Kari Sardin + Telur..
1 tin sardin
3 biji telur rebus
10 batang bendi
1 paket kecil serbuk kari ikan
2 sudu cili blend
2 sudu bawang blend
¼ kotak santan
1 sudu teh garam
1 asam keping
minyak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang blend dan cili blend.Tambah serbuk kari dan sos sardin.Masak hingga naik minyak
2. Tambah asam,garam dan 3 cawan air.Masak hingga mendidih baru masukkan bendi dan telir rebus.
3. Setelah bendi empuk baru masukkan sardin dan santan.
4. Bila mendidih perlahankan api biar mendidih perlahan supaya naik minyak.Sesuaikan rasa.
Saya paling minat sardin masak kari. Haishhh.. kenapalah orang berdua tu tak makan lauk ni 😓
ReplyDeleteHihihi....kat rumah saya semua makan sardin(punya kuah)hihihi...Ikannnya harus berakhir dengan nasi goreng sardin.
Deleteni special juadah..sedap
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteYang sedap tu tentulah bendinya
ReplyDelete10 batang pun boleh habis
Haaaa betul tu wak..
DeleteSelama ni anak-anak tak makan bendi dalam kari.Sejak PKP eh,pakat makan pulak...berebut-rebut pula.
Hihihi...tu la selera ni aneka ragam.Tapi pastinya lebih bagus makan ikan segar berbanding ikan awet kan...Sambal dia makan yer...macam warga rumah ni pulak kuah makan ,ikan tak makan tapi kalau dicampur nasi goreng ,ikan pun licin...hadoi🤣
ReplyDeleteSelalunya tumis sardin, telur dadar.
ReplyDeleteKali ini kombinasi kari sardin dengan telur.
Idea yang bijak, masak sekali harung siap dengan sayurnya sekali.
Husband minat sgt sardin.. masak la apapun.. sambal.. kari.. ns grg sardin..
ReplyDeleteEverytime g alamanda, pandai je dia capai tin sardin.. 🤣
Sedapnya kari.Syu suka kalau letak bendi banyak-banyak.Dapat cicah dengan roti gardenia pun sedap ni.
ReplyDeleteDalam periuk bertemu juga tiga sekawan ni. Sedap kari sardin. Kuah lebih boleh lah buat lempeng.
ReplyDelete