Kuatnya pengaruh rakan sabaya.hihihihi
Mula terpengaruhnya tu kat rumah PUAN HAZEL.PH kata sedap.Baca komen SK kat situ kata nak buat.Saya dah mula tergugat.Pagi tadi sambil sarapan sengsorang,membelek handphone sempat terbang ke LD...Malam tadi tak sempat jenguk.Nampak post terakhir kat situ Nasi Ambeng.Balik ke semenanjung,singgah rumah YUSARIMA..
Eh,dia dah masak la mihun 12 sudu teh gula tu.Takpa,saya tahankan hati sebab pagi dah masak mee & nasi goreng.Takkan nak masak mihun pulak kan....Tak lama lepas tu rasa nak terbang semula ke Sabah Landing kat LD depan rumah CIKGU AMIE.Eh,depa sarapan mihun 12 sudu teh gula la...Tak peduli dah Cikgu Amie dok bagitau boleh guna Eno halia ganti Eno biru.Mata dik lip pok lip pok pandang mihun 12 sudu teh dalam nyiru dia.Saya dah goyang...!
Melalui Cikgu Amie baru saya tau mihun viral ni resipinya daripada seorang lelaki..!.Resipi asal dari Toknek dia...Eh,Toknek macam bahasa belah utara pulak ...Kalau tempat saya Tok maksudnya nenek.Tokwan maksudnya atuk.Toknek maksudnya moyang.Tok chey/chai maksudnya moyang lelaki.Tapi sekarang kebanyakan dah tak panggil tok untuk nenek sebab dah keliru.Cucu-cucu mak saya pun semua panggil nenek kat mak saya sebab dari cucu sulung mak dah suruh panggil nenek.
Lepas Zohor,cari port landing layan mata..Tak boleh tidurrrr..Macam ada bisikan kat telinga .."Mihun 12 Sudu Teh.....!!!!"
Bunyi macam melampau kan... tapi serius tak tipu!
Terus bangun,rendam mihun.Nak masak awal lagi
Bahan-bahan:
1 paket bihun - rendam dengan air biasa sehingga lembut - toskan
1 paket kecil udang kering - bilas & toskan (Amie gunakan 2 sudu besar udang kering)
4 sudu besar minyak
2 sudu teh MSG - ajinomoto - ratakan
Bahan kisar:
3 biji bawang merah Rose
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
1/2 sudu kecil belacan bakar
asam jawa sebesar duit 20 sen
12 sudu teh gula - ratakan
7 X 1/2 sudu teh garam - ratakan
Cara memasak:
Panaskan minyak dan goreng udang kering seketika.
Tuangkan bahan kisar dan tumis sehingga terbit aroma.
Perlahankan api dapur. Taburkan MSG. Terus tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan bihun.
Gaul rata. Jika perlu tambahkan sedikit air.
Untuk mengetahui bihun goreng sudah masak, akan kelihatan asap di permukaan bihun.
Gaul lagi beberapa kali dan padamkan api dapur.
Cella pun sama.Separuh mee,separuh mihun.Bancuh teh susu sorang 1 mug kat depa..Laju ja dengan hujan lebat menggila di luar .Sejuk-sejuk pekena mihun 12 sudu teh gula vs teh susu panas.Berpeluh..
ramainya terjebak ngn bihun ni! hihi
ReplyDeletePengaruh rakan sebaya...
DeleteTapi not bad rasa dia
Nampak bihun goreng 12 sudu teh gula ditingkap, terus terbang rentas Laut China Selatan ke KL. Wah! Sampai terdengar-dengar bisikan suruh goreng bihun! Meriah betul cerita bihun goreng 12 sudu teh gula di sini ye. Harap orang selatan Malaya tu dengarlah.... boleh sama-sama tumpang semulut di sini hihihiii.
ReplyDeleteHahaha....dah diseru ...
DeleteSampai dah kat bawah ni...
Kah kah kah.. melampauuuuu...
ReplyDeleteTapi memang betul, tak manis pun, rasanya seimbang. Hari ni Kak Ipaq sy terpengaruh bila sy kata, sama rasa bihun mak, terus dia buat. Dan dia kata betul, ada iras rasa bihun goreng mak. Mungkin mak mertua sy geng dengan Toknek Mohd Shukur tu ðŸ¤
Hihihi ..ada sedikit kemelampauan kat situðŸ¤
DeleteAgaknya la...
Tapi kalai perasan ..
Ayam Masak Merah Che Nom pun guna jus asam jawa & gula untuk imbang rasa & memang sedap kan
Meriah betul la bihun gula 12 sudu....bahan simple sedap boleh tahan👌
ReplyDeleteJom terjebak bersama...memang boleh tahan sedapnya
DeleteSebelum ni dah terjah blog Puan hazel dan kak Amie. Blog kak SK je belum terjah lagi. Ini blog mama cella pulak. Aduhh..nampaknya pengaruh rakan blogger semakin kuat ni. Kena jugak cuba resipi mihun 12 sudu gula ni. Nantikan...
ReplyDelete