Nasi putih.Berlauk Bilis Tumis Taucu & Jeruk Mandai Goreng Cili Bawang.
BILIS MASAK TAUCU
1 cawan bilis bersih
2 bungkus kecil =2 sudu taucu
1 bawang besar
5 bawang putih
1 ketul halia muda(saiz ibu jari) - mayang
1 cili merah-hiris
10 cili padi hijau - dibelah
1 sudu teh pes asam jawa + 1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
Minyak
1. Goreng bilis hingga garing. Ketepikan
2. Tinggalkan minyak anggaran 3 sudu & tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili padi & cili merah
3. Agak-agak bawang layu & masukkan taucu.
4. Bila sudah harum masukkan ikan bilis goreng, air asam& gula. (garam jika perlu kerana taucu sudah agak masin)
5. Biar mendidih & sesuaikan rasa
JERUK MANDAI GORENG
1 mangkuk jeruk mandai
1 bawang besar
5 cili padi
1/2 cawan ikan bilis
minyak
1. Perah dan hiris mandai
2/ panas minyak agak-agak macam nak goreng ikan
3. Goreng mandai hingga garing.angkat
4. Goreng ikan bilis hingga garing
5. Tambah cili dan bawang ke dalam ikan bilis dan terus masukkan mandai yang dah siap goreng.Gaul rata..
Kalau ada lagi cempedak,boleh la buat lagi JERUK MANDAI.
Nampak sedap2 semuanya
ReplyDeleteAlhamdulillah....
DeleteNak tiru resepi bilis taucu. Berzaman dh taucu dok dlm peti ais taktau nak masak apa
ReplyDeleteBuat la ammi..Saya pun dulu tak pernah buat pun.Nampak ex big bos selalu pos dalam FB dia.Cuba try test...ruoanya kena dengan tekak la...😅
DeleteKena menikmati betul betul stok last ni. saya tak terbuat lagi mandai ni. Dapat makan cempedak pun dah hujung hujung musim.
ReplyDeleteTu la...makan sampai licin ...hihihi
DeleteFiza kena try next season..hihihi