Tiap kali CIKGU AMIE publish nasi kuning,tiap kali tu juga terliur.Sudah beberapa kali saya masak nasi kuning ala Sabah ni.Bila masak auto akan ingat Cikgu Amie.Ni terus ke blog Cikgu Amie nak copy link.Eh,sekali tersinggah dulu baca entri baru beliau tentang pengomen bertuah yang meningggalkan komen di blog beliau.Sudah ramai yang berjaya membawa pulang wang tunai dari blog Cikgu Amie.Jom lah beramai-ramai singgah ke sana.Mana tahu dalam berukhwah dan menjamu mata,jika ada rezeki membawa pulang wang tunai.Walaupun bukan ada contest,tapi selalu sahaja Cikgu Amie meraikan para pengunjung blog beliau...In sha Allah!
Sambil makan nasi kuning,sambil meneguk kopi 0 panas.Sudah pasti kopi Cap Gantang
Nasinya saya masak macam nasi lemak sahaja.Cuma saya guna beras basmathi.Bahan lain tu sama.macam nasi lemak:
-santan
-pandan
- beberapa biji lada hitam
-halia mayang
-garam dan secubit gula
Sukatan santan macam masak nasi biasa saja.Masukkan semua dalam rice cooker...On suiz,tekan cook.Tunggulah sampai nasi tanak.
Ikan tongkol tu asalnya plan nak masak gulai nasi dagang.Tapi batalkan sebab in sha Allah hujung minggu nanti kami akan ke Trengganu.Anakanda Cella dah dapat panggilan balik ke kampus.Baik tunggu makan nasi dagang kat sana kan🤭.
Nak ke Sabah macam lambat lagi,so baik masak nasi kuning ala Sabah...
Boleh bah kalau kau!
Hari tu bawa "Cameron Higland" masuk rumah
Hari ni walaupun niat asal nak bawa "Trengganu " masuk rumah.
Tapi sudahnya bawa " Sabah" pula masuk rumah.
Hihihihi...
Syyyy...katanya lagi beberapa hari kerajaan nak umumkan boleh rentas negeri..🤭
Akak pun dh lama dok terliur nasi luning kt blog Amie tu...ntah bila nk buatnya
ReplyDeleteJom la buat...Lebih kurang nasi lemak juga tapi sedap bila digandingkan dengan sambal ikan.
DeleteBelum pernah cuba nasi kuning ni
ReplyDeleteKalau pulut kuning pernahlah
Boleh minta puan is3 wak masakkkan...Sedap wak...
DeleteNasi kuning sambal ikan dengan telur rebus memang sedap dibuat sarapan. Sejak tinggal bertiga, jarang dah saya masak nasi kuning. Kalau dulu sewaktu anak-anak berkumpul, meriah betul sarapan nasi kuing. Masak lebih, boleh ulang makan sampai ke petang.
ReplyDeleteSebenarnya dah lama nak buat entri Top 10 Komentetor tu, tapi asyik tertangguh-tangguh saja heheheee.
Sama la kita...Ulang makan sampai malam🤭.
DeleteTerima kasih atas idea & resipi dari cikgu🌹🌹🌹
Alhamdulillah...
ReplyDeletesambal tu memang merahnya cantik.Saya beli cili blend dari kawan.Tak tahu dia guna cili apa tapi memang cili blend yang dia buat jual tu cantik merahnya.