Hari Sabtu semalam punya semalam...
Pi lunch @ RUMAH MAKAN NASI KAMPUNG
Hari Khamis kan dah pi lunch situ,kak Mel belanja..
Sabtu pi pulak denga Adah.Anak bujang tak dapat ikut sebab dia kerja.Sebelum tu pi pick up Cella dulu kat UPM.Suruh dia ajak 2 orang kawan alumni UniSZA tu...Tapi sorang ja ikut.Yang sorang lagi katanya depa dah call sampai meleleh telinga..takda respon..tak dapat dikesan radar..hihihi
Takda la rezeki dia nak makan ngan kami hari tu...hihihi
Ni la hidangan lunch kami hari Sabtu..
Adah ambil
-ikan talapia goreng garing
-Sayur kangkung & sikit sambal
Saya ambil
- 3 ekor udang
- Ikan Uji Rashid goreng
- Kerabu mangga
- sambal belacan 1 piring
- Tapai pulut daun getah
Cella ambi
-ikan keli goreng
- Sambal paru
- Sambal tempoyak 1 piring
Kawan Cella
- daging gulai kawah
- ayam goreng
- telur masin ½
Minuman
- Saya -fresh orange
- Adah - milo ais
- Cella- teh ais
- Kawan Cella - teh ais
Harga : RM60
Hari tu makan Kak Mel belanja...so tak tau harganya .
Hari ni pun asalnya tak tau harga sebab Adah belanja..Tapi bila dia tanya ada rm10 tak?
Ok saya boleh agak harganya rm60...hihihi
Tapi akhirnya Adah tak ambil pun rm10 saya sebab dia kata dia guna paywave..
Ops..sebenarnya udang 3 ekor tu saya tak makan pun..Saya bagi Adah 2 ekor dan sekor lagi bagi Cella...sebab saya tau depa suka udang...
Apalah yang dimakan anak bujang tu untuk lunch..Pagi tu saya cuma bekalkan wrap ja 3 rolls.Harapnya cukup lah untuk b/fast dan lunch dia juga.
Inilah rezeki kami hari Sabtu tu..
Kami sampai dalam pukul 1.30 petang.Asalnya nak datang dalam pukul 11 pagi tapi Cella ada program apa entah hingga 12.30.
Sampai depan kolej dia,dia wasap masih otw..dalam bas lagi dari fakulti nak balik kolej.
So,pukul 1 dari kolej dia...
Adah ikut waze...bawa lalu Sungai Ramal & Grand Saga hiway...3 tol kata kau...!!
Dekat sepuluh ringgit rasanya 3 tol tu..
Ni pic by saya...mendung bagai cuacanya....hihihihi
Eh,masa makan ni memang hujan selebat-lebatnya...
Yang atas tadi tak ingat pic by Cella @ Adah..
Boleh beza la pic tu kan..🤭
Masa balik saya cakap takyah ikut waze.Saya pulak jadi waze..hihihi.
Ikut Grand Saga..exit Taman Connought..masuk pula hiway Seremban-KL.
Adah ajak lalu hiway Besraya...tol rm2.00 ja..saya tak setuju takut sesak.Takut lambat sebab kawan Cella ada program pukul 3.30..Cella pula katanya ada program lepas maghrib ..dia nak buat preparation sebab kena jadi emcee..!
Masuk Tol Sungai Besi keluar Tol UPM baru 66 sen..
Hujan memang lebat sepanjang hari Sabtu tu.
Masa balik,Adah nak juga lalu Besraya..
Ni kat simpang UPM tu..jalan dah separuh tenggelam.Air berpusar mencari longkang untuk mengalir .
Sekali sampai depan Stesen KTM Serdang...
Belah sana arah nak ke UPM air dah naik dalam ½ meter..Kenderaan tersangkut....Punya la panjang jem....
Kalau perasan..bangunan banyak kubah hijau tu la Palace Of The Golden Horses...
Jem dari KTM tu sampai POTGH & melekat kat Tol Besraya tu tak bergerak.
Ini la yang paling saya takut kalau memandu....banjir!
Nasib baik tadi tak ikut Besraya.
Ni arah ke KL nasib baik juga masih boleh dilalui..
Tak tau la apa khabar depa belah sana...Tak tau la berapa lama menunggu air surut..
Semoga semuanya dimudahkan urusan..
Berbaloi harga makanan dan minuman tu. Nampak sedap sangat.
ReplyDeleteSekarang ni memang kena berjaga-jaga, musim tengkujuh mula menjelma.
Betul...
DeleteKat mana-mana boleh banjir sekarang..dulu kat kawasan rendah saja..sekarang gunung pun banjir dengan kepala air
Sedapnya menu lauk kpg.. kalau mkn kt sana menu wajib sy mst ikan keli.. x kisah goreng ke berlado ke bakar ke.. dapnyaaa
ReplyDeletesaya pun suka ikan goreng
DeleteSedapnya keli goreng, kerabu mangga dan sambal belacan 😁. Bawak kami pulak makngahhhhh. Hahahaa
ReplyDeleteSekarang memang kat mana² pun mudah je banjir kilat. Musim tengkujuh dah sampai.
Mai...mai....
Deletejom makngah bawa pi belanja lunch kat sini...mai tau
kasih ibu...snts dahulukan anak2 kalau pasal makan ye kak..tambah lg apa yg anak suka
ReplyDeletebusy betul ye cella sy rasa nnt ni dia akn jadi calon MPP
Tu la...dia ada gak dok sebut akan datang dia nak masuk bertanding MPP..
DeleteAdoiii...kita pula risau...🤭
Mak2 macam tu la kan. Kalau jumpa port makan sedap, mesti nak bawa anak2 pulak.
ReplyDeleteBetul..
DeleteMakan apapun ingat anak...
Seronok makan ramai ramai ni. Makin berselera makan. Harga masih boleh bawa bincang lagi tu. Makanan yang diambil pun sedia maklum harganya tak berapa nak murah. Musim hujan ni sana sini air naik. Risau...
ReplyDeleteTu la...macam nak pi makan lagi la...
DeleteJom Fiza🤭