Minggu lepas Cella dapat panggilan untuk balik kampus.Hanya sehari tarikh diberi untuk setiap fakulti.Kena patuhi tarikh dan masa.Fakulti Cella daftar 15 Oktober pukul 8.30 hingga 4.30 petang.
Nasib baik bukan tengah minggu.Jadi,saya hanya ambil cuti satu hari sahaja.Alhamdulillah dimudahkan urusan perjalanan.Risau juga takut jem sebab dah boleh rentas negeri + hujung minggu & Selasa pula cuti Maulidurrasul
Bertolak pukul 5 pagi..Sampai pukul 11 pagi..
Plan nak bertolak sehari awal,tapi anak bujang tu ada interview.Plan nak bawa mak saya sekali..Juga tak dapat sebab tak sempat nak balik ambil mak.Dulu mak datang sendiri naik basa saja.Sekarang Achik dah tak benarkan mak naik bas sebab faktor keselamatan & faktor umur.Mak memang suka jenjalan...Tapi apakan daya.
Panas lit lit...walaupun baru pukul 11 Pagi.Kami meronda nak cari makan.Nak cari celup tepung semua belum buka.
London Bridge,..🤭 aka Jambatan Angkat.Visi mencari tempat lunch.Dah dua tiga tempat yang Adah masukkan dalam itinirary.
Ini altenatif terakhir visi nak cari lunch...Restoran Mat Binjai...Tutuppppp
Dalam Google kata buka..Bila sampai tutup.Dah la mengejar masa nak daftar Cella.
Pilihan terakhir....Drive Thru..tengah tunggu burger .
Lepas dapat beli 3 set lunch ni kami pakat makan dalam kereta kat parking McD tu saja la..
Tapi Cella tak makan & tak minum pun sebab arahan tak boleh makan &minum setengah jam sebelum daftar sevab nak kena saliva test.
Sebelah McD ni mini stesen bas ekspress.Memang memudahkan student kerana berdekatan dengan UniSZA,UMT,IPG KT... (boleh kot panggil stesen bas ekspress kan)..kalau salah minta maaf...hihihi
Pukul 2.15 dah daftar kat gate..kena ke dewan untuk saliva test.Tunggu tengah panas lit lit sebab hanya student yang boleh turun
Adah bagi masa 15 minit sahaja untuk rehat,solat & mandi..lepas ni nak gi dinner.Kena gi awal takut kena sidai.Kena patuh itinerary dia susun..hihihi.
Elok pukul 2 ...dah nak gerak masuk kampus,Cella cakap nak beli makanan untuk dinner siap-siap sebab lepas daftar kena kuarantin 10 hari.Cafe buka tapi hari ni juga adalah pendaftaran pelajar baru..mesti berebut punya & posibeliti untuk makanan habis adalah tinggi.Dia kata nak beli sesiap.Maka masuklah drive thru sekali lagi.Beli sekali untuk kawannya.
Pukul 2.15 dah daftar kat gate..kena ke dewan untuk saliva test.Tunggu tengah panas lit lit sebab hanya student yang boleh turun
3.45 baru nampak Cella keluar.Alhamdulillah Covid result negatif.
Jom hantar ke kolej kediaman pula
Pun tak boleh turun...Dah salam peluk cium...hanya hantar dengan pandangan mata..Tak boleh turun.
Dah kepenatan ...nak terus check in hotel.
Alamak, Adah dah macam cikgu disiplin ni, hihihi.
ReplyDeleteSenoga dipermudahkan urusan anakanda Cella di kampus, sepanjng dikuarantin ni kelas online la kan. Selamat menjalani semester 4 dengan jayanya ❤️
Hahahaha...betoi,Adah sesuai jadi cikgu disiplin🤭
DeleteAminn...terima kasih doa untuk Cella
Alhamdulillah kak, akhirnya boleh jgk kita rentas negeri walaupun masih dalam berjaga2 dan sentiasa patuhi SOP..lama saya x jenguk blog akak..hihihihi..bila nak balik kedah kak?..
ReplyDeleteAlhamdulillah....
DeleteHehehe...mak pun dok ulang call tanya bila nak balik Kedah🤭
org penat2 buat itinerary..jangan suka2 tak follow
ReplyDelete🤣🤣🤣🤣
DeleteMemang dia paksa ikut...
Kalau tak follow itinerary dia susun tu dia kata nak mogok tak mau drive...🤣
Alhamdulillah.
ReplyDeleteMoga hari ini dan seterusnya Covid-19 terus balik kampung dan tak toleh-toleh lagi ke belakang.
Selamat menerusan pengajian Adah, moga terus berjaya.
Amiinn...
DeleteAlhamdulillah...& in sha Allah ..
Yang masih dalam pengajian hanya Cella tu cikgu🤭
Tu la..malam sebelum bertolak ke KT tu..lama la dia bertelefon ngan nenek dia menyatakan kerinduan
ReplyDeleteOoo hantar cella.. sambil menyelam minum air la ni..
ReplyDeleteMg dpermudahkan urusan pembelajaran cella.. aamiin..
Aamiinn...
DeleteTerima kasih atas doanya kak Lin..Semoga yang baik juga Allah pulangkan kepada kak Lin