Rezeki Allah kirimkan kepada kita melalui pelbagai cara dan sumber.
Dua hari lepas....Tengah berjalan kat koridor nak gi tandas...tapi macam terdengar orang seru nama.Pandang kat pondok jaga,nampak Kak Misah security guard melambai-melambai sambil berkata sesuatu yang jelas biji butirnya...Akhirnya Kak Misah buat isyaray suruh turun tangga...Saya pun turun lah...
Rupanya Kak Misah nak bagi sesuatu kepada saya...Kata Kak Misah ada sikit lauk untuk saya..Gulai Kambing + Buah Kelempong.
Alhamdulillah,dah lama teringin nak makan gulai kambing + buah ara ni..
Kuah yang pekat merah menyala dan pecah minyak elok..
Dagingnya lunak,buah kelempongnya empuk..kuahnya cukup rasa...
Gulai Kambing Buah Kelempong ni katanya terkenal kat Perak terutama bahagian Perak Utara..
Bawa balik rumah tanak nasi,makan berdua dengan anak jantan tu..Dia kutip makan daging kambing...Saya kutip makan buah kelempong...
Ada yang belum kenal buah kelempon/buah ara?
Buah kelempong a.k.a buah ara.
Macam buah tin kan?
Spesia dia la tu...tapi versi Malaysia la kot...hihihi
Tapi buah kelempong sejenis yang tumbuh liar dipinggir pinggir kampung,hutan dan kawasan tebing sungai...
Katanya ikan kelah ,patin dan beberapa jenis ikan sangat suka makan buah kelempong yang gugur dari pohon-pohon berhampiran sungai....
Kalau kat kampung-kampung biasanya buah ara muda ni dijadikan ulam segar yang rangup dan ada yang dijadikan ulam rebus.Nak makan dia kena belah dua dan bersihkan dalamnya dulu.Kadang-kadang ada kumbang atau serangga didalam kelempong atau lubang buah ara tu..
Ada juga spesis yang buahnya besar macam buah tin.Bila masak warnanya merah dan menjadi kesukaan burung serta unggas.Saya pernah "terkena" membeli buah kelempong merah yang saya sangka buah tin manis tu..Tengok warna cantik.Walaupun rupanya merah menarik tapi bila makan rasanya hambar..hihihi
Kat kawasan perumahan saya ni ada beberapa batang pokok ara yang berbuah lebat dibatang,dahan dan rantingnya..Pokok pokok tu tumbuh ditepi jalan yang pastinya atas tanah rizab jalan atau mungkin tanah DBKL..Teringin nak ambil tapi maluuu.
Tapi satu hari nanti macam nak juga singgah petik..hihihihi...
Kalau buah ara tau la. Tapi tak pernah pulak jumpa gulai campur buah tu. Nampak sedap gulai kambing tu.
ReplyDeleteAtas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.
ReplyDeleteYang benar,
Permaisuri Cuya.
Kenapalah dari dulu saya tak tahu buah ara boleh dimakan. banyak betul buah ara atas pokok di kebun getah arwah bapa saya di Raub Pahang. Arwah adik saya pun suka memancing di sungai, selalu dapat ikan patin. Rupanya ikan patin pun makan buah ara juga.
ReplyDeleteSekarang nak jumpa pokok atau buah ara pun susah!