Dah lama dapur tak berasap...
Baru mula berasap semula dengan
Ni menu kedua saya masak selepas mak balik..Bekal anak bujang tu pun asyik ulang wrap filling nugget,salad dan mayo sahaja..nampak naw malas...hihihi
Berasap lagi lauk Ayam Berlada ni..
Nak buat pun tak susah..Boleh guna lada/cili hijau untuk jadikan sambal ijo..
Boleh guna cili merah untuk yang taknak pedas..
Saya lebih suka guna cili padi merah Bangladesh tu kerana nak extra pedas.Cili padi biasa pun boleh..Ikut selera dan ikut pedas yang dikehendaki.
Untuk resipi ni saya guna dalam 10 ketul ayam goreng..
Kalau guna ikan goreng pun sedap ja..
Jika ada baki ayam goreng atau ikan goreng pun boleh ja recycle..
AYAM BERLADO
10 ketul ayam(gaul garam kunyit dan goreng)
Minyak,garam & gula.
Daun limau purut(jika suka)
Bahan Blend:
2 genggam cili padi merah Bangladesh( boleh ganti cili jenis lain)
1 bawang besar.
1 labu bawang putih.
1 biji tomato masak.
1. Goreng ayam hingga masak.Tak perlu terlalu garing.
2. Goreng semua cili dan bawang-bawangan hingga masak.Blend kasar-kasar jangan terlalu halus.Jika tomato sudah berair tak perlu tambah air untuk blend.
3. Tumis bahan blend kasar tadi dalam minyak yang sama.Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tak payah masak lama sebab semua bahan dah masak...
4. Kalau guna daun limau purut masukkan sekali..
5. Sesuaikan rasa..
Fuh mesti pedas amat ni, guna cili padi. Tapi yang pedas tulah jadi menambah-nambah nasi 😄
ReplyDeletehehehe...lidah dah tebal..tu yg kena cili padi merah🤭🤣
DeleteAduhhh..kat sini hujan lebat ni. Lapo nengok sambal ayam.
ReplyDeleteUlam kobis mentah tu kite pun suka. Rangup dan manis. Ermmm..sedapnye.
Kan Jaja..
Deletengam ja makan ngan kobis mentah yang rangup manis
2 genggam cili bangla? uih pedas tu kak oi... tapi memang nampak sedap menu akak ni. Ada daun limau purut lagi mantap bau dia
ReplyDeleteHihihi...
DeleteAda tips dia nak kurangkan pedas tu Dana...Goreng dulu semua cili baru blend..in shaa Allah tak la pedas yang menggigit lidah tu..hihihj
saya semalam masak ikan patin berlado tapi cili api bangla 5biji je pun dah rasa berdesing telinga kami org pantai timur tak tahan pedas
ReplyDeletehahaha
Kalau nak kurangkan pedas yang tajam tu..goreng dulu semua cili padi baru diblend kasar.
DeleteTapi kalau nak pedas berapi..blend cili mentah..hihihi
Lauk macam ni memang tak nak lauk lain dah.
ReplyDeleteKan..
DeleteLagi-lagi pentang..lauk berkuah..Nanti dia kacau feel berlado ni..hihihi
sedapnya nampak..
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteBagi pecinta pedas..ini la antara killer nya...hihihi
Orang kata, sesiapa yang suka makan pedas memang bagus untuk cuci perut. Maklumlah kadar metabolisme jadi tinggi.
ReplyDeleteHahaha...
Deletesaya percaya pendapat ni..sebab saya nak makan pedas🤭
Lauk sodap ni mama cella. Confirm berselera makan. Kalau saya masak tak boleh letak daun limau purut. Dilarang keras. hihi...
ReplyDelete