Sunday, 12 September 2021

REZEKI MALAM MINGGU....


Semalam balik tu kan beli ayam panggang Baker's Cottage

Eh,sos dia dah cantik dah dalam sachet .Kalau dulu kan diisi dalam bekas plastik macam bekas dadih tu ja kan...

Kerana dah dimasukkan dalam peti ais sebab sayangkan mee goreng takut membazir.Dah lupa pula nak keluarkan bila semua nak makan mee tu.Maka malam panaskan dalam airfryer

Jadi la lauk kami 2 beranak untuk lunch.Depa dua beradik tu dah makan kat luar,tak pandang dah.Tapi Adah memang tak suka ayam Baker's Cottage tu.Dia kata tawar tak kena tekak dia.Tapi macam ya jugak la..Sebab kami dua beranak makan ambil sorang ¼ pun tak habis.

Saya jalan dengan jeruk mandai goreng ni jugak walaupun ada ayam tu.Sudahnya ayam dalam pinggan  ni anak bujang tu tolong clearkan.Baki lagi ½ ekor masih tak berusik..

Ni Cella minta nak reward her self sebab kepenatan seminggu ni.Nak layan tekak dengan tiramisu.Cella kata ada offer kat Baker's Cottage tu..2 slices RM10.Dia yang keluar gi beli.Saya tunggu dalam kereta.Dia cakap kita makan la berdua sorang 1 slice ..Tak payah sumpan untuk abang ngan kakak sebab mereka berdua dah keluar mesti makan sedap-sedap...hihihi
Sekali masa kakak dia balik,kakak dia bawa balik baki slice cake.Katanya kawan belanja ,tak habis makan dalam kereta.Bengkerk sahaja Cella tengok kakak makan kek juga la.Tak dapat dia nak menayang...hihihi

Tak lama kemudian anak bujang tu pulak balik dari Setia Alam, menjinjing paper bag berisi 2 beka lasagna ni...Katanya Haziq bagi..Laaa..dah lama Haziq tu tak datang.Dulu dia selalu datang hantar makanan kalau dia masak menu baru,dia akan  suruh rasa.


Bukan saja lasagna...
Dia kirim juga 2 bungkus roti homemade ni.

Pastu ada juga 1 slice burn cheese cake ni.Pun Haziq kirim.

Berebut  kami dua beranak makan dengan Cella.Sedapnya...macam  ais krim pulak..
Makanya malam tadi dapat mencicip tiga jenis kek la...Tiramisu beli kat Baker's Cottage...Biscoff  Cheese Cake ...Adah bawa balik ½ slice dia tak habis makan & Burn Cheese Cake air tangan Haziq...

Eh,ada lagi...
Sekilo pulut Siam.
Kat anak bujang tu,yang ni mak Haziq pula bagi.
Haziq kirim makanan untuk mak dia melalui anak bujang tu sebab mak dia tinggal area sini juga.Masa hantar makanan tu kepada mak Haziq...dah mak dia pun bagi pula pulut ni.Masa Raya Puasa ada bagi ketupat palas kat mak Haziq tu sikit.Dah mak dia minta nak beli pula.Laaa,saya tak jual...Mak dia Johorean,dia tak pernah buat ketupat palas.Kalau ada daun palas boleh saja nak buat bagi mak dia.Ni mak dia dah kasi pulut ni,macam nak kena cari daun palas la pulak.Rasa macam mak dia teringin ketupat palas tu...hihihi..

Eh,lemon 2 biji ni pun mak dia kasi.Ya Allah...nimak dia nak ganti balik ke apa ni...
Hari tu Haziq call anak bujang bagitau kakak dia kat Kajang +ve Covid.Pastu mak ayah dia pula +ve.Haziq kat Setia Alam pun kena kuarantin.Saya suruh anak bujang tu pi hantar sikit kapsul habatussauda,Vitamin C & ubat cair kahak & sebiji lemon rasanya.Semua tu stok anak bujang hari tu. Alhdulillah semua dah sembuh ..!
Juga Alhamdulillah atas rezeki Allah...
Semoga Allah limpahkan rezeki kepada mereka yang memberi ini.Juga kepada rakan-rakan maya sekelian...


11 comments:

  1. Meriahnya dapat berkumpul jamu selera. Macam-macam ada. Sedap-sedap semuanya tu...nyumnyuummm!
    Eh! Pulut tu sekilo ke 10 keilo Mama Cella?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulut tu sekilo sahaja cikgu.Packaging diaacam kampit beras 10kg kan....hihihi.

      Delete
  2. Semua ni favorite saya...puas nya kalu dapat makan lasagna bau cheese Kat mulut aummmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ..terliur lasagna tu tapi belum dipanaskan...Masih membeku dalam freezer

      Delete
  3. Replies
    1. In sha Allah sedap...Tapi takkan sesedap ayam segar dilanggang sendiri.Lagi2 kalau ayam kampung

      Delete
  4. Alhamdulillah, macam2 rezeki diterima. Sesungguhnya Allah swt jua yg menggerakkan hati2 manusia untuk memberi.

    ReplyDelete
  5. Sos dia dah dalam sachet ye. Dulu rajin gak beli masa promo. Lepas tu macam jemu pulak dan sos dia tak kena dengan selera sebab sos moden kan. Sesekali makan boleh lah.

    Baru nak menayang rupanya abang kakak bawa makanan lain jugak kan.hihi..
    Alhamdulillah banyaknya rezeki makanan dapat. Buat baik pasti dibalas baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ni pun masih promo yang sama Fiza...sekor rm11.99..Alltime promo kot.hihihi
      Ya..sos dah cantik packaging dia...
      Alhamdulillah...

      Delete
  6. Wah..rezeki betul ni kak...rezeki x pernah salah alamat kan....

    ReplyDelete