Wednesday, 6 October 2021

JANTUNG PISANG TUMIS PEDAS

 Hari Sabtu ada beli sebiji jantung pisang kat pasar tani.


Hari Ahad terus masak jantung pisang tumis pedas.Cerita hari Ahad punya.Hari ni hanya rebus keledek dan masak nasi goreng untuk breakfast & lunch.


Lauk nostalgia zaman remaja.Masa tu kami baru pindah dari kampung lama tanah tokwan  ke rumah baru di tanah sendiri.Arwah ayah banyak tanam pisang keliling rumah macam kebun  pisang hingga tak termakan.Emak selalu suruh ambil jantung pisang jadikan ulam.Kadang ulam jantung pisang rebus.Kadang ulan jantung pisang mentah.Kadang mak suruh jadikan sayur.Tumis cili dan bawang &masukkan jantung  pisang.Nak bagi cantik tak nampak jantung pisang tu birat hitam,mak suruh gaul jantung pisang hiris tu dengan  garam kunyit.Bila dah masak ,makan dengan nasi panas,nasi akan jadi kuning.Tapi masa tu tak suka sangat pun sebab selalu sangat makan dan mudah dapat.Kira macam lauk murahan.Jantung pisang pun banyak yang cincang jadikan baja dipangkal pokok pisang sahaja berbanding untuk makan.Kecuali lah ada kenduri kecil-kecilan,jantung pisang dikutip jadikan ulam.


Bila dapat masak semula lauk jantung pisang tumis pedas ni.Rindunya kenangan masa lalu.Terbayang pohon pisang keliling rumah.Teringat gigih berbasikal berbatu-batu pulang dari sekolah.Kalau hari hujan,basah kuyup.Tapi bila lepas mandi dalam kelaparan dapat makan nasi panas cukup nikmat .Zaman dah tinggal di asrama pula,kalau minggu boleh balik rumah,maka berjalan kaki  berbatu-batu merentas sawah dan hutan.Sesekali sahaja ayah akan jemput di asrama,selebihnya jalan kaki.Waktu nak balik semula ke asrama, ayah akan hantar la.Tapi masa tu kawan-kawan selalu ikut balik rumah.Mereka teruja nak ikut bila saya cerita kena jalan kaki & keliling rumah  bermacam ulam boleh petik.Paling mereka suka ikut saya balik rumah masa ayah tanam banyak pokok jambu batu hybrid.Mereka punya seronok macam dapat petik apple.Kemudian mak akan giling sambal belacan dengan segala macam ulam sebagai juadah tengahari dan malam.Berebut mereka memilih ulam yang mana hendak dimakan.Rebung,pucuk ubi,pucuk janggus,pucuk senerui,pucuk samak,pucuk selom,pucuk kemangi,terung rapuh,kacang botol,umbut lengkuas,umbut palas jantung pisang dan beberapa lagi yang saya dah lupa.Terima kasih ramai kawan yang bersilih ganti sudi ikut balik kampung dan tidak menunjukkan rasa jijik untuk makan didapur berlantai tanah,mandi di telaga tanpa dinding,makan sedanya serta tidur di ruang tanpa bilik sekadar berdingkan kelambu yang berderet.Juga "berry" dijamban pusing.Kesudian kawan-kawan itulah menjadikan saya ada kenangan untuk dikenang.

Ok..dah sudah bab nostalgi.....jom tengok resipi lauk nostalgia saya ni.

JANTUNG PISANG TUMIS PEDAS
1 biji jantung pisang
4 sudu minyak
1 cili merah hiris
1 sudu teh serbuk kunyit
garam,gula secukup rasa.

Bahan Tumbuk:
10 cili padi merah
3 bawang merah
3 bawang putih
sejemput bilis bersih

1. Hiris jantung pisang & gaul dengan serbuk kunyit serta sikit garam.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum.

3. Masukkan jantung pisang dan kacau goreng hingga jantung lembut dan masak.Tambah cili hiris.

4. Sesuaikan rasa 


Sebiji jantung pisang.Harga kalau tak silap dalam RM3.


Ni zaman kanak-kanak...kami guna kelopak jantung pisang ni sebagai kasut🤭


Pernah viral satu ketika dulu bunga dalam jantung pisang ni digoreng tepung..



Buat jugak...hihihi

Bila anak-anak tanya..saya kata ni ikan bilis segar celup tepung...🤣.
Tak dimakan pun oleh depa...Saya sorang ja makan.

Depa tak pandang "ikan bilis" goreng tepung tu sebab saya juga masak fillet ikan dory celup tepung.


Memang licin la yang ni sebab lauk lain semua bagi depa lauk orang tua.Hanya ini lauk orang muda.Depa hanya makan ikan goreng tepung dengan sambal.

Ulam favourite  saya
Daun kaduk 
Pucuk betik..
Pahit tapi sedap..

Pinggan saya....
Penuhhhh
 🤭🤭🤭


Puas hati makan..
Masak lauk ikut taste sendiri.Makan dengan berselera.
Sesekali masak ikut tekak kita pulak.
Biar depa adik beradik makan lauk ikan dengan sambal saja pulak kan...
Sapa suruh tak makan ulam & jantung pisang yang sedap ni kannnnn...
Hihihihi...



11 comments:

  1. Wak hari ni pun makan menu jantung pisang
    Tapi rebus aje, makan cicah sambal ketuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      janting pisang wak mesti lagi sedap.Fresh dari kebun..

      Delete
  2. Baru ingat nak mintak alamat rumah.. Tp dah kata lauk Ahad pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....
      Boleh..boleh...mai la
      Jantung pisang dah hanis tapi lembu ada lagi dalam peti ais..takdak geng makan jantung tu..

      Delete
  3. Sy bab balik kampung suka, yg sy tak suka, bab nak berry tu lah.. haishhhh...

    Jantung pisang is my fav, masak apo pun suka, ulam suka, masak lemak suka. Kalau lauk macam ni, tak payah ada lauk lain dah, goreng ikan kering sekor, cukup melati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      masalah nak berry tu masa sekolah dulu la sebab belum ada bekalan air paip.kena angkut dengan baldi bawa ke bilik termenung.Hujung 90-an dah habis semolah baru ada air paip & mak dah buat bilik termenung dalam rumah..hihihi

      Delete
  4. Drpd zaman kanak2 sampai la stay dgn MIL kat AU3, tak prnh dihidangkan dgn lauk jantung pisang ni.. tak prnh terliur pun bila nmpk jantung pisang ni kat mn2 kedai mkn.. tp bila tgk mak cella punya, mcm kena hunting jantung pisang plk lps ni.. 🤭
    Kalau la kita kwn sek, sure every time mak cella blk kg, kak lin ikut.. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      Lauk kampung macam ni sesekali layan memang sedap.
      Saya pun kalau sekolah dengan kak Lin dah ajak dah...hihihi

      Delete
  5. Teresek pun sedap.Pernah makan kawan dari Kelantan masak bawa ke tempat kerja sebelum Covid hari tu.Jamban pusing tu sebelum wujud jamban curah..hihihi

    ReplyDelete
  6. Hi Cella, saya dah lama jadi pembaca setia blog Cella. Cuma beberapa tahun kebelakangan ni agak sibuk. Bila ternampak entry Cella yang baru ni terus jadi happy semacam hahah. Tak sangka Cella masih aktif di blog. Terima kasih atas resepi yang dikongsi selama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....Terima kasih Aziq...Tapi sekarang Cella sedang study @ Trengganu..Mak Cella take over sebab sayang nak biarkan blog ni sepi

      Delete