Thursday, 15 October 2020

HOUSEMATE & ROOMATE

Hai... Assalamualaikum.... 

Aduh, maafkan aku kerana asyik tertangguh jer nak update blog.. Actually dah lama x menulis rupanya bloger writing  tamplate dah berubah la.. Terkial-kial aku nak cari mana icon nak upload pic bagai.. Rasa yang baru ni memang susah la plak... Nampak tak lama naw aku tinggalkan blog ni.. Huhuhu

Asalnya plan nak tulis aktiviti aku sepanjang 2 bulan kat UniSZA.. Pic kumpul dah melambak2 dalam gallery. Tapi bila nak pilih serabut la plak sebab banyak sangat. 

Akhirnya dalam banyak2 ru aku pilih 3 ni jer🤭

Ni sebahagian housemate aku
Lala, Khairina... Aina & Mazlin
Lala yang sebelah aku tu dak KL gak.. 
1st day aku daftar tu masa tengah kemas bilil tetiba ada orang sergah aku dari pintu bilik. 
Terkezut beruk la haku.. 
Dia tanya aku dari mana.. 
Katanya namanya Lala
Dari bilil sebelah.. 
Aku memang xleh terima ar orang main terjah jer bilik xde ketuk xde bagi salam. 
Aku memang layan x layan la. 
Malam tu aku keseorangan masa nak tidur 1st night tu. 
Takut wei tempat baru & roomate lak kena kuarantin
Tengah seram sejuk dalam bilik tu Lala datang ketuk pintu. 
Dia cakap dia tahu aku takut nak tidur aorang. 
Dia ajak aku tidur bilik dia. 
Aku xnak sebab aku masih ingat siang tu dia sergah aku. Lagipun bilik dia kati 2 jer kan. 
Aku nak tidur kat mana... Nak ke roomate dia terima aku..? 
Dalam aku terfikir2 tu Lala dah amik bantal & selimut aku bawa masuk bilik dia. 
Dia dah bentangkan carpet kecik ditengah2 antara katilnya & roomate dia Khai. 
Dia tarik tangan aku, tutup pintu bilik aku & heret aku masuk bilik dia.. 
Huh, lega yang amat dapat tidur ada teman.. 
Dalam hati malu giler aku judge dia macam2 siang tadi tu.. 🙈 🙈 🙈 🙈
Pengalaman pertama mengajar aku "don't judge book by the cover" 
Tapi aku dah minta maaf dah ngan Lala🤭
Masa kitorang bual2 cerita hari tu keluar la citer ni & rupanya semua pun masing2 ada jer judge housemate macam2. 
Bila dah kenal baru pakat faham perangai masing2... 

Begitu juga ngan kes roomate aku iaitu Mazlin. 
Mazlin yang baju kuning tu
Tu la roomate misteri hari tu🤣
Yang kena kuarantin 14 hari masa baru daftar tu. 
Mazlin dari Sarawak rupanya.. 
Lepas kuarantin, selama 2 minggu jafi roomate aku boleh kira ngan jari berapa patah jer Mazlin ni bercakap. 
Sampai aku naik stress bila 10 aku tanya hanya sepatah dia jawab😭
Aku dah stress dah nak beroomate ngan minah Sarawak ni sebab aku suka bercakap🤣🤣
Aku banyak gi bilik Lala jer sebab bosan duk dalam bilik sebab roomate aku "bisu" 🤭
2 minggu sebelum balik KL
Mazlin dah mula nak berbual dengan aku. 
Aku dah x minat nak tanya dia banyak2
Aku hanya sesekali jer tegur dia
Dia plak yang rajin tegut aku
Aduh, songsoang betul la Mazlin ni
Time aku nak bercakap dia layan x layan
Time aku malas dah nak layan dia plak banyak cakap.. 
2 minggu tu baru aku betul2 kenal Mazlin.. 
Rupanya Mazlin memang banyak memyimpan rahsia peribadi. 
Banyak yag dia kongsikan dengan aku. 
Sepanjang 2 minggu sebelum cuti & balik KL
Setiap malam sebelum lena kami selalu berbual sampai x sedar dah pukul 2@3 pagi. 
Banyak yang kami sama kongsikan cerita. 
Biarlah rahsia tu aku simpan sebagai teladan & sempadan
1 rahsia yang rasa x berdosa untuk aku kongsikan ialah Mazlin ni rupanya top student kat sekolah dia 
SPM dia straight A's weiiii....!!!!!!! 
Lala..... 
Banyak jasa dia kepada aku.. 
Dia lah yg 1st tegur aku(walaupun tegur kasar main sergah sampai aku dah - ve judge dia tu)  🙈
Dia la yang caring aku semasa aku demam 2 hari. 
Puncanya sejak kat UniSZA ni aku memang x berani nak makan ikan sebab aku takut effect kat mata aku. Lagipun kalau makan lauk ikan aku susah nak bajet sebab ikan lain2 harga. So, setiap hari aku hanya makan ayam jer.Setiap hari sebelum kelas bermula pukul 8.30 pagi aku akan minum nestum. Jemu minum nestum aku akan bancuh milo vs biskut. Kalau dah jemu juga aku minum susu jer. (aku memang stok sedozen susu kotak kecik) Biasanya aku akan skip lunch. 
Petang dalam pukul 3 baru aku akan gi cafe atau kirim kat housemate untuk belikan nasi. 
Setiap hari aku memang akan beli nasi putih separuh, Kuah kari & apa2 kuah kosong & 1 ayam goreng tepung =rm3.50.
So,aku dah boleh bajet makan 
Pernah 2 kali beli pasta, tapi abang yang jual bg special discount kat aku. 
Harga rm4.50, abang tu akan bagi aku harga rm3 jer. Sampai kawan2 cakap ababg tu TAK ADIL!!! 
Haaaa, mana aku tahu dah abang tu bagi discount kat aku. Agaknya dia nampak mesian kot kat aku. 
Tapi lepas tu aku dh x gi lagi dah gerai tu sebab nak elakkan salah sangka kawan. 
Back to normal aku makan nasi+kuah +ayam goreng tepung.. Tiap kalinlalu depan gerai tu aku tunduk tapi aku namoak abang tu pandang aku... Huhuhu
Semoga اللهcatatkan pahala sedekah untuk abangg tu & bznz nya kencang dan berkat. 

Malam biasanya makan biskut @ megi kalau lapar sangatla... 
Kalau housemate aku order grabfood aku akan tidur supaya x joint dorang makan
Memula housemate aku cakap aku kedekut, tapi lama2 dorang pun dah ikut aku bajet belanja makan(dah kena bayar macam2 baru tau nak jimat) 🤭🤭🤭
Tapi ada juga beberapa kali makna kat luar masa keluar gi KT untuk beli stok makanan & beli barang asignment. 
Selalunya makan kat Dapur Pata (tu bahasa Ganu.. Bahasa standardnya Dapur Pantai) 🤭
Selalunya kitorang share tong2 duit sewa kereta, duit minyak + makan. Lain2 pepandai sendiri bajet. 

Ops.. Pasal Lala jaga aku demam. 
Ada skali tu aku dah muak nak makan ayam
Teringin sangat nak makan ikan 
Aku pilih ikan keli sambal.. Rm4 kot.. Lupa dah
Baru suap jer ke molot, bau yang x menyenangkan.. Suap lagi, bau makin kuat d rasa ikan tu pahit. Cakap ngan kawan aku, kawan aku cuba cium.. Owhhhh memang ikan tu busuk.. Kawan aku beli ikan keli juga tapi elok jer. Nasib aku kurang baik dapat ikan busuk. 
Malam tu aku cirit birit, muntah2 & demam. 
Lala la hangkut aku tidur dalam bilik dia(masa tu Mazlin masih "bisu'🤣) 
Lala bagi panadol, buatkan minuman panas bagai.. 
Aku terhutang budi kepada Lala!!! 
Sekarang pun setiap hari aku & Lala akan calling2
Semoga الله  kekalkan hubungan baik kami hingga ke Jannah.. امين



 Housemate aku yang lain.....8 orang termasuk aku.

Sorang dari Sarawak, 2 KL,sorang Selangor, sorang Pahang, 2 Kedah, sorang Perak, & Sorang Nismilan..

Rindu dorang semuaaaaaaaa

Ok pasni update makanan plak🤭🤭🤭🤭

2 comments:

  1. Assalam, mengalir pulak air mata aunty baca cerita Cella ni. Anak aunty masa baru masuk poli pun sama, nak berjimat makan hari2, sebab dia nak bajet makan sedap hari weekend masa outing. Anak aunty pulak jenis yang suka makan nasi, jadi, dia ambil lauk macam kamu la, nasi kuah, telur (bukan ayam). Perangai tu dari sekolah, masa sekolah dulu memang aunty tak ada nak mewah2kan dia, dia makan sedap kalau dekat rumah atau ikut family makan jer, kalau guna duit dia (duit belanja sek), dia berjimat, haha.

    Baik betul Lala tu, selalu orang macam Lala yang havoc nilah yang baik hatinya, orang kata tak kenal maka tak cinta, di sana merekalah keluarga Cella, jaga hati kawan tapi jangan sampai dibuli kawan. Kongsi no telefon kawan dengan mak, dan no tel mak dgn kawan, senang apa2 hal nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam aunty.. Miss you😘

      Betullah makan jimat sebab nak simpan untuk outing.. Hehehe
      Kat Ganu weekend Jumaat & Sabtu.. Sebulan jugak la nak biasakan weekend yang berbeza tu. Dah seumur hidup setting calender omputih Ahad is weekend tetiba kat kena ikut calender Arab..Wahidun,osnain,salasatun🤣🤣🤣

      الحمدلله...
      Sepanjang 2 bulan ni ni dapat housemate yang ok & boleh berlebih kurang.(tapi ada sorang ni memang anoyying la🤫🤫1 rumah x tahan perangai dia
      Tapi bila exclassmate dia cerita family background dia.. Huhuhuhi kesiannnn.. So, maafkan jerlah dia.. Kita pun x sempurna

      Delete