Wednesday, 29 September 2021

BUBUR KACANG DAN CERITANYA

Tekak teringin nak makan manis-manis tapi tak mau la makan gula-gula...hihihi


Masak bubur kacang.Tak banyak pun,dalam 2 genggam kacang hijau baki masak Kuih Rengas semalamnya tu.Memang  saja sebab 3 beradik tu jarang nak join makan bubur kacang..Dua genggam tu dapat juga dalam 4 mangkuk.Sedap sebab lama juga tak masak bubur kacang.Cuma sayangnya stok cream creaker dah habis!

Bubur kacang banyak juga kaitannya dalam hidup saya dan orang-orang kampung saya.Mak saya dan orang kampung yang lain pernah sahaja menjadikan bubur kacang sebagai sarapan pagi.Dimakan dengan pulut atau paling tak pun dimasukkan sesenduk nasi dalam bubur tu..Tak tau la orang kampung lain buat macam tu ke tak..Tapi dulu-dulu kat kampung saya ia kebiasaan.Kalau yang berada sikit makan dengan roti benggali atau roti kapai (biskut bulat nipis-boleh google roti kapai)🤭


Bubur kacang ni pernah menjadi hidangan minum petang  setiap hari Isnin sejak tinggal di asrama bermula  form 2 hingga upper six.Lama la juga 6 tahun.Tapi saya pelik,kebanyakan kawan-kawan saya tak suka turun kalau minum petang bubur kacang.Saya pula suka.Masa form 4 ada sorang teruna  pekerja dewan makan tu selalu suruh ambil lebih tapi saya malu takut kawan-kawan ingat ada scandal dengan abang dewan makan tu pulak🤣.Masa form 6 dah pindah sekolah kat pekan,kakak dewan makan tu selalu offer lebihan bubur kacang setiap Isnin dan bubur pulut hitam setiap Rabu.Saya tak tolak.Bawa tumble isi penuh-penuh.Buat bekal prep malam.Orang study,awak tersengguk kekenyangan bubur🤭


Bubur kacang juga menjadi hidangan hampir wajib kat kampung saya kalau ada gotong royong.Selalunya gotong royong bersihkan kubur,tebang pokok,tebas jalan untuk bersihkan semak-semak jalan kampung yang sekadar macam denai saja.Hingga awal 90-an pun kampung saya masih jalan tanah merah.Dah dekat tahun 2000 baru ada mini tar..Kesian kampung saya kan...


Lagi satu bubur kacang ni famous masa musim tanam padi dan musim menuai padi.Orang kampung akan gotong royong ( kami panggil "derau").Hari ni pakat tanam kat bendang si polan...esok pakat tanam bendang si polan lain pula.Biasanya mula pukul 8 pagi dan bila bunyi tembak batu pukul 12 semua akan berhenti.Tuan bendang akan jamu la bubur kacang.Petang sambung lagi pukul 2 sampai matahari terbenam.Begitu juga musim menuai .Semua buat cara derau.Hujung 80-an baru ada mesin padi masuk kampung.


Bubur kacang ni juga senonim lepas kenduri kahwin.Biasanya beberapa hari selepas kenduri,tuan rumah akan ajak orang kampung punggah balai( tempat makan  macam pondok besar hanya ada lantai dan atap rumbia).Pakat kemaskan pinggan mangkuk dan kawah bagai.Semua dah boleh agak,habuannya lepas selesai kerja,pakat makan bubur kacang dengan teh 0 dan kopi 0.Selalunya ada sampingannya kuih kering lebihan kenduri seperti karas,coq peniram,koi loyang dan baulu.

Ops,satu lagi bubur kacang ni juga popular sebagai moreh bulan puasa masa zaman saya kanak-kanak.Tapi saya tak pergi terawikh pun..Tahu sebab esoknya,pakat cerita pasal moreh apa malam tadi.Yang pergi surau jafi tukang lapor.Tapi depa pun bukan terawikh,cuma jadi tukang makan moreh ja🤣


Lastly ,paling saya ingat bubur kacang ni juga akan dimasak tuan rumah jika pindah rumah.Pindah rumah ada dua.Satu pindah sebab buat rumah baru..

Satu lagi "pindahkan" rumah dari tempat asal ke tapak baru sama ada beberapa ela dari tapak asal hinggalah pindahkan jauh dalam ½ km jugak la.Rumah papan  dulu bertiang tinggi.Barang-barang rumah akan diturunkan.Rumah kosong tu di usung beramai-ramai menggunakan tenaga sekampung.Kami panggil "usung rumah".Biasanya bila ada event usung rumah ni akan dilakukan waktu petang lepas asar.Memang sekampung akan turun.Yang lelaki mengusung.Yang perempuan masak bubur kacang.Yang kanak-kanak seronok bersorak tengok orang usung rumah.+ dapat makan bubur kacang.Kali terakhir saya tengok orang usung rumah ni masa sekolah rendah lagi.Lepas tu tak nampak dah sebab pakat buat rumah simen macamana nak usung...Hihihi

8 comments:

  1. Banyak kenangan dengan bubur kacang ye Mama Cella.
    Teringat masa duduk asrama, paling tak laku sarapan pagi hari Selasa sebab dihidangkan roti, telur separuh masak dan kacang panggang. Lauk paling tak laku pula ialah dalca, waktu makan malam hari Rabu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh,sama sarapan asrama hari Selasa roti & telur tapi kami tak ada kacang panggang.Telur pun rebus keras sebab kebanyakan tak suka ½ masak,padahal sedap kot roti cicah telur ½ masak..hihihi

      Delete
  2. Ada kisah sedih bubur kacang ni anak teringin mkn bubur kacang tapi mak berlengah2 nak masak .si anak turn mandi sungai beramai2 masa pasir timbul lalu lemas tak smpt mkn bubur kacang.
    Satu lagi kesah masak bubur kacang seperiuk besar untuk kenduri arwah ibu baru meninggal skali anak kecik berlari2 main terus termasuk dlm bubur panas hingga maut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alllahu...
      Innalillah....
      Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

      Delete
  3. Seronok baca cte mak cella.. sepakat plk dgn jiran sekampung.. mcm2 yg korg buat sama2.. tradisi mcm tu tak semua org merasa.. msti seronok zaman kck2 mak cella kat sana.. 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.Dulu kampung kecik tak ramai pun penduduk tapi saling berkerjasama.Sekarang semua itu tinggal kenangan.Sedang pantai pun berubah kan..🤭

      Delete
  4. Penah buat bubur kacang hijau. Takde sambutan langsung dari anak2. Dorang kalau bubur pulut hitam bukan main lagi

    ReplyDelete