Ni la pokok kuini dilereng tebing dekat pencawang tu.Hari Jumaat lepas gali ubi,lepas dah makan ubi rebus vs kopi O..Kak Ti cleaner tu tanya nak buah kuini tak?
Tu ha.....ada saja terselit buah kuini dicelahan daun.Tak la lebat tapi berpuluh biji juga.
Sebab depa juga bagikan 4 biji buah mangga ni.Pokok mangga ni kat belah depan dekat parkir staf.Masa depa kait saya tak ikut.Tahu-tahu dah ada isi segala macam termasuk ubi kayu siap kupas,pucuk ubi,kuini dan juga mangga ni dalam paper bag untuk saya.
Perbezaan buah kuini dan buah mangga.Nampak nak sama tapi tetap ada sedikit perbezaan dari segi bentuk rasa dan bau.Kalau semua sama takkanlah nama mereka berbeza kan...
Selalunya buah kuini masak yang orang campur dalam sambal belacan.Tapi saya guna kuini belum masak pula untuk diolahkan menjadi sambal tumis yang sangat sedap pada selera saya.
SAMBAL BUAH KUINI MUDA + IKAN BILIS
1 biji kuini muda
1 cawan bilis bersih
1/4 cawan minyak
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
Bahan Blend:
15 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing.
2. Terus tuangkan bahan blend & masak hingga mendidih.
3. Tambah garam,gula & buah kuini cincang.
4. Masak hingga kering & naik minyak.Sesuaikan rasa.
Sedapnya kak sambal kuini. Dulu2 masa ada arwah ayah, arwah mama rajin juga buat sambal kuinin
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap Ammi..Bagi yang suka la..hihihj
DeleteKuinin muda buat kerabu pun sedap....buat colek pun sedap krap...krap..
ReplyDeleteBetul..Buat kerabu pun sedap.Saya lebih suka kerabu macang dan kuini berbanding mangga sebabacang dan kuini lebih keras bertekstur
Deletemakan dengan nasi panas, konfirm tamabh 3 kali. hehehe
ReplyDeletehihihihi...tu la masalahnya....
DeleteSaya belum pernah makan sambal tumis buah kuini. Kalau ada kuini belum masak, bolehlah cuba nanti.
ReplyDeleteSaya pun dah lupa pasal sambal tumis macang muda tu hinggalah beberapa bulan lepas Achik ingatkan bila nampak macang muda kat kampung.Dah buat tak boleh move on š¤
DeleteAda pendapat kata, buah kuini kalau dibuat sambal, nanti pokoknya akan berbuah busuk/buruk
ReplyDeleteKan....Saya juga pernah dengar macam tu.Hatapnya kuini lain kat pokok elok la hendaknya
DeleteBuah kuinin baunya kuat betul kan. Saya prefer mangga. Kalau buat sambal macam ni saya makan sikit je untuk merasa. saja bagi peluang orang suka makan, makan lebih sikit gitu. hihi
ReplyDeleteSaya pun kalau sambal belacan kuini tu makan juga tapi tak la seselera makan sambal tumis ni.Samval tumis ni saya boleh ratah...hihihi
Deletekecur airliurrrrr!
ReplyDeleteHihihi....saya yang dah makan ni pun masih kecur liur kalau tengok gambar
DeleteBacang tu kena msk sampai lembut ke mak cella? Atau biar krup krap je? Cair air liur kak lin tgk lauk mak cella ni.. š
ReplyDeletePada saya sedap krup krap...Saya masak lebih kurang 15 minit macam tu lepas masukkan macang/kuini hingga naik minyak.Dia masak jugak la tapi kalau macang dia tak lembik.Masih ada krup krap sebab macang lebih keras.Kalau kuini tidak sekeras macang tapi tidak la selembut mangga.Sebab tu sesuai masak sambal tumis ni...hihihi
DeleteKalau ada kuini atau macang belum masak boleh cuba try test..hihihi
ReplyDelete