Monday, 10 March 2025

CELLA CHALAZION LAGI

 Menjawab pertayaaan SK dalam komen posting JUADAH BUKA PUASA 5 RAMADHAN..iaitu kena ada ayam untuk Cella...Dia tak makan kari kepala ikan ke?

Mungkin sebab SK dah selalu baca blog ni & tahu selalunya Cella makan je kepala ikan kan...

Ok..ni jawapannya kenapa Cella tak dapat makan kari kepala ikan tu...Sebab mata Cella makin bengkak takut gatal.Esoknya Jumaat tu appointment hospital.

👇👇👇👇👇

7 Mac (Jumaat) Cella buat pembedahan kecil untuk mata kirinya ( dalam gambar nampak macam kanan sebab dia selfie 🤭)
Saya tak  bagi makan kepala ikan tongkol sebab takut gatal & bengkak makin teruk.Kalau kepala ikan merah,tenggiri bagai rasanya ok ja..Ikan tongkol ni takut allergy kat matanya.


Kalau dulu matanya MATA CELLA CHALAZION belah kanan bahagian atas kelopak mata..Masa tu pun agak besar dan merah macam bisul..
Berbulan juga follow up kat HUKM hingga sembuh sepenuhnya.Tapi ia meninggalkan sidikit parut jahitan atas kelopak matanya.


Ni dulu kelopak bahagian atas sebelah kanan


Kali ni  Chalazion( sebutannya "kalazion") lagi..tapi bahagian bawah mata kiri pula.
Asalnya macam ketumbit kecik biasa ja..Lama kelamaan makin besar & tetapi tidak "bermata" dan tidak pecah sendiri  macam ketumbit biasa 
Benjolan tu makin keras lebih kurang sebesar buah terung pipit atau buah blueberry..
Semakin lama semakin besar dan mengganggu pandangan kerana menutup separuh pandangan kat bawah
Berulang kali juga ke Pusat Kesihatan Universiti( PKU) & Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
( Hospital UPM).
Sepanjang tempoh tu memang kena makan ubat & tuam dengan sudu yang dicelup air panas/ suam untuk nak melembutkan ketulan tu.
Hinggalah 7 Mac tarikh untuk pembedahan kecil tu jatuhnya dalam bulan puasa.

Antara punca jadi chalazion ni antaranya doktor pernah bgtau iaitu bulu mata memerangkap habuk-habuk.
Ada betulnya juga kerana bulu mata Cella memang jenis panjang dan lebat..


Untuk kos surgery + ubat ratusan ringgit jugak la.Cella guna GL.
Kalau hospital swasta pastinya lagi mahal.


Dua-dua  kali saya tak dapat temankan.Dulu masa kat HUKM kakaknya Adah yang hantar,Kali ni abangnya pula yang hantar.
Tapi kat youtube boleh tengok  CHALAZION SURGERY ...kat sini

12 comments:

  1. adoi..sakit tu..semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah selamat dibedah, semoga Cella cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  3. Seramnya kena kat mata. Semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  4. Rajin2 makan ubat dan jaga makan ye Cella. Untung ada mama yg pandai pilih makanan tak berbisa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kata Cella masa kat HUKM dulu doktor ada bagitau apa boleh makan & tak boleh..Kali ni taksa bagtau

      Delete
  5. Bahaya bila melibatkan mata ni.. mata adalah nikmat yang paling bermakna.. Moga diberikan kesembuhan dengan cepat

    ReplyDelete