Friday, 3 September 2021

NASI GORENG BAWANG MENGGAMIT KENANGAN

 Salam Jumaat penuh barokah.Seminggu dua ni cuaca lebih banyak hujan.Mungkin sebab dah masuk September ni kan peralihan monson.Hihihi tiba-tiba teringan subject Ilmu Alam aka Goegrafi.Ingat lagi ke arah mata angin & jenis monson?

Hihihi

 

Pagi ni tiba- tiba teringin nak makan nasi goreng bawang macam mak selalu masak zaman kami kenak-kanak dulu.Kalau musim hujan,mak tak  motong .Motong tu bahasa kampung kami bermaksud menoreh la.
Masa dok kat rumah lama di kampung lama,kalau hujan,merata rumah la letak baldi,besen bagai sebab atap bocor.Atap rumbia kena tukar secar berkala.Kalau tak sempat @ tak peka dengan cucaca,bila musim hujan alamat bocor la sana sini.Bila dah pindah ke tanah mak,rumah baru pula dah atao zink.Bila hujan bisingnya tapi belum siap dapurnya.Hanya ada
 " seketul" rumah tempat tidur malam.Masak memasak atas tanah bawah rumah.Musim hujan dah la kayu api susah nak menyala.Sebab terkena tempias hujan walaupun dah tutup dengan zink.Jenuh nak hidupkan api.

Selalu kalau musim hujan banyaknya sarapan mak masak nasi goreng bawang la.Nasi lebihan semalam(rasanya mak memang mak suruh masak lebih sebab nak jadikan nasi goreng sarapanšŸ¤­).Sarapannya simple sangat tapi cukup untuk mengenyangkan perut sementara menanti pula waktu makan tengahari.


Biasa mak hanya akan tumis bawang merah semata-mata.Wajib bawang merah la.Kalau bawang besar aromanya lain & bawang besar bila goreng takmau garing 

Pastu masukkan nasi yang dah dilerai.Biasanya nasi ni mak dah gaul siap-siap dengan garam sebelum masukkan dalam tulisan bawang merah tu.Masa tu kat kampung tak ada jual garam halus.Yang ada hanya garam kasar.Biasanya sekali beli sekati dengan harga 15 sen.Kalau kat pekan sekati 10 sen sahaja.Tapi kedai kat kampung akan jual lebih mahal la.Garam tu mak simpan dalam pasu tembikar yang diletak tepi dapur.Kalau pasu mulut luas tu panggil pasu la.Kalau jenis mulut sempit kat atas tu kami panggil guri.Bekas simpan garam orang kampung masa tu sepesen ja.Kalau tak guri,pasu lah tu.Mak akan basuh tangan biar basa ,& celup tangan dalam pasu garam.Pastu renjis tangan untuk buang garam kasar Garam halus yang lekat kat jari tu la mak gaul pada nasi. ..hihihi...Dulu takpa sebab semua macam tu.

Sebab nak feel nasi goreng mak dulu-dulu.Saya masak lah nasi goreng bawang ni.Bancuh kopi O guna serbuk kopi cap gantang.
Ya Allah,nikmatnya makan pagi ni

Sebab ada asam pedas.Cuba makan dengan asam pedas ni.Sedap,tapi lebih feeling makan kosong bersulam kopi O panas.Memang nostalgia sangat.Tapi makan sengsorang la.Anak-anak semua dah keluar menghala ke KL.Depa ada agenda depa sendiri.Lepas makan mata mula layu.Tapi takmau la tido..Dok tepi tingkap layan mata..

Cuaca dingin disirami gerimis pagi mengocak kerinduan kenangan lalu yang melintas bersilih ganti dalam kotak fikiran...


6 comments:

  1. Macam best pulak nasi goreng bawang ngan asam pedas tu. Kalau berjiran, boleh makan sama2, sudi ke?

    ReplyDelete
  2. Eh! Memang menggamit memori sungguh. Dulu-dulu kalau mak goreng nasi memang bubuh bawang sajalah. elur atau ikan bilis kira bonuslah sudah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Dulu ni la nasi goreng sarapan..tapi nikmat barokah dia lain macam kan...

      Delete
  3. Tadi pagi pun sarapan nasi goreng.
    Nasi semalam banyak tak habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarapan mengenyangkan...
      Macam wak sebab banyak sangat makan buah- buahan kot sampai nasi tak habis..Seronoknya ada dusun

      Delete