Wednesday, 27 October 2021

ULAR MASUK RUMAH MAK- SIMPAN BAYGON SPRAY UNTUK KECEMASAN

 Semalam Achik upload gambar ni kat whatsApp group family.


Bila nampak bomba,dah boleh agak kes ular masuk rumah lagi la ni..
Tahun 2019 dah pernah dah sekali ular sawa burung masuk rumah siap tidur dengan nyenyak balik sliding door.Pun bomba datang tangkap.Cari entri tu tak jumpa pula.

Hari Jumaat,mak call bagtau anak sulungnya (maksudnya abang saya la🤭) balik bersama Kak Long.Lepas makan Kak Long menjerit terkejut terserempak ular tedung  kat belakang rumah.
Dah call bomba,bomaba datang cari tak jumpa pula sebab ular tu dah menyusup entah kemana.
Bomba pesan suruh beli Baygon Spray simpan untuk kecemasan semburkan kepada ular atau tempat yang dikhiatiri ada ular.Mak kata abang belikan Bygon Spray untuk mak simpan.Katanya Baygon sangat berkesan untuk menghalau dan melemahkan ular.
(wallahua'lam)


Ni pic dari group penduduk bagitau ular masuk dalam kawasan rumah mak hari Jumaat tu dah keluar ke arah bendang.


Ni mak cakap mak pula terserempak ular dekat pintu dapur.Mak kata mak & ular sama-sama terkejut.Ular menyusur masuk pintu dapur & swmbunyi bawah mesin basuh.Mak call Achik & Achik call bomba.Bila bomba sampai cari bawah mwsin basuh tak ada pula ular tu.Bila mesin basuh diterbalikkan pun tak nampak ular tu.Kata mak nasib baik masa bomba tanya kalau-kalau ada  Bygon Spray,memang abang dah belikan hari Jumaat tu.Bila bomba spray dicelah-celah mesin basuh tu,nampaklah ular tu memcari jalan keluar.

Rupanya ular tu dah menyusup ke dalam mesin basuh.Taktau macamana dia boleh meloloskan diri.Lama juga la anggota bomba ambil masa nak keluarkan ular tu.Mak kata bomba bagitau itu ular tedung(king cobra) tapi saiz kecik sikit dari yang nampak hari Jumaat.

Alhamdulillah,tiada kecelakaan.Terima kasih anggota bomba terlibat.
Kata mak lepas ni memang kena pastikan bekalan Baygon Spray sentiasa ada.Mak cakap masa hari Jumaat tu pun bomba dah semburkan di lubang-lubang kat tepi tembok belakang dapur.

Mungkin sebab sekarang musim hujan dan banjir menyebabkan ular-ular tedung  yang antara  habitatnya di sawah padi dan  bersarang dibatas-batas bendang tu mencari perlindungan kerana air naik.Rumah pula memang ditengah bendang memang menjadi laluannya la.Semoga Allah lindungi mak dan ular-ular itu juga tidak mengganggu mak.Memang kita berkongsi dunia yang sama dengan pelbagai makhluk,namun harapnya kita saling menghormati privacy masing-masing.

12 comments:

  1. Boleh viral baygon spray lepas ni, nak jugaklah simpan satu sebab pintu belakang tu ada lubang kat bawah.

    Rumah mak bela kucing tak? Betul ke orang kata, ular takut kucing? Wallahu alam. Mujur mak tak apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la....
      Saya pun nak beli juga la baygon spray..Walau dok atas kayangan🤭
      Mak memang tak bela kucing sbb alergi dengam bulu kucing.Mak belanikan ja🤣

      Delete
  2. Nampaknya kena Cari Kat shoopee la baygonspray ni...boleh kasi Kat mak,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Dah dapat info,jom kita sama manfaatkan

      Delete
  3. Mak cella boleh share Tak baygon spray tu...yg ada gàmbar lipas je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak,saya pun tau baygon yang spray lipas tu ja...
      Lupa pulak nak tanya mak..Kalau lain rupa dia nanti saya update sini.Kalau tak update tu maknanya baygon lipas tu la

      Delete
  4. Ye betul..SA hiking naik gunung pun bawak baygon kecik tu...pacat x suka bau dia...lepas ni mmg kena ada kat setiap rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo..untuk pacat pun effective yer...Bagus juga buat simpan kat tempat kerja juga untuk sesuatu yg tak diduga...

      Delete
  5. Allahu..seram betul kalau ular masuk rumah. Kena standby baygon siap siap.

    Dalam baca baca tu terhibur baca mak & ular sama-sama terkejut tu. Aduhaii..pandai mak berseloroh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..saya pun baru tau pasal kegunaan baygon.Selama ni tau untuk lipas saja.

      Dari pembacaan katanya lar & manusia akan sama2 mengelak untuk saling bertemu.Tapi sebab berkongsi alam,kadang terserempak.Biasa ular menyerang bila dia rasa terancam.Apapun memang tak mau la berselisih dengan ular...takuttt

      Delete
  6. Syu pun guna Baygon.Senang nak bunuh lipas kat rumah ni. Hi3😁. Kalau guna spray yang biasa tu haram taknak mati. Siap boleh merayau2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haram tak nak mati🤣🤣
      Kalau hidup halal ...🤭Terhibur,lama dah tak dengar perkataaan 'haram' tu..

      Delete