Tuesday, 9 January 2024

PENGAT UBI KELING/ UBI KEMILI

 

Pengat Ubi Keling a.k.a Ubi Kemili..


Tak pernah makan?
Saya pun baru 1st time makan pengat ubi kemili ni..


Ubi Keling ni akan muncul dengan banyak bila hujung tahun dan awal tahun.Maklumlah ia agak lama nak beisi.Katanya setahun baru boleh tuai hasil....
Yang pasti tiap kali jumpa orang jual ubi keling ,biasanya pasti ada sekali jual KACANG POI ...
Kiranya ubi keling & kacang poi ni sahabat karib la....
Selama ni dok makan UBI KELING REBUS & selalu juga masak kari bersama ayam atau KARI IKAN + UBI KEMILI sedap sangat


Tapi kali ni saya mencuba olahkan ubi keling ni sebagai pemanis mulut.
Masak Pengat Ubi Keling..
Puncanya saya ternampak Mek Patani ...Salee  tu masak pengat..Nampak macam sedap..Sayapun cuba..


PENGAT UBI KEMILI/UBI KELING
½ kg ubi kemili
1 kotak santan
¼ cawan sagu biji
1 cawan gula perang
( gula pasir light brown)
½ sudu teh garam
1 helai pandan.

1. Kikis kulit ubi kemili.Saya guna dawai kasar yang buat gosok periuk tu lagi memudahkan kerja mengikis kulit ubi keling ni.

2 . Ubi yang dah buang kulit tu direndam dalam air agar tidak lwbam warnanya 

3. Masukkan ubi yang dah siao kupas tadi dalam periuk bersama 3 cawan air.Masak hingga mendidih dan ubi empuk.

4. Bila ubi empuk,masukkan sagu yang sudah dibasuh.Masak hingga sagu jernih.

5. Tambah gula,pandan dan simit garam.Masak hingga gula larut.

6. Masukkan santan kotak dan sesuaikan kepekatannya dengan menambah air secukupnya.

7. Sesuaikan rasa & boleh hidang panas atau sejuk.

**** Pengat @ bubur akan lebih pekat dan sedap jika dibiarkan beberapa jam selepas dimasak.



Kupas kulit ubi.Saya guna dawai gosok periuk yang kasar.


Rendam ubi dalam air agar tidak leban.


Dah siap seperiuk sedang Pengat Ubi Kemili.




.a syaa Allah....
Sedap sangat pada tekak saya.
Kenapa selama ni tak pernah cuba masak pengat.. Balik balik rebus atau kari sahaja.


Lihatlah betapa cantiknya pengat ubi keling ni....hihihi



Jemput makan...

20 comments:

  1. Ubi kemili jenis yang berbezakah dengan ubi kemili yang pernah kami tanam?
    Kecik2 dulu selalu bantu Bonda tanam ubi kemili di kebun. Lebih kurang 3 bulan kemudian kami tuai hasil. Seronok sangat cabut rumpun kemili penuh isi. Lain spesies kemilinya kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya sama ja Cikgu...
      Oh,3 bulan dah boleh keluar hasilnya ya...Mak saya pernah juga tanam tapi dah lupa bila panennya🤭

      Delete
  2. Alamak sedapnya!
    Tolong pos ke rumah Cuya malam ni jugak ya... xD

    ReplyDelete
  3. Tak besa buat pengat, nak try pun stok ubi keling ai dah habis. Telan yaq lioq ja la 😂

    ReplyDelete
  4. mcm sedap je..suka jugak bab pengat2 ni.. emm yum yum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap MA...kalau ada ubinya try la sikit dulu kot kena dengan selera baru buat banyak

      Delete
  5. Replies
    1. Harus la....hingga hari ni masih terkenang...mana nak cari ubi keling lagi niii

      Delete
  6. Biskut cream cracker nya tak de ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...teringat juga cream creaker tu..cuma nak feel makan dia saja..Tapi lepas snap caribjuga cream creaker tu...hihihi

      Delete
  7. saya haritu teringin juga nak buat bila tengok Salee tu masak,tapi duk fikir nak kupas satu2 jenuh,dia guna guni bawang kan...sbb dkt umah tak ada guni bawang terus tak jadi buat...hahaha alasan padahal campur dengan malas,teringin nak makan tapi malas nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...saya pun nampak Salee masak tu yang jatuh teringin..Saya takda guni bawang..gosok dengan dawai berus periuk pun macam ok cuma kena hati-hati la..Jom la try Afzan

      Delete
  8. Apa nama lain ubi keling tu eh? Ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang panggil UBI KEMILI
      Kalau orang Jawa rasanya panggil KENTANG JEMBUT

      Delete
  9. Ubi ni la yang atok suka sangat tu 😂. Kitorang pegi johor pun ubi ni yang dikirim. Tapi xde rezeki. Takda kat sana. Belum musim kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa...kalau tau awal...boleh akak beli bawa balik...sekarang tengah musim...

      Delete