Friday, 22 October 2021

MIHUN RENCAH TELUR SAHAJA

Cepat sungguh masa berputar.Pejam celik pejam celik dah genap seminggu anak dara bongsu saya dah balik ke Pantai Timur.Semoga Allah mudahkan urusannya dalam menuntut ilmu dan urusan lain.Juga anak-anak yang lain serta semuanya  juga di luar sana semoga  dimudahkan urusan dan diberkati Allah.Lebih-lebih lagi di hari Jumaat yang barokah ini.



Mihun rencah telur sahaja🍝.Goreng keropok sebagai penambah irama🎼🎶🎵 bila mengunyah.Kalau tak kan senyap sunyi sahaja🤭.
Bancuh kopi O☕ untuk menolak mihun tu masuk dalam perut🤣


Hanya tumis bawang.Pecahkan 3 biji telur gorengkan hancur.Tambah sambal,carrot,garam,sedikit gula dan sedikit cuka.Masuk mihun yang sudah direndam..Gaul lah hingga mihun lembut sambil direnjis kicap sebagai penambah perisa.



Memang tak ada udang,ayam,sosej bagai.Hanya rencah telur orak orek🤭.Sayur pun hanya wortel diracik halus.Dah lebih seminggu tidak ke pasar atau kedai membeli barang dapur.Masak sekadar apa yang ada didapur.
 
Dah nak menyuap ke mulut baru teringat minggu lepas ada buat jeruk cili hijau.Aum,lagi laju menyuap.




12 comments:

  1. Walaupun rencah telur dan wortel saja pun sudah cukup membuat perut rasa terhibur. Yg menengok ni pun terhibur juga 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...betoi..perut ni asal di isi saja suka la dia...hihihi

      Delete
  2. ada cili jeruk tambah sedap mehun nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu...cili jeruk tu buat celik mata luas 😁

      Delete
  3. Kejap je dah seminggu kan. Rindu Cella boleh VC. Semoga semua dalam keadaan baik baik je. Aaminn...
    Sedapnya mihun goreng ada keropok ikan goreng tu haa..Even rencah telur tetap mengancam dan sedap rasanya. Mujur tak lupa cili jeruk tu. Dari tak ada rencah, terus jadi meriah mihun goreng :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi...sekejap saja dah bertemu minggu.
      Baru 3x call.Dia dok cerita sibok kemas bilik penuh habuk.Pi bilik kuliah pun tunggang langgang( masa PKP ada makhluk berkuliah kot🤭)

      Delete
  4. Kadang- kadang Pak Zain buat bihun rencah telur ngan ikan bilis je...sedap gak

    ReplyDelete
  5. Wah.. kena try ni time stok hbs, bole la grg mihun mcm ni.. tp, kak lin xde stok cili hijau jeruk.. letak kapers bole agaknya kot.. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih...kapers lagi sedap..lemak-lemak pahit masam...

      Delete
  6. Ammi selalu gak buat gorengan cuma letak telur especially utk sarapan sbb malam lupa nak defrostkan ayam/daging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kan...kadang kalau lupa defross ayam bagai memang jem...telur jadinpenyelamat

      Delete