SAMBAL SOTONG KEMBANG
1 ekor sotong kembang
(-+1 kg)
1 cawan cili blend
3 sudu bawang blend
¼ caaan minyak
1 asam keping
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula perang
½ kiub bilis.
1. Sotong dibersihkan dan potong-potong.Siram dengan air panas dan tapiskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak.Tambah asam,kiub bilis,garam dan gula.Masak hingga naik minyak lagi
3. Masukkan sotong dan biar mendidih hingga pekat dan naik minyak sekali lagi.Sesuaikan rasa.
Lepas masak sambal sotong,teringat nak masak nasi lemak lah tak payah nak masak lauk lain dah.Terus tanak nasi lemak.Guna santan frozen saja.Daun pandan pun tak ada.Saya gantikan dengan serai ketuk.Tambah halia hiris ,garam dan sikit gula.Tanak la sampai masak.Jangan lupa rebus telur.Ikan bilis dan kacang tanah tak ada.Buat-buat la kata lupa🤣..Nasib baik timun ada.
Kalau dulu2 orang makan nasi lemak buat sarapan
ReplyDeletesekarang bila2 pun boleh makan nasi lemak
Kan ...sekarang nasi lemak & roti canai juga menjadi makanan sepanjang masa
DeleteOoo ada kesan lenguh-lenguh pulak minum eh perisa beri ya.
ReplyDeleteTerliur tengok nasi lemak sambal sotong. saya nak buat sambal udng berpetai asyik takjadi. Kononya nak masak nasi lemak jua. Enah bila laaaahhhh....
Tak pasti la lenguh-lenguh tu sebab berrt tea atau faktor umur🤭
DeleteAhahahaa.. angan2 tak angan2, kalau da nampak makanan sedap.. ahahaha
ReplyDeleteNamapun angan-angan..Free kan...🤣
Deletesedap nasi lemak sambal sotong tuuh 😅
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap
DeleteNasi lemak memang sedap makan malam2 lebih2 lagi dengan sambal sotong kembang 😆
ReplyDeleteBetul3...kalau dapat tengah lapar pulak...hihihi
Deleteammi tak geng dengan sotong kembang..
ReplyDeletemalam tadi dpt 3 pek nasi lemak org bagi lepas tahlil dan pagi tadi ammi perangatkan utk sarapan anak2..
Laaa ammi tak makan sotong kembang yer...
DeleteAlhamdulillah rezeki malam Jumaat ..2 pack pulak tu
Sedapnyeeeee...lama betul tak komen sini..biasa datang diam² je 😂
ReplyDeleteLaaa...datang diam-diam tak dapat la makan nasi lemak..
DeleteJaja..
Bila due...
Semoga dimudahkan urusan.
Apa khabar dah Ahnaff
Tengah tunggu hari ni kak 🤭. Ahnaff alhamdulillah sihat² je. Eksaited nak jadi abang..hari² duk tnya bila baby nak keluar. Taktaw mak dia berdebar² neves..rasa macam nak sambut anak sulung 😂. Terima kasih atas doanya kak 💗
Delete