Hari Kopi Sedunia:
10 fakta mengejutkan tentang kopi
Tarikh 1 Oktober tahun ini telah dipilih sebagai Hari Kopi Sedunia oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa. Ia dianjurkan sebagai meraikan kopi sebagai antara minuman paling digemari masyarakat.
.
Sempena sambutan ini, mari kita lihat 10 fakta menarik tentang kopi yang mungkin mengejutkan anda.
.
1. Sekumpulan masyarakat etnik di Ethiopia dikatakan antara yang pertama mengesan khasiat kafein dalam kopi. Ia terjadi apabila kambing peliharaan mereka mula menunjukkan keaktifan luar biasa selepas diberi kopi.
.
2. Anda biasa minum kopi sebaik sahaja bangun tidur? Tak perlu! Ini kerana manusia menghasilkan sejenis hormon dipanggil cortisol apabila bangun daripada tidur. Hormon ini sudah lebih dari cukup untuk menyedarkan anda daripada rasa mengantuk. Sebaiknya, minum kopi selepas kira-kira sejam anda bangun.
.
3. Buah kopi dipanggil coffee berries. Ia sejenis buah yang boleh dimakan dengan biji kopi di dalamnya. Ramai memanggilnya sebagai bean atau kacang kerana bentuk buah itu yang menyerupai kacang.
.
4. Turki, pada satu ketika dahulu, pernah melaksanakan undang-undang yang menyatakan seorang isteri boleh menuntut cerai jika suaminya tidak memberikannya bekalan kopi yang mencukupi!
.
5. Kopi berada di tempat kedua dalam senarai minuman paling popular di dunia, selepas air kosong (plain water).
.
6. Kesan kopi boleh dirasai selepas hanya kira-kira 10 minit selepas meminumnya.
.
7. Antara kebaikan kopi adalah mencegah penyakit Alzheimer, Demensia, Parkinson dan jantung. Ia juga membantu anda membakar lemak.
.
8. Kopi paling mahal di dunia adalah Black Ivory Coffee, dan ia diperbuat daripada najis gajah. Harga kopi ini secawan adalah kira-kira AS$50 (RM220).
.
9. Minum 100 cawan kopi sehari cukup untuk membunuh seorang manusia.
.
10. Kopi segera (instant coffee) dicipta oleh lelaki bernama George Washington pada tahun 1906. Ia bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana rasanya yang teruk.
Jangan lupa temu janji kita esok 1 Oktober 2021 (Jumaat) bersama meraikan Hari Kopi 2021 Jabatan Pertanian.
#myDOA
#HariKopi2021
#CoffeeDay
#CoffeeDay2021
#KopiMalaysia
Saya copy&paste sebagai perkongsian info
kopi najis gajah pon ada? ingatkan kopi luwak je yg ada
ReplyDeleteTu la..
DeleteSaya pun baca info ni baru tau ada kopi taik gajah & lagi mahal dari kopi luwak pulak tu...
Durian taik gajah saya pernah dengar...Pun katanya lagi mahal dsri durian biasa.
Selamat mengopi ☕☕
ReplyDeleteHihihi...
DeleteJom ngopi...ngeteh
Sekarang dah boleh dine in
selamat hari kopi kpd coffee lover... sy x minum kopi.. hehehe
ReplyDeleteLa....
DeleteMim tak minum kopi yer...
Takpa...kalau semua minum kopi,sapa pulak nak minum minuaman lain kan..?
🤭🤭
Kejap lagi nak mengopilah, nak renih kopi... kebetulan hujan lebat ni...tentu aroma kopi penuh satu dapur. Maka termenyambutlah Hari Kopi Seduna!
ReplyDeletePergh...secangkir kopi mampu menghangatkan hari yang dingin
DeleteCoffee lover angkat tangan! Patutlah pagi-pagi tadi teringin cari kopi, Hari Kopi Sedunia rupanya
ReplyDelete🙋🙋🙋🙋🙋
DeletePagi2 dah ngopi.. ni pun jap lagi nak bancuh lagi, hihi..
ReplyDeleteJom ngopi ...
DeleteSK bancuh nescafe ke...
Mesti kaw2 punya kan.
Dah tukar tittle ye? dulu dengar2nya kopi luwak paling mahal hihi...
ReplyDeleteKan....saya pun ingat macam tu jugak.Tapo pernah tengok satu documentary katanya industri kopi luwak dah swmakin suram.Banyak luwak yang dipelihara pun dah kurus terbiar.Tak pasti pula kenapa jadi begitu.
DeleteAda chemistry dengan kopi tu...hihihi
ReplyDelete