Kalau Trengganu terkenal dengan Ikan Celup Tepung(ICT).
Tapi ni pula Tapai Ubi Celup Tepung(TCT)
Juada minum petang saya minggu lepas lagi ni.Minggu lepas kebizian,tapi bab makan sempat aja...hihihi
Sebekas saya sejukkan dalam peti ais.Makan sejuk-sejuk sedap sungguh.Padahal dulu-dulu saya langsung tak suka tapai ubi.
Nak dapat gorengan rangup diluar lembut di dalam ni pada pandangan saya bukan atas resipinya..tapi lebih kepada tekniknya ..
Nanti bebila jika ada kerajinan nak kongsi tekniknya.Bukan ilmu asal dari saya tapi saya juga dapat ilmunya dari orang jauh.Maka nanti baik dikongsikan supaya menjadi manfaat bersama.
1 bekas tapai ubi
minyak untuk goreng
Bahan celup:
2 cawan tepung beras
2 cawan air
½ sudu kecil garam
2 sudu minyak
2 sudu air kapur
(½ sudu kapur bancuh ½ cawan air.Biar mendap dan ambil air jernih ya sahaja sebanyak 2 sudu)
1. Bancuh semua bahan celup hingga dapat adunan yang agak cair.
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali
3. Celup tapai dalam adunan dan goreng dalam minyak panas sambil dibalikkan supaya sekata warna garingnya.
4. Toskan minyak dan sedia dimakan panas-panas.
**sentiasa balik-balikkan supaya tidak hitam kerana tapai manis dan mudah berkeramel.
tertinggal perkataan goreng tu
ReplyDelete'Tapai ubi goreng celup tepung'
Hehehe....dah betulkan...Terima kasih Wak...
DeleteMenu rare ni. Tapai ubi sesekali makan sedap juga. Dah ditapai, lepas tu goreng apakah rasanya kan. Kena cuba baru tahu.
ReplyDelete