Sabtu day punya story.Lepas hujan pagi,tengok jam dalam pukul 8 pagi.Ajak Adah ke pasar.Dah 2 minggu topup barang dapur.Makan apa yang hado saja.Last stok rasanya masak Spaghetti Olio Sardin hari Jumaat tu la.Pastu memang kena belanja barang dapur dah.Macam dah tak ada barang dah nak masak..
Yer ker..?😁😁😁
Nawaitu asal keluar rumah nak ke pasar @ pasaraya beli barang dapur.Dua beranak ni pakai ala kadar baju nak ke pasar kan...Bedak pun tak sapu..lipstickt pun tak calit sebab pakai mask kan...
Sudahnya kereta ni bergerak ke Putrajaya.🤣
Lepas tol Putrajaya.Saya tertarik bangunan ni..Lima buah bangunan dihubungkan dengan jejantas.Huh,jakun sekejap🤣🤣🤣
Maklumlah dah lama terperuk dalam rumah.PKP besambung sambung kan....Dapat keluar tengok hutan batu jadi jakun sekejap...
Kali pertama naik jambatan ni masa baru buka tahun 2003 ka 2004 kalau tak silap saya.Kali terakhir lalu jambatan ni masa Raya Puasa 2020.Masa tu PKP tak ada arah nak tuju.Pagi raya ke -2 kami anak beranak meronda Putrajaya yang sunyi sepi....hihihi
Ada pasangan pengantin...Nak akad nikah kot..Sayang la dalam gambar kahwin nanti kubah masjid tak lawa.🤭
Ingat nak singgah jumpa PM kat ofis beliau🤣🤣🤣...Tapi tengok kat TV ..kata PM ada kat Sawak nu untuk pelancaran " Keluarga Malaysia"
Punya la lama dah tak mai Alamanda...Cari foodcourt pun tak jumpa🤣Dah dekat setahun tak masuk Alamanda.
Rupanya foodcourt dah pindah tingkat atas .Nak makan cendol durian dia yang sedap tu..Tutup la pulak
Sebenarnya sebab tekak ni rasa dah tak sesedap dulu.Dulu zaman muda sikit masa dulu...time balik kerja selalu datang makan yong taufu kat sini dengan Liza...Zana & Mas.Sekarang Liza pun dah ka Sungai Petani..Zana dah kahwin & Mas pun dah ikut suami kat Kuala Lanar.Setiap kali datang makan sini saya pasti akan terkenang mereka bertiga kerana sekitar 2006 hingga 2008 tu kerap sungguh kami together2 ke sini semata-mata nak makan yong taufu sup & sizling mee..
Adah kalau datang sini harus order waffle Dah la dengan bedak lipstict pun tak pakai.Baju pun pakai t-shirt zaman Achik dia umur 20-an🤭🤭lagi.Selamba kami masuk makan kat sini dengan baju nak gi pasar🤣.Who care ..kan...
MPH ni pun dulu zaman anak-anak sekolah ,ni la tempat lempak kami anak beranak.Nak beli sikit saja,tapi pakat ambil peluang baca buku percuma🤭Zaman tu semua rajin membaca.Saya pula masa tu bertimbun buku motivasi.Tapi berbaloi sebab bila rajin baca buku motivasi...Jiwa jadi semangat dan seronok bekerja.Now,dah malas nak membaca..Semangat pun dah mula menurun...huhuhu
Eh,Turkish Delight pun dah berubah kedainya.Dulu tepi tangga dekat Barber Shop tu kan?Sekarang deret sebelah Roti Boy tu pulak..
Bau Roti Boy menusuk ke qalbu...Capai la juga 3 pcs...Tak beli kang balik dok gila bayang pulak kan....hihihi
Hahahha.. macam ni mggu depan menapaw sajalah, dah tak ada benda nak masak. Ye ke tak ada???
ReplyDeleteNampaknya macam gitu jer🤭
DeleteAduh,kemalasan apakah yang melanda ini.Tak pernah alami selama ini.
Asalam..jauh berjalan hari ini ya..semua gambar menarik..teringat hari tu pergi ke Puterajaya..memang cantik View ada tasik dan Masjid Puterajaya yang besar ada lif
ReplyDeleteWaalaikumussalam...
DeleteAlhamdulillah.Putrajaya bagi saya,kota yang menenangkan terutama kalau meronda awal pagi minggu.
Masjid tu tengah renovation pula kubahnya..Dah tak nampak warna pink pada kubahnya tu.Mungkin lepas ni lagi cantik
Nampaknya nawaitu ke lain jadinya ke lain
ReplyDeleteHihihi....
DeleteKalau namanya perempuan..
Skg ni masa berlalu cepat. Kejap² je pergi mana² dah berubah
ReplyDeleteBetul...
DeleteSekeliling rumah pun sedar-sedar landscape berubah.
Jauh tersasarnya tu kak. Ammi penah pegi Alamanda sekali je. Tu pun masa xde anak. Ni kyra pon dh 13 tahun umurnya
ReplyDeleteLama tu....dah lebih 13 tahun...Tak wajib pun pi Alamanda🤣🤣🤣Ammi mungkin lebih selesa ke mall lain..Cuma saya rajin pi situ sebab tak sesibok mall lain di tengah KL
DeleteNawaitu tak menghalalkan cara ni. hehe..Bila dah jejak putrajaya, seluruh pelusuk putrajaya pergi. Sesekali lah kan. Pakai baju pergi pasar pun, don't care.
ReplyDeletekadang saya macam tu jugak, asal stress cari makanan jugak.
Betul Fiza...
DeleteKalau stress mula la nak makan macam2...
Ada orang susah hati jadi kurus.Kita sebaliknya...huhuhu