Thursday, 30 September 2021

SAYA BUKAN PEMINAT JASMINE TEA

 Kopi cap gantang dah seminggu habis.Cella dah order kat shopee tapi belum sampai.Dua hari lepas buka sebungkus kopi Acheh..tak kena dengan tekak la..cayaq ceroi walau dah guna 2 sudu serbok kopinya.


Pagi ni selongkar pantry.Jupa a jar of English tea ..hihihi.

Stok lama yang kak Mel bagi masa anaknya study kat UK.Tiap kali si Muhammad tu balik Malaysia,kak Mel akan bagi saya bermacam jenis eglish tea.Suka la saya


Mencari minuman panas sebab nak kawankan dengan roti bijirin Gardenia ni.Kak Lin kata roti tu sedap sapu butter & tabur gula..Onz...!

Mula dah pilih very berry crush ni...


Pastu tertarik pula dengan jasmin scented green tea ni pula..Konon teh hijau kan lagi bagus..

Uncang dia guna meterial macam kain oganza.


Terkoyak sikit uncang tu membuatkan sikit teh nya terkeluar 
Aromanya...???
Hihihihihi..
Selama ni saya memang tahu saya memang suka teh.Saya memang tahu saya suka bunga jasmin aka bunga melur putih tu.Tapi bila dua benda yang saya suka itu digabungkan...ok,sya tak boleh go..!
Macam tempoyak dengan budu.Saya suka dua-dua tu,tapi jangan campur.Bubur kacang dan durian pun sama.Juga wajik dan durian.Dua-dua saya suka tapi kalau dah campur saya tak makan.
Hihihi...tak tau apa peel tekak ni ..
Memang dah banyak kali beli jasmin green tea yang dalam tin dan bebudak 3 beradik tu pun selalu beli  jasmin green tea yang banyak jual tepi jalan tu.Saya memang tak boleh telan.Tapi ni mengenangkan english tea kan....🤭
Ingatkan tekak boleh terima la..
Namun sebaik saja disuakan kebibir,hidung pantas menangkap aroma keras jasmin...Owh,No...
Bau "koliang" dia kuat sangat la🤭tak boleh telan..
Nampaknya benarlah seperti lagu "Bunga Melur"nyanyian allahyarham A.Ramle

🎼Di hujung sana tempatmu...
Bunga melur...🎵🎶

Memang di hujung meja la tempatnya...



Makanlah roti ni dengan air kosong saja...Nasib baik roti ni sedap.Betul la kak Lin kata sapu butter,tabur gula & toast garing..Memang sedap..!.
Kerana sedap,masalah lain pula timbul.Bila tengok saya makan dengan feeling2 sambil tengok salji turun,anakanda bongsu tu pun teringin.Dah dicuba sekeping...eh,dia kata dia dah tersuka!
Katanya roti wholemeal Gardenia hijau memang dia tak suka, sebab kasar.
Tapi Sommerset Cottage Multigrain And Seed ni pun sama kasar.Tapi bila dah sapu butter tabur gula & toast sampai garing rangup sedap la!!
3 keping dia sorang...
Masalah ni...
Lepas ni tak boleh beli 1 la ..kena borong 2 atau 3 pack la kalau jumpa..
Dia cakap lepas ni nak bawa toaster balik kampus la.Boleh beli roti ni buat stok sarapan @ dinner kat sana...
In sha Allah seminggu dua lagi pelajar IPTA dah boleh balik kampus..!

8 comments:

  1. wah.. tak rasa berbulu eh roti tu? hahaha

    kesian teh jasmine dok hujung meja dahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Masa tak suka cakap berbulu berduri bagai kan.
      Bila dah suka lupa.semua tu🤣

      Delete
  2. ye ammi pun sama..
    tak kisahlah apa jenis teh..perisa stoberi, earl grey, jasmine lagilah tak suka.

    yg boleh pegi ke tekak yg ada lemon atau ginger je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya boleh telan laginperisa lain.Cuma jasmin ni bau dia macam kaf lam ya nga🤭

      Delete
  3. SAa suka green tea dan memang sentiasa ada kat meja kerja SA...tapi kalau jasmine tea memang x leh telan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kan ..
      Kuat naw bau dia rasa macam something kan(nak sebut bagi jelas tak baik pula🤭)

      Delete
  4. BAru Nak tabik kalu mak cella boleh minum jasmine tea ni..🤭

    ReplyDelete