Wednesday, 15 September 2021

SAMBAL UDANG,TELUR DADAR, JERUK MANDAI GORENG


Sambal Udang ni favourite Adah & Cella.Hanya depa berdua suka udang.Anak bujang tak makan udang.Saya pula tak bernafsu dengan udang..Tapi kalau bagi ikan kembong lemak & ikan selayang segar digoreng garing...haaa memang tak tolak...Hihihi


Sambal udang guna cili kisar dari Rose,memang cantik merahnya.Cilinya halus takdak sebiji pun biji cili.Ada cili kisar pedas dan ada cili kisar tak pedas.Sudah pastilah saya pilih cili kisar pedas...Biasanya saya beli beli 2 botol untuk stok 2 minggu.Kemudian saya akan kisar sendiri beberapa biji bawang besar  guna minyak masak & simpan dalam botol.Bawang putih pun sama,beberapa labu dikupas & blend dengan minyak masak & masukkan dalam botol.Simpan dalam peti ais.Bila nak masak cedok serba sikit.

SAMBAL UDANG 

½kg udang.

½ cawan cili blend.

2 sudu bawang blend.

1 bawang besar

1 asam keping.

1 serai - ketuk

1 sudu teh garam.

2 sudu teh gula perang.

Minyak masak.


1. Panaskan minyam dan goreng udang hingga masak.Angkat & ketepikan.

2. Tumis serai,bawang blend & cili blend hingga  naik minyak.Tambah asam keping,garam dan gula.

3. Masukkan udang,dan bawang besar.Kacau hingga bawang layu.Sesuaikan rasa.


Pelengkap..Telur dadar untuk anak-anak semut tu.Saya tak minat telur dadar.Mungkin sebab dulu-dulu mak saya tersangatlah jarang gunakan telur sebagai lauk kecuali sambal telur dan  masak lemak telur itik.Tapi budak-budak sekarang tak dapat pisahkan ayam goreng & telur dadar.


Ok ni lauk saya..Seminggu ni hampir setiap hari saya goreng jeruk mandai ni.Sebalang jeruk mandai dah tinggal 2 keping saja lagi bakinya.Mak saya cakap kalau dapat rentas negeri,baliklah.Mak dah siap buatkan jeruk petai,jeruk mandai,jeruk rebung,ikan pekasam dan cempedak kering.Mak dok tanya bila nak balik?
Hihihihi...nak jawab apa?

Adah nampak ada sambal udang....kemain dia laju sendukkan nasi..Semua dimakannya.Sambal udang,telur dadar & jeruk mandai.Sampaika dah tak nampak nasi.

12 comments:

  1. Mandai ooo mandai!
    Tak dapat buat jeruk, makan kulit cempedak pun jadilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhdulillah...
      Allah kurniakan bumi Malaysia kaya dengan sumber makanan.Boleh dimakan segar & diproses awet untuk bekalan sepanjang tahun

      Delete
  2. ya allah...kenapa la SA diuji ngan lauk ni semua....sedapnya....SA tengah demam skit ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ampun ubukπŸ™πŸ™πŸ™
      Hihihi..
      Sabar ya SA...
      Nanti dah habis kuarantin,dah sihat,boleh makan semula...TC

      Delete
  3. sambal udang tu fav anak..die pencinta udang..jeruk mandai tk pernah dgr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeruk mandai tu ,kulit cempedak dikupas kulit hijau luarnya,dipotong selebar tapak tangan dan dijeruk dengan air garam.Selepas beberapa hari dah terasa masin dan sedikit masam tapi berbau segar kulit cempedak.Dipwrah,dihiris,digoreng garing versama bilis,bawang dan cili padi.Rasanya seakan lobak masin goreng..

      Delete
  4. tak pernah lagi makan jeruk mandai (ni yg guna kulit cempedak tu kan?) kalau salah maafkan ammi ye hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul Ammi...
      Saya suka.Kalau musim cempedak,kulitnya dijeruk dan dijadikan lauk...Sedap bagi yang menggemarinya

      Delete
  5. Tak pernah lagi buat r makan mandai

    ReplyDelete
  6. Saya boleh masuk geng adah dan cella lah camni. Favourite udang sambal ni. mandai tu tak tahulah bila dapat rasa. kena buat sendiri nampaknya.

    Saya pun tak ada jawapan bila mak tanya macam tu. Aduhaiii..cepatlah boleh rentas. nak balik kampung gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la buat sekali mandai tu...Kalau kena selera,jimat duit beli lauk🀣

      Delete