Saya dah mengundi..Tapi jari saya tiada berdakwat...kerana saya mengundi pos..Dah selamat pos dah pun.Semoga satu undi daripada saya mampu membantu memberi kemenangan kepada calon yang saya undi dan calon berkenaan pula mampu menggalas tanggungjawab dan amanah terhadap agama,bangsa dan negara tercinta....🤲🤲🤲.
Ini pengalaman pertama saya mengundi pos kerana kali ini saya sengaja memilih untuk bertugas pada hari pilihanraya 19 November nanti..In shaa Allah.
Sebetulnya masa PRU (tak ingat PRU berapa) tahun 2008, saya sepatutnya bertugas...tapi saya terpaksa cari pengganti kerana kebetulan tiket dan pekej mendaki Gunung Kinabalu sudah saya tempah lebih awal.Hari mengundi tu saya sedang mendaki Gunung Kinabalu...hihihi
Saya pun tak tau kenapa saya memilih untuk bertugas..hihihi.
Mungkin masa saya membaca "iklan" pencarian petugas pada 17 September tu mood saya sedang bersemangat maka saya terus mohon untuk jadi petugas...hihihi.
Asalnya saya nak tanya dan ajak seorang dua rakan-rakan setugas.Tapi saya batalkan niat tu kerana saya berpendapat tak akan ada yang berminat.Lagi satu saya tak mau nanti ada pendapat dan pandangan mereka yang tidak mahu itu akan mempengaruhi @ mengubah niat saya nak bertugas pada PRU kali ini....Saya ni mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain...Nanti ada yang cakap penatlah...susahlah..
janganlah...saya ni mudah terpengaruh..hihihi...
Lagipun,saya nak melalui dan merasai sendiri pengalaman menjadi petugas PRU...atleast sekali..
Saya langsung tak bgtau rakan,-rakan lain kecuali hanya big bos yang tahu sebab pada 26 Oktober nak excuse kerana dipanggil taklimat....hihihi
Dulu zaman muda tak ada peluang kerana ada anak kecil perlu dijaga..PRU 15 kali ni semua anak-anak sudah layak mengundi.Pengalaman ke-2 untuk anak bujang dan pengalaman pertama bagi Adah dan Cella... Mereka akan keluar mengundi..in syaa Allah..
Semalam katanya hari untuk yang mengundi awal.Yang ni saya belum pernah ada pengalaman.
Pastinya ada rakan-rakan maya yang ada pengalaman undi pos...undi awal dan sebagainya..
Jangan undi ROSAK sudah la..hihihi...
Jom,beramai-ramai jalankan tanggungjawab dengan keluar mengundi 19 November 2022 ni.....👍
Kalau ada peluang, nak juga saya jadi petugas. Menambah pengalaman hidup.
ReplyDeleteSelamat menjalankan tugas pada 19 November nanti.
In shaa Allah Uji...ada peluangnya nanti.Saya pun dah tua baru mengambil peluang nak tambah pengalaman..hihihi
DeleteKita ada pengalaman undi pos, eh, bukan kita.. tapi Iman. Tahun ni dia tolak jadi petugas, penat katanya.
ReplyDeleteSelamat bertugas nanti ya.
Laaa...kenapa Iman kena undi pos?
DeleteLain alamat ka macamana?
ada juga kawan-kawan yang offer jadi petugas tapi sebab saya pun mudah terpengaruh dgn kata2 kawan bgitau penat nak tinggal solat pun terkejar2 sy pun tak jadi ada pula yang dtg bgtau rugi la bayaran begini begitu
ReplyDeleteselamat bertugas akak...moga dipermudahkan semua urusan kerjanya
DeleteSaya pun belum ada pengalaman..
DeleteNanti kita tengok macamana...hihihi
Tahniah
ReplyDeleteSemoga buat pilihan yang tepat
In shaa Allah Wak..
Deletealhamdulillah..... best best .. MA pernah sekali dulu..masa muda2..ikut ayah. tapi now elaun nya lagi masyuk..rezeki jugak tu kan
ReplyDeleteSaya pun baru nak try....hihihi
DeleteTapi bila tengok kakmim pun dah berkali-kali jadi petugas..in shaa Allah...
Semoga Allah mudahkan urusan kita semua
Wahhhh.. ada geng la kita petugas PRU kali ni... hehehe.. jgn lupa jumaat ni lawatan tapak ye kak... hehehe
ReplyDeleteSaya jadi lebih bersemangat bila baca kakmim dah banyak kali jd petugas & berbeza posisi...hihihi
DeleteDah melawat tapak dah..in shaa Allah semoga Allah mudahkan urusan kita
Tahniah kak. Dah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Apepun keputusannya, moga itu yang terbaik untuk kita semua.
ReplyDeleteSelamat bertugas makngah 😘
In shaa Allah...semoha Allah lindungi dan pelihara agama dan negara kita
DeleteItu laas.. Rugi tak daftar sebagai petugas... InsyaAllah akan datang...
ReplyDeleteIn shaa Allah lepas ni..ambil peluang...Saya pun baru nak try cari pengalaman ni..hihihi
DeleteSaya agak teruja nak tahu keputusan PRU15 ni!
ReplyDeleteSaya pun ..teruja + berdebar dan risau
DeleteBest ni undi awal. Jari pun tak ada kesan dakwat. Selamat bertugas nanti mama cella :) Tak sabar nak tahu keputusannya!
ReplyDeleteTapi bila jari takda dakwat..malu la juga..nanti orang ingat kita tak keluar mengundi.Ka nak kena tulis tang jari "saya undi pos"🤣
DeleteTahniah!
ReplyDeleteEsok kami yang tak bertugas ni pulak pi mengundi.
🎼Mari lah mari...
Deletepergi mengundi..🎶
Kalau ada peluang pun SA nak bertugas sekali...dapat rasa perasaan bertugas semasa PRU pun ok...
ReplyDeleteCuba la lagi 5 tahun insyaa Allah PRU16 pula..
DeleteSeronok dapat pengalaman dan rakan baru