Tuesday, 23 January 2024

LAKSA KUAH MENTAH


Laksa Kuah Mentah..
Juadah iftar saya semalam 10 Rejab 1445.



Semalam tengok dalam group tempat kerja ,depa pakat buat Laksa Kuah Mentah.Dari Ahad malam depa dok riuh dalam group kata Syahir bawa laksa fly KT-KL...
Syahir hanya bawa homemade laksa dan kuahnya akan disediakan pada pagi Isnin.Depa kata nak buat Laksa Trenggganu versi kuah mentah,tak perlu masak.
Semua teruja nak mencuba,tapi saya tak join sebab kebetulan semalam sangat bz & saya pun puasa.



Balik kerja terus beli ikan selayang sekilo dan bahan lain.


Maka jadi la Laksa Kuah Mentah ni..



Mula mula kena sediakan laksa..
Biasa kalau masak laksa,saya akan buat kuah dulu sebab masak kuah beberapa jam awal baru sedap .
Tapi sebab Laksa Kuah Mentah ni kita tak payah masak kuahnya,maka kita sediakan laksa dulu.


Untuk  menjawab pertanyaan  ADINDA AFZAN sebelum ni tentang jenis laksa yang saya gunakan...



Jenama EKA ni ada dua jenis....Saya beli yang pack hijau... jenis laksa halus..Laksanya kecil sikit daripada laksa biasa tapi lebih besar daripada mihun.Kira lebih kurang saiz mee kuning.Laksa ni senang nak masak.Tak payah rendam.Saya terus masukkan dalam rice cooker,isi air dan on.Bila mendidih,buka tudung rice cooker dan biar mendidih dalam 5 minit.Matikan suiz dan basuhlah laksa sehingga air jernih dan sejuk.Tapiskan.Biarkan dalam 15 minit dalam tapisan sebelum hidang supaya laksa cantik dan tidak basah.




Lagi 15 minit nak berbuka baru saya siapkan kuah.Tapi sebelum tu dah siap rebus ikan selayang.
Walau beli sekilo tapi saya hanya guna 2 ekor sahaja. 2 ekor ikan selayang bokeh makan 2-4 orang yer!

KUAH LAKSA MENTAH(4-6 orang)
½ pack laksa kering- rebus dan toskan
½ cawan cili boh( masak hingga mendidih dan pekat)

Ulaman:
taugeh
kacang panjang 
pucuk serai kayu
timun
daun kemangi/selasih
Limau nipis
*Belacan

Bahan Kuah:
4 ekor ikan selayang besar
3 asam keping
½ kg santan segar(wajib guna santan segar)
Garam
Limau nipis

bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah 
1 ketul kecil halia
1 sudu lada hitam biji

Cara Buat Kuah Mentah:
1. Ambil isi ikan selayang dan tumbuk lumat.Ketepikan.

2. Dalam mangkuk besar,letak bahan yang  ditumbuk.

3. Masukkan santan dan perisakan dengan garam dan limau nipis biar seimbang 

4. Sesuaikan kepekatan dan rasanya.Siap dihidang bersama laksa.

* Cara makan 
-Letak laksa dalam pinggan dan letakkan ulaman yang dihiris halus.

-Siram kuah mentah dan gaul rata dengan laksa dan ulamannya.

- Ambil sedikit belacan dan lenyekkan bersama  dalam laksa yang dah berkuah tadi.

- Kalau nak pedas,masukkan sikit cili boh yang sudah dimasak.

Labih feel makan dengan menggunakan tangan


** Laksa ni kuahnya tidaklah tahan lama kerana menggunakan santan yang  tidak dimasak..




Laksa dimasukkan dalam pinggan



Letakkan ulaman ..
Eh,lupa letak daun selasih



Jangan lupa secubit belacan dan cili boh


Elok azan maghrib berkumandang....kita curahkan kuahnya...


Gaul dengan tangan dan suap penuh selera...
Masya Allah......sedapnya....



Rasanya masih sama macam saya pernah buat dan makan satu ketika dulu

Sebenarmya saya pernah buat Laksa Kuah Mentah ni hampir 20 tahun yang lalu...Masa tu saya tengok satu program kat TV tapi dah lupa apa nama program tu..
Kalau tak silap dihoskan oleh Chef Ismail 
( owner Restoran Rebung)..
Tapi yang saya tonton dan yang saya cuba buat tu menggunakan ikan selayang yang dibakar.Isi ikan bakar tu lagi harum dan sedap.
Lain kali nak cuba lagi buat versi ikan bakar ni


11 comments:

  1. Oh, makan dengan tangan lagi feel tu tapi sy kurang gemar sbb nanti jadi comot, hihi. Pertama kali tahu ada laksa kuah mentah. Kilang laksa eka tu dekat dgn rumah my mil.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kakakku...laksa Eka ni macam tak pernah jumpa ditempat saya nak kena cari di shopee la gayanya..
    sedapnya laksa kuah mentah ni terasa manis ikan dan santan segar walau tak letak gula kan..kalau dikampung dulu perah kelapa guna air suam tapi sekarang beli santan segar saya panaskan juga sekejap atas dapur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...tempat Afzan pun ada ye kuah laksa versi mentah ni
      Kena baca yg lable laksa halus sbb kalau tengok dengan mata kasar nampak macam bihun kasar.

      Delete
  3. Pertama kali tau kewujudan laksa kuah mentah ni.
    Makan lagi laa tak pernah.

    ReplyDelete
  4. Macam saya pernah makan... di rumah kawan di Kelantan 2019 dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..kat Kelantan juga ada kuah versi mentah ni yer cikgu...
      Sokmo dok makan laksa kuah putih macam kuah laksam tu tapi versi masak la

      Delete
  5. aduhai rajin nya akak..kalau SA ni x tau berapa jam baru siap ni...nampak sedap..x pernah makan laksa jenis ni

    ReplyDelete