Jalan nak masuk tu lalu kampung & sunyi.Lepas pintu gerbang ni lagi sunyi & jalan dia kecik sahaja.Ingatkan dah sesat..Tapi depa orang muda memang percayakan waze..Saya ja masih setia dengan signboard...hihihi
Alhamdulillah dapat parking kat bulatan betul-betul depan pintu masuk.Kalau saya la,saya tak berani nak parking sembarangan selain petak yang disediakan.Tapi Adah jenis selamber..asal kereta lain boleh lepas,dia selit saja..(kalau kena saman,bukan dia yang bayar..kaaaaannn🤣)
Ambil gambar bahagian luar saja la.Nasib baik baru lepas hujan..Cuaca tak panas..sedap berjalan..Cuma gambar nampak teduh jaaaa🤭
Depa tau kalau suruh mak depa snap...habislaaaa kelabu asap...hihihi
Jarang Adah nak bergambar beria...Selalu kalau pi mana memang nak snap pic dia kena curi2 saja sebab dia tak suka.Tapi kali ni lain macam dia punya bergambar setiap tempat oersinggahan.Manusia bersifat baharu kan....Boleh berubah mengikut waktu...!
Luas jugak Taman Tamadun Islam ni..Saya memang tak larat la nak tawaf...hihihi...Ambil gambar dari luar saja la...
Tadi kata Adah,dari tak suka bergambar dah jadi suka..
Now...
Ok...dah jom balik...
Dah masuk kereta,gerak nak keluar baru nampak ada basikal ni..eh,basikal ka beca ni?
"Paku Dulang Paku Serpih..Mengata Orang Awak Yang Lebih.."
So,jangan mengata,walau anak sendiri🤭🤭🤭🤭
Video dari sudut Pintu Gerbang Taman Tamadun Islam pula...By Adah...
Dah masuk kereta,gerak nak keluar baru nampak ada basikal ni..eh,basikal ka beca ni?
Kata budak dua beradik tu,kalau tau tadi boleh sewa...
Baru nampak...memang ada tempat sewa basikal tu..Sebenarnya ada juga tram untuk meronda keseluruhan Taman Tamadun Islam tu..Lepas tu baru nampak...
Takpa la nanti bila2 bawa mak datang sini boleh la naik tram dia...Hihihi..Padahal kalau bawa mak saya,harus saya naik tram,mak saya jalan kaki.Mak saya tu fizikalnya kecik,cerdas & aktif nak banding dengan saya yang semuanya kontra dengan mak...hihihi
Nanti nak ajak Achik plan bercuti ramai2 kat Trengganu.Kalau Achik ada lagi seronok.Achik & Adah ...depa sekepala bab bercuti.Semoga Pakcik cepat sihat dan dapat bercuti lagi macam 2019 kat Pangkor sebelum PKP hari tu.Alhamdulillah Pakcik dah start kerja katanya.Dah boleh drive tapi masih dalam rawatan.
Ketika kami berjalan-jalan ni,Cella sedang bertungkus lumus mengemas bilik di kolej kediaman yang sudah hampir ½ tahun ditinggalkan.Katanya habuk tebal & semua kain baju kena basuh semula sebab dah hapak dalam almari.Sabar yer nak...mak nak jenjalan...
Nanti dah habis belajar,dah kerja...pi la jalan...masa tu tak tau la mak ada lagi ka dak...
Misi seterusnya lunch & check in Ming Taragon Hotel..
Tapi ada cerita tak mengembirakan....😥
Oh, masih balik hari tu, baju suma tinggai ka?
ReplyDeleteSy kalau ke Ganu, tak pergi tempat2 ni, selalu tak sempat campur tak larat 😂 cuma pi makan ngan pasar payang. Tapi lain kali klu ada kesempatan, nak juga pergi.
Cella balik hari tu by flight...tak bawa lagage apapun sebab katanya cuti nak raya saja.Semua tak bawa balik barang.Pastu terperangkap dalam PKP🤭
DeleteSaya pun 2x hantar dia sblm ni tak kemana sangat.Kali ninja Adah excited 🤭
Dah sampai sini haruslah bergambar sakan. Yang tak rajin bergambar pun tiba tiba jadi ada mood nak bergambar. nampaknya kena repeat datang sini. Banyak tarikan dah kat sini.
ReplyDeleteBetul....
DeleteBanyak tarikan tempat2 menarik.Banyak lagi yang kena explore...
Ni dah gelembong pelancongan,banyak tempat dah buka semula