Monday, 20 September 2021

MASAK LEMAK CILI PADI PUCUK UBI DENGAN SARDIN

 

Masak Lemak Cili Padi Pucuk Ubi Dengan Sardin.


Lauk lunch semalam.


Pucuk ubi hari Jumaat yang dapat masa join pekerja kebersihan GALI UBI KAYU tu dapat secekak pucuk ubi.Masa tengah bersihkan ubi,ada sorang cleaner tu cakap pucuk ubi sedap buat masak lemak cili api campur sardin.Dia pun ambil pucuk ubi juga nak masak dengan sardin.Terliur pula dengar.Tu yang masak samalam tu.

MASAK LEMAK CILI API PUCUK UBI DENGAN SARDIN.
1 cekak pucuk ubi
1 tin kecil sardin
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu teh garam 

Bahan Tumbuk:
11 biji cili padi merah
1 ketul kunyit

1. Dalam kuali,masukkan bahan tumbuk dengan ¼ kotak santan dan 2 cawan air hingga mendidih.

2. Masukkkan pucuk ubi & biar mendidih semula hingga pucuk ubi agak lembut.Masukkan asam keping dan garam.

3. Tambah sardin dan sosnya.Biar mendidih seketika sebelum dimasukkan santan pekat.

4. Biar mendidih perlahan sambil sesekali dikacau.Sesuaikan rasa.


Buka 1 tin besar sardin.Ada 5 ketul ikannya..
Banyak pula nak masak semua.Nanti ikan tu bukan dimakan.

Saya guna 3 ketul sahaa.Anggaran 1 tin kecil sardin la...Lagi 2 ketul boleh buat sambal atau rencah nasi goreng nanti.

Saya tak rebus dulu pucuk ubi.Terus sekali harung saja.Saya masak dengan santan cair dulu hingga daun ubi lembut.Masukkan ikan sardin dan dah nak siap baru masuk santan pekat.

Dah masuk santan pekat baru kuah dia cantik.

Selalu Adah la akan suka bila masak pucuk ubi.
Tapi semalam dia makan dengan kicap saja.Sebab nak feel dengan ikan goreng Katanya makan nasi dengan ikan goreng & kicap saja lagi sedap.

Saya goreng 4 keping ikan salmon.Hari Malaysia tu gi Lotus tu capai ikan salmon ni sebab nak beli tenggiri atau ikan jenahak bagai lagi mahal...Maka saya ambil la ikan salmon.Pilih bahagian ekor yang saiz kecik.Dah plan nak goreng garing.Memang sorang sekeping.Makan panas-panas.Anak jantan sorang tu yang tak makan ikan tu pun dah makan ikan salmon ni.Kata dia baru tau ikan ni sedap...tak banyak tulang....Mmm,harap-harap lepas ni,ikan kembong pun dia makan la....hihihihi...



11 comments:

  1. Wah! Sayur marhaen, ikan kayangan. Gandingan mantap ni. Masak lemak pucuk ubi ditabah sardin dengan ikan salmon goreng.
    Saya pernah makan pucuk ubi tak dicelur terlebih dahulu, terus dimasak. Tak pula liat. Sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun jenis malas nak celur dulušŸ¤­
      Terus shotcut saja..hihihi

      Delete
  2. ikan goreng salmon tu pon sedapp., ;p

    ReplyDelete
  3. sedapnya masak lemakkkk.. bertmbh ns kalo mkn ni..

    ReplyDelete
  4. Masak lemak pucuk ubi favorite, sardin pun favorite jugak, tak sabar nak try :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la K.Lin..
      Tapi cleaner tu cakap kuah dia kuning kemerahan sebab guna cili padi merah + kuah sardin.Saya masak dia tak jadi merah agaknya terlebih kunyit..hihihi

      Delete
  5. Lauk jarang masak ni sesekali memamg bertambah la nasi.

    ReplyDelete
  6. Mmg feel mkn nasi panas tuang kicap dgn ikan goreng.. terasa kembali ke zaman kecik² dulu je

    ReplyDelete
  7. Sedap ni dapat pucuk ubi fresh. Bagus gak kan masak dengan ikan sardin. Menarik tu jadi menunya. Biasa nampak ikan salmon digrillkan, cambest jugak bila digoreng. Sedap gak tu makan dengan kicap, tambal sambal belacan sikit lagi mengancam rasa sedap :)

    ReplyDelete