Sunday, 12 September 2021

MASAK MEE TELUR GORENG LAGI..

Bangun pagi kepala ligat fikir nak masak apa.Ulang-ulang masak menu yang sama bila dah kebuntuan.hihihi

Apapun,Alhamdulillah kerana Allah masih kurniakan rezeki yang melimpah.Semoga saudara-saudara kita di mana jua berada juga dilimpahkan rezeki,dimudahkan urusan dan di dalam rahmat Allah.


Mee Telur Goreng.Antara menu yang juga sering menjadi hidangan pagi @ rumah ni.Tapi ini semalam punya menu sarapan.Pagi ni masak mihun goreng.Tapi rasa macam mee ni lebih menarik,up mee ni dulu.Hihihi..



Masak guna sebungkus sahaja mee telur ni sebab kononnya hanya untuk dua orang sahaja makan.

MEE TELUR GORENG

1 bungkus mee telur

10 biji bebola ayam-belah 4

1 sudu cili blend

1 kiub ikan bilis

1 sudu bawang blend.

1pokok daun bawang

Kicap & garam secukup rasa

4 sudu minyak


1. Jerang seperiuk air hingga mendidih 

2. Panaskan minyak. Goreng bebola ayam hingga masak.

3. Tambah bawang blend & cili blend hingga naik minyak

4. Sementara itu,celur mee & bila mula lerai,terus cedok & terus masukkan dalam tumisan.Tak perlu tapis.

5. Gaul rata sambil renjis kicap.

6. Gaul rata.Sesuaikan rasa.Tabur daun bawang.


Pagi semalam kelam kabut masakkan mee ni untuk ditinggalkan kepada anak-anak semut tu..hihihi.. 

Adah & abangnya masih disarang masing-masing ketika saya & Cella dah merayap ke merata alam.Lepas subuh,pakat masuk sarang semula.Kata depa hari cuti,apa nak dikejar.qadha mimpi lagi syok..Amboi,anak-anak zaman melenium..Kalau zaman kami dulu,jawab macam tu memang kena siram dengan air la..Pepagi lagi saya ditemani Cella ke tempat kerja sekejap untuk beberapa urusan.Plan nak gi sekejap sahaja.Tapi membawa ke tengahari.

Cella pula sambil beronline kelas dalam kereta,sambil jawab kuiz hingga pukul 1 tengahari.

Plan nak dine in berdua beranak  kat luar sebab tu tak bawa bekal mee tu.Tapi semua tempat macam semut menghurung gula.Penuh dengan manusia warga kota yang baru dapat tiket perlepasan Fasa 1 kepada Fasa 2.Jalan raya sesak kemain menjelang tangahari membawa ke malam.Sudahnya,kami berdua ambil keputusan singgah Baker's Cottage beli ayam & tiramisu.Terus balik dengan kepenatan mengharung jem.Dua-dua beranak berlawan sakit kepala kerana perut sudah masuk angin.Bukan tak boleh beli makanan makan dalam kereta ke apa ke.Tapi sebab excited konon nak dine in lepas balik dari tempat kerja,sengaja biar perut kosong.Padan muka kami...Hihihi


Sampai rumah,ingatkan mee yang digoreng tu dah wassalamu.Rupanya langsung tak berusik pun.Depa dua beradik dah siap-siap nak keluar rupanya.Sorang nak ke The Park,sorang lagi nak ke Setia Alam.Sudahnya ayam yang dibeli masuk peti ais.Saya panaskan mee &goreng telur mata.Sayang pula kalau tak makan nanti membazir.Cukuplah untuk kami dua beranak yang baru balik & kelaparan ni.Depa dua beradik tu kata nak makan kat luar...Tapi dah siap panaskan mee & tuangkan 1 jug air tebu sejuk-sejuk ..!

Eh,depa dua orang yang dah siap nak keluar tu boleh pula pakat ambil pinggan nak join makan jugak...Laa,mee ni masak sepaket sahaja.Akhirnya selepas dibedak bahagi dapatlah juga 4 pinggan.Benda sikit,tengah lapar..dia punya sedap tak tau nak haaaabbbaqqqqqqq la..Bukan kenyang mee sangat,tapi kenyang air tebu.Mee tu cukup-cukup sahaja.


Lepas dah basuh pinggan,baru kepala ni terfikir...Bukan kah tadi ada beli ayam panggang kat Baker's Cottage tu?

Adooiiii...macamana boleh lupa tadi.....

Tu la bila dah plan lain,jadi lain.Tapi elok juga lupa,boleh bawa jadi makan malam.


7 comments:

  1. Memang buntu nak masak apa kak. mi telur penyelemat. Aduhaii terhibur baca kisahnya. Betullah tu, benda sikit makan ramai ramai memang sedap sungguh la. Pastu terlupa beli ayam pulak. Adehh...adakah kerana fikirkan anak semut terus jadi lupa. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi Fiza...mee kering & mihun selalu la jadi penyelamat...
      Semalam memang kepala full memory..tu yang tak tak semenggah jer...hihihi
      Hari ni dh ok..dah reset..hihihi

      Delete
  2. Aduiii.. belum sampai rezeki nak makan ayam panggang walaupun dah ada dalam rumah, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah belum naknjadi rezeki kan...
      Dalam mulut pun boleh terjatuh..Tapi ayam tu dah jadi lauk malam tadi & hari ni..Memang rezeki kami 2 beranak.Dua beradik tu tak mau...hihihi

      Delete
  3. Samalah saya.
    Nak buat sarapan pagi kalau tak nasi goreng, bihun goreng. kalau tak lempeng, cekodok hahahahahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....sama la kita...
      Pagi ninpun macam nak melempeng ..tak tau la jadi ka dak

      Delete
  4. Sedap plak nampak mee tu ha..kat mana la nak beli mee tu..macam xde jer kat pasaraya kat rumah SA ni..kalau tukar mee kering lain ok tak kak?

    ReplyDelete