Saturday, 12 February 2022

PAGI-PAGI DAH MAKAN KAMBING

 

Pagi-pagi makan kambing.Kambing dari Pasar Tani.


Antara ETS & LRT ...
Relnya sebelah menyebelah sahaja.Kebetulan masa hanpir sama.
Tadi pepagi lepas subuh hantar Adah kat LRT.Sekarang ni pukul 7 pagi pun gelap gelita lagi.Subuh pun 6.19 baru azan.Lepas hantar Adah,saya terus ke Pasar Tani.


Tu yang beli kambing ni.100gm ...RM13 ..nampak menarik dan menggoda..Tapi bila makan....hehehe tawaq habiaq..hihihi..Daging tu memang depa tak marinate langsung kot.Hanya daging semata & mengharapkan perisa dari sos.Sos pun tawaq..Tapi dah namanya kambing...Habis jugak la makan...hihihi.


Beli juga petai RM6

Ulam Tenggek Burung RM1.50


Daun Kesom.RM1.50

Tapai Ubi..2 bekas ..RM5

Sesikat pisang rastali.RM6.50

Terliur pulak nak beli tumpi..RM 12

Muruku RM12.
Sebebarnya beberapa hari lepas ada orang kasi 1 balang Muruku Opah Kuale..Ya ampun sedapnya....sama seperti tagline dia" Kunyah-kunyah Cair diMulut"...Cari kat Shopee ada ja harganya RM25+RM4.50 untuk postage .Tapi tak sebab bukan penyabar,maka jumpa ja terus beli.Malangnya rasa dia langsung tak sama la kan..huhuhu


Ops ada lagi saya beli 10 biji karipap frozen RM8...
So,keseluruhan 15 minit di pasar tani..kosnya RM65.50.
Pastu mengong memikir tengahari ni nak masak apa?
Lauk  dan sayur tak beliiiiiiiii.....


12 comments:

  1. Tudiaaa shopping sakan sampai terlupa beli lauk nak masak tengahari. hehehe...sedap ulam tenggek burung tu. goreng ikan buat sambal belacan ada ulam pun dah okay dah untuk tengahari.

    Best pergi pasar tani dapat ulam rare yang susah nak dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...saya pun suka ke pasar tani lebih kepada nak cari ulam ..

      Delete
  2. Kita ibu2 ni bila jumpa yg dah berkurun mengidam mula la lupa dunia kunun buat stok tuk seminggu tapi tuk semasa tumbuk je la smbl ape2 cicah ulam telur kicap mau jugak bocor poyok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak-mak ni dapat ke pasar tani pun dah jadi terapi..
      selalunya camtu la...beli punya beli...balik rumah tetap kata takdak apa nak masak...hihihi

      Delete
  3. Makan tumpi sajalah dari tengahari sampai malam. Pagi dah makan kambing kan, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤣🤣🤣🤣🤣
      Tak mau nya perut ni..
      Nasi juga yang dizikir kan...hihihi

      Delete
  4. Napak gambar kambing tawa, bawahnya ada gambar petai. Ingatkan makan kambing berulam petai pulak hihihiii. Sedapnya tumpi. Kita suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...kesudahannya petai habis juga semalam..jadi nasi goreng

      Delete
  5. Tapai ubi Susah Nak jumpa,teringin Nak buat apam herba Kelantan Tu dengarnya sedap ya ampun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul NS
      Saya bukan peminat tapai ubi...tapi kalau kat pasar tani ni tak taulah depa buat macamana hingga saya jatuh hati dengan tapai ubi ini..tidak berair sangat dan tiada bau menyucuk hidung.Just nice kata omputih🤭

      Tapai herba tu saya pernah makan,shifa orang Kelantan masak.Kalau yg suka bau herba suka la kot..Bau dia macam makanan ibu berpantang ..hihihi

      Delete
  6. Nampak sedap plak tumpi tu kak ..lama x makan..ada je nampak org jual tp tu la..x plak nak beli ..

    ReplyDelete
  7. kita ni tinggal di kawasan yang sama ke Mama Cella?

    ReplyDelete