.


Dah dekat sebulan dah labu kuning tu bertenggek atas peti ais..Maka kita serawakan dia..


Sebenarnya saya masak serawa labu ni makan dengan pulut kukus..
Entah macamana boleh tak ambil gambar pulut  serawa tu..
Ni dah esoknya baru teringat nak ambil gambar serawa labu ni...Pulut dah takda..
Sekarang ni banyak dah masak tak ghairah nak  ambil gambar.



Buat serawa kali ni saya tak letak sagu pun.

PENGAT LABU KUNING
1 biji labu kuning
2 keping gula Melaka
2 kotak santan
½ sudu teh garam
2 helai pandan

1. Belah belahkan labu dan kupas kulitnya.
Potong dadu besar besar.

2.Rebus labu bersama 4 cawan air dan pandan.

3. Bila mendidih masukkan,garam dan gula melaka.

4. Bila labu sudah empuk,masukkan santan  kotak dan biar mendidih sambil dikacau agar tidak meruap.

5. Sesuaikan rasa.Sedap dimakan bersama pulut kukus ,roti @ cream creaker.


11 comments:

  1. Cie tak boleh sangat makan labu. Banyak angin. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang cakap kalau yang alahan angin tu bokeh masukkan hirisan halia dalam pengat ni.Cuma rasa dia tak semua orang boleh terima

      Delete
  2. Sedapnya fav saya labu ni 🤤 Masak lemak, pengat semua sedapppp. Kalau kuih talam labu pun dappp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...boleh masak macam2..
      masak sebagai lauk pun sedap

      Delete
  3. sedap ni... makanan sunnah...

    ReplyDelete
  4. Hahahaa.... saya ada kawan dah!
    Tahun ini hari-hari masak tapi tak ambil gambar.
    Labu kuning memang sedap berlemak kalau dibuat pengat.

    ReplyDelete