Hari Rabu 24 Januari 2024 dah janji dengan Cella untuk belanja minum minum @ Ideas Hotel..Dah pesan dia minta dia pick up saya dari tempat kerja.
Abangnya juga dah janji nanti akan gerak dari tempat kerja terus ke Ideas @ Jalan Raja Laut tu.
Keluarg kecil kami..Kurang sorang,Adah kat Tawau..
Tinggal kami bertiga sahaja.
Generasi sekarang kebanyakan jenis tak tidur malam agaknya...hihihi
Pasta carbonara dimasak panas...Pilih topping/ atau apa kita nak & hulurkan kat chef pasta untuk dia masak....tunggu siap,boleh bawa kat meja makan panas panas
3x berulang amik pizza.
Cella amik sikit kue teow goreng...curly fries,chicken balls & 2 pcs " crispy chicken"
Bila makan...
Anak jantan tu pun sama amik juga "crispy chicken" tu
hahahaha,sekali dah gigit...bukan chicken crispy....tapi "banana fritter"..hahaha
Tak lama lepas tu nampak staf depa pi tukar tagging baru .....kalau tak lagi naya orang lain pulak...sebab depa letak pulak dekat dengan pasta..hihihi
Sambung makan pizza
Masa nak keluar ..kat lobby tu nampak Chef Sabri...
Baru perasan..anak jantan saya dah macam giantðŸ¤
Anak jantan tu tegur Chef Sabri,..
Chef Sabri memang peramah.Ni kali ke -3 saya makan kat sini...Tiga kali juga nampak Chef Sabri akan keluar ke ruang makan dan foyer untuk beramah mesra dengan pengunjung..
Memang humble orangnya..Biasa peminat akan gelarkannya " Chef Ramli Sarip"🤣
Walaupun saya takda akaun Tik Tok tapi saya selalu nampak kat Tik Tok Chef Sabri.Lepas masak Chef Sabri pasti akan sebut tagline dia..
" Labamba....Chicago..Milanno"!!
Saya pun amik kesempatan tanya apa yang dimaksudkan dengan Lambada Chicago Milano tu?
"Labamba...Chicago....Milanno"!!!!
Sanah helwah Cella.
ReplyDeleteSemoga sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Bahagia rasanya melihat kegembiraan tiga beranak ini... masa berkualiti sekeluarga biarpun Adah jauh di Tawau.
Amiinn....
DeleteAlhamdulillah,in shaa Allah raya nanti Adah balik lagi...
Happy birthday! Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu. Sedap semua makanan tu. Alahai pisang goreng dah macam ayam. Hihi
ReplyDeleteTQ Cie...
DeleteTu la...sib baik lepas tu depa perasan salah tagging ...kalau tak ada la yang ambil pisang goreng makan dengan pasta ðŸ¤
Happy birthday Cella!!! walaupun berjauhan skrg setiap masa boleh whatsapp boleh video call xde lah terasa sangat kan
ReplyDeletehappy belated birthday Cella....
ReplyDeleteHappy belated birthday, anaknda Cella yang semakin manis dan lawa. Semoga panjang umur, diberi kesihatan yg baik dan berjaya menyudahkan degree dengan jayanya, sejahtera dan bahagia selalu. Masa birthday Iman tuari teringat jugak tak lama lagi birthday Cella tapi lupa bulan Jan jugak ke atau Februari, hihi.
ReplyDeleteSedap nampak buffet di Idea's Hotel ni.
Ammi masa belajar dulu jarang stay up buat assignment..cukup time masa jenis auto pejam. sejenis lantaklahhhhh gitu aku nak tidur
ReplyDelete