Roll Wrap juga salah satu makanan yang ada dalam list nak makan bila balik KL.. Heee banyak naw list kan.. Hihihi
Heee.. sedap oooo..
Makan 1 roll pun dah kenyang
Tapi dah mak aku tinggalkan 2 roll untuk aku,So makanlah kedua-dual roll kan... Hahahha
1 aku makan latebreakfast & 1 lagi kira lunch la
Kenyang....
ROLL WRAP
10 keping wrap Gardenia/tortilla
10 helai daun salad
5 keping burger ayam Ramly
Sos cili
Plastik wrap
Colesslaw:
1/4 kobis - hiris halus
1 batang carrot-sagat kasar
2 sudu besar mayonis
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1. Panaskan kuali tanpa minyak & masak burger ayam. Angkat & biar sedikit sejuk. Setiap kepingan burger kerat kepada 2 spy dapat10 bahagian. Setiap bahagian guting jejari
2.Campur kobis, carrot, mayo, gula & garam. Gaul sebati & bahagikan 10 bahagian sama banyak
3.Bentangkan wrap & letak daun salad, 1bahagian coleslaw, 1bahagian burger ayam & sedikit sos cili.
4.Wrap & roll dengan cermat & balut dengan plastik wrap supaya kemas.
5. Buat hingga selesai
* Wrap Gardenia lebih lembut & tidak mudah koyak. Jika guna tortilla brand lain perlu dipanaskan sekejap supaya lembut & mudah nak roll.
** Kepingan burger ayam Ramly lebih sesuai digunakan sebagai filling berbanding kepingam burger daging. Selain kepingan burger, isi ayam goreng, nugget & lain2 juga boleh guna sebagai filling
*** Kobis sebaiknya hiris halus @ guna slicer. Jangan guna pemarut kerana nanti coleslaw akan berair. Mayonis juga jangan terlalu banyak nanti susah nak roll. Cukup sekadar melekatkan coleslaw
Burger ayam siap masak
Salad siap cuci & lap
Colesslaw siap gaul
Letak sehelai daun salad
Letak 1 bahagian coleslaw
Letak 1 bahagian jejari burger ayam
Sedikit sos cili
Balut pula dengan plastoc sling supaya kemas
Ada 9 rolls wrap..
2 rolls abang nyer bekal
2roll bekal kakak.
2 roll untuk aku kat rumah
3 rolls mak aku bekal mak aku
Masa mak aku wasap nak remind online class tu mak aku tanya aku dah makan ke belum. Memamg belum la sebab baru lepas pakai tudung nk online class.
Mak aku cakap tengah makan bekal dengan Mak Nik Anis & makcik cleaner.
Mak aku cakap Mak Nik Anis belanjer Laksam Kelantan.
Aunty baru tahu gardenia pun dah ada wrap tortilla ni, tapi aunty tak rajin nak buat, baik takyah beli, haha..
ReplyDeletep/s aunty makan roti gardenia wholemeal jerlah
Yup Gardenia dah ada wrap. Ada ori & wholemeal. Dulu mak kita selalu beli bramd Mission tu. Now dah beli Gardenia jer nampak. Mak cakap Gardenia lagi senang nak manage sebab lembut & tahan lasak.. Hahahaa tahan lasak terrrrrš¤£
Delete