Saya sangat suka dengan kuih muih tradisional.Mungkin kerana saya antara genarasi kelahiran 70-an dan ketika zaman kami membesar tidak nampak kuih moden yang aneka macam zaman sekarang..
Nak jumpa kuih muih tradisional yang aneka jenis pun biasanya hanya pada bulan puasa.Kalau satakat pisang goreng,ubi goreng tu ada la pada hari biasa sebagai kudapan.Namun kuih seperti seri muka,segala lepat dan kuih kuih talam hanya muncul pada bulan puasa.Maklumlah dulu tepung beras dan tepung pulut bukan senang nak dapat.Kena tumbuk atau kisar sendiri.Saya sempat la merasa pengalaman kisar beras dengan pengisar batu untuk jadikan pes tepung.Bagitu juga dengan pengalaman menumbuk beras yang sudah direndam untuk jadikan tepung.Walaupun masa tu masih sekolah rendah tapi seronok menyertai mak-mak menumbuk.Biasanya menumbuk secara solo la.Bagi mak mak yang hebat pula mereka menumbuk berdua atau bertiga dalam satu lesung.Bila 3 antan bertingkah dalam satu lesung menerbitkan irama tersendiri..tang ting tung..tang ting tung....!
Bayangkan 3 batang antan(alu) menumbuk dalam satu lubang lesung tetapi tidak berselisih.Masing-masing dapat mengawal masa dan rentak hingga tidak bersentuh antar satu sama lain .Hebat mak mak zaman tu!
Sebab tu kalau masak kuih muih tersebut,bagi saya ianya akan membangkitkan nostalgia bulan puasa.
Katika anak-anak masih kecil,saya agak rajin memasak eneka kuih muih tradisional waktu bulan puasa.Begitu juga kuih dan biskut raya..Saya cuba memberikan aroma nostalgia untuk sama dihidu oleh anak-anak yang akan menjadi kerinduan mereka kelak.Namun,sekarang saya tidak lagi serajin dulu.Sekali sekala saya masih memasak kuih muih nostalgia ini apabila tekak teringin dan kuih tersebut tak jumpa dijualan.Kalau ada pun kadang tekak ni memilih mahukan rasa yang sama macam dibuat sendiri.Maka kena la buat..hihihi
Lepat Liat...Lepat Liat ni rasanya sangat sedap pada tekak saya..Rasanya yang lemak manis dan teksturnya yang liat kenyal umpama dodol versi kukus dengan aroma daun pisang.Dulu-dulu kuih-muih macam ni hanya mak buat dalam bulan puasa
Kukus lebih kirang 20-30 minit bergantung kepada jumlah kuih.Kalau kuih banyak kukus dalam 30 minit.Kalau kuih sikit kukus dalam 20 minit dah ok sebab bila kuih sikit ,wap kukus mudah merata dan memasakkan kuih.Kuih daripada tepung pulut lebih cepat masak berbanding tepung beras dan tepung gandum.
LEPAT LIAT UTARA
2 cawan tepung pulut
1 cawan gula merah( dark brown sugar) masak dengan 1/2 cawan air & tapis
sikit garam
1/2 cawan santan pekat- santan segar
( santan + air gula merah = 1 cawan)
daun pisang
sikit minyak masak- untuk sapu pada daun pisang...
inti kelapa putih + sikit garam...kalau suka..
1. Uli tepung pulut,air gula merah ( dark brown sugar) dan garam.
2. Tambah santan pekat sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut..
( lagi lembik dari adunan buah melaka)
3. Ambil sekeping daun pisanv dan sapu sikit minyak
4. Ceduk adunan 1 sudu besar dan letak atas daun pisang..
5. Bungkus dengan cara menggulung dan lipat kiri dan kanan gulungan kiuh
6. Susun dalam kukusan dan kukus hingga masak ...anggaran 20 minit.
See.....
akak...saya dah turunkan resepi ni pada Pia,dah 2,3x juga dia dah boleh buat sendiri.suka sangat dia kuih ni walau pertama kali makan.terima kasih ye kak halalkan resepinya
ReplyDeletePandainya piaaa.. buat sikit bagi kat achik sini. Achik suka tapi nak buat tak rajin 😂
DeletePiaaaa.. bonda pun tak pandai buat.. aisehhh.. malu kat Pia cam ni.
DeleteMa shaa Allah..bukan kaleng kaleng ni..limited edition..anak hebat hasil didikan umi dan waled yang hebat..
DeleteSemoga Pia terus cemerlang dunia dan akhirat🤲
Aduhhh..sedapnya. kita suka, tapi tak berani nak cuba buat (tak rajin sebenarnya 😂).
ReplyDeleteRasanya kalau Nap & Pia request..auto mami rajin🤭
DeleteMeliut lembutnya.. sy suka jugak ni kot datang rajin boleh cuba ni. Daun pisang banyak belakang umah (tipu). 😆
ReplyDeleteHahaha...nak sikit daun pisang🤣
DeleteSeronoknya jadi Mama Cella.
ReplyDeleteBanyak ilmu pengetahuan tentang pelbagai jenis kuih-muih tradisional.
Seronok baca kenangannya. Terasa ada bersama ketika itu.
Hihihi...kita membesar dalam masa yang sama.Cikgu senior sikit ja dari saya🤭
Delete