Friday, 10 September 2021

MASAK LEMAK PUTIH AYAM LAUK SEDAP TAPI JARANG DIMASAK

 Salam Jumaat penuh barokah.Hari ni tak berapa bz dengam kerja WFH.Boleh siap masak awal.Sebenarnya kerja menimbun minta disiapkan,tapi sengaja freelan diri.Hihihi


.
Ayam Masak Lemak Putih.Lauk sedap tapi jarang dimasak.Sebabnya selalu dilupakan.Benarlah sesuatu bila jarang dibuat,lama-lama akan lupa..

Ayam Masak Lemak Putih hari ni hanya guna tulang-tulang ayam saki baki dalam peti ais sahaja.Ayam Masak Lemak Putih ni,dulu zaman saya kanak-kanak hingga saya remaja, mak saya rajin masak.Rasa dia sangat sedap.Lemak,pedas,masam,masin &manis manja kuah ayam ni memang sedap dimakan dengan nasi putih atau dihirup panas-panas.Rasa masakan ni pada saya 80%adalah rasa tomyam tapi versi lemak..Mungkin sebab bahan herba tu sama sahaja dengan herba tomyam.Maknanya zaman kanak-kanak saya dah merasa makan tomyam..tapi nama dia lain...hihihi
Mencari dalam old post jumpa ada dua post masak lemak putih ayam ni.Satu post tahun 2018 MASAK LEMAK PUTIH AYAM.Satu lagi post pada tahun RESIPI MASAK LEMAK PUTIH AYAM......2013
Lama kan ..hihihi.
Jomlah cuba sekali.Mana tau kena dengan selera...

MASAK LEMAK PUTIH AYAM
1/2 ekor ayam
4 cawan air
1 kotak(250ml) santan kotak
2 asam keping
5 cili padi merah - belah dua
1/2 bawang besar - hiris
1 batang serai - ketuk
1 ketul kecik lengkuas
1/2 biji limau nipis
garam, sedikit gula
2 helai daun limau purut
1 tangkai daun ketumbar

1. Rebus ayam bersama 4 cawan air hingga mendidih
2. Masukkan juga serai,cili padi belah,lengkuas dan asam keping
3. Bila ayam.empuk masukkan garam dan sedikit gula,daun limau purut.
4. Kuah akan surut kerana mendidih agak lama untuk lembutkan ayam.
5. Masukkan santan kotak dan biar mendidih sekejap sahaja.
6. Perahkan limau nipis dan sesuaikan rasa.
7. Matikan api & siap

*Cuma hari ni saya tambah babycorn yang dibelah dua.


Ni kononnya Ayam Kunyit.Tapi tak nampak ayam pun...hihihi.Isi ayam di bawah sayur.Baiklah sebut sayur campur goreng kunyit..

Ok,ni lauk saya..
Jerum mandai goreng bersama bilis,bawang & cili padi.Dah siap masak,nak makan...Lepas Zohor plan nak kayuh selur-selur siapkan kerja yang sudah menimbun...Semoga Allah mudahkan urusan kita semua & menjauhkan perasaan malas serta sifat mazmumah dalam diri kita serta digantikan dengan sifat-sifat mahmudah....🤲🤲🤲


12 comments:

  1. Kah kah.. sy ingatkan apalah itu 'kayuh selur-selur' 😆😆

    Semua bahan ada ni, cuma mungkin kena beli ayam. Tak ingat ayam ada lagi ke tak dalam peti ajaib 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom la...mana tau kena dengan tekak..Kalau tak kena boleh tobat🤣

      Delete
  2. Aaaminnn...

    Lauk rare ni. Tak pernah jumpa, tak pernah masak mahupun makan. Sesekali tanpa kuning kunyit apa salahnya kan. kita buat dia. Hihi..
    Terlebih sayur tak nampak ayam kunyit terus kan. Jeruk mandai tu lagilah rare. Masuk blog akak dan kak amie barulah tahu kewujudan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..sesekali keluar sat dari kebiasaan...untuk bagi lidah buat ujian kepelbagaian rasa.hihihihi

      Delete
  3. Kayuh selur selur....org kedah dulu2 lagi tera omputih no....nasib aku tak buka kamus dewan bahasa hahahahha mak cella ni kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤭🤭🤭🤭
      Saya pun asalnya terkena dengan sorang hantar masej dia tulis selur-selur ...puas saya translate apa maksud selur-selur tu.Akhirnya sebab dok ajuk dia dah jadi lekat pulak perkataan tu..So,tak mau guna sorang-sorang saya tulis kat sini ...🤣🤣

      Delete
  4. Syukurlah ada blog. Bolehlah simpan masakan yang dah hampir pupus. Sekurang-kurang kalau ada yang baca dapatlah info menu lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan cikgu...
      Banyak menu lama yang kita pernah makan zaman kanak-kanak makin tenggelam dek kerana kita lupa nak masukkan dalam menu harian kita. Kebanyakan menu simple tapi cukup sedap

      Delete
  5. Replies
    1. Tu la...Dengar nya gitu lah...
      Wak untung bela ayam sendiri,organic pulak tu..

      Delete
  6. Macam menarik jer ayam masak lemak putih, tak pernah masak macam ni lagi...teringinnya nak rasa mandai tu..xde jumpa plak kat NS ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mandai tubkena buat SA...mudah ja nak buat..kulit cempedak & garam +air.
      Ayam masak lemak putih,boleh cuba kotbkena selera.Kalau tak kena back to masak lomak cili api...hihihi

      Delete