Assalamualaikum....
Rezeki iftar 4 Ramadhan...hari Rabu.Berbuka dua beranak dengan anak jantan tu ja..Cella berbuka kat MyTOWN dengan rakan-rakan UniSZA yang sama sama tengah cuti sem..Asalnya saya nak masak Kurma Ayam kegemaran anak jantan tu.Kurma ayam memang kesukaan dia tapi saya jarang masak sebab kedua-dua orang adiknya tidak makan Kurma Ayam.Ni bila dia sorang kat rumah,plan nak masak la Kurma Ayam.
" rempah kurma" yang saya beli tu tertulis " Rempah Sup"!
Walaupun dah pukul 6.30 petang,saya whatsApp anak jantan tu nanti balik kerja singgah kedai beli rempah kurma.Malangnya dia sampai runah 6.45 tanpa rempah kerana dia tak baca whatsApp..
Aduh...tiada rezeki anak jantan tu nak makan Kurma Ayam..Sudahnya jadilah Asam Pedas Ayam.Nasib baik cili blend semua dah siap buat stok..Sempatlah sebelum azan ,asam pedas pun siap.
Saya masak Gulai Kuning Buah Gajus..
Dapat ja buah gajus tu dalam kepala dah terbayang nak masak Gulai Kuning Ikan Masin + Buah Gajus.
Lauk nostalgia zaman kanak-kanak mak selalu masak.
Puas hati dapat makan Gulai Kuning Ikan Masin + Buah Gajus..Sedang hingga licin saya sorang makan.Sementelah lauk macam ni memang anak-anak tak makan.Puas la dapat makan sorang.Makan sambil mengimbau kenangan zaman kanak-kanak.Rasa macam sama je dengan yang pernah mak masak zaman dulu..Kerana kesedapan tu..saya kongsikan resipi kat sini:
GULAI KUNING IKAN MASIN + BUAH GAJUS
10 biji buah gajus
1 keping ikan masin @ tulang ikan masin
2 cawan santan cair & ½ cawan santan pekat
( saya guna ½ kotak santan Kara)
½ sudu besar rempah kari ikan
1 sudu kecik serbuk kunyit
2 ulas bawang merah
1 keping kecil asam gelugur
Garam,gula
1. Buah gajus dibelah 2 dan perah buang airnya.
2. Masukkan ikan masin, buah gajus,serbuk kari,serbuk kunyit,bawang tumbuk,asam keping dan santan cair dalam kuali/periuk.
3. Masak hingga mendidih dan buah gajus empuk.Perisakan
4. Tambah santan pekat dan sesuaikan rasa
Anak jantan tu juga bawa balik 1 kotak kurma Ajwa & beli roti john black pepper daging selambak ni..Banyak betul dagingnya melimpah bersama sos black pepper.Katanya ada rakan sekolahnya buka gerai jual kat Seri Perindu..RM13....
Kalau orang jual roti john telur semata takda daging dengan harha mahal rasa nak mengata..
Ni roti john daging selambak..jual RM13 rasa macam kesian la pulak ..Balik modal ke?Bahan mentah daging hancur tu saja pun dah harga tu..Macamana nak cover modal dan kos lain?Semoga Allah limpahi peniaga tu dengan rezeki yang melimpah.π€²π€²π€²
Untuk juadah ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpat kat youtube channel saya
Kalau nak tengok video juadah 4 Ramadhan yang saya masak ni boleh ke link:
πππππ
Telan air liur tengok jambu gajus tu. Susahnya nak dapat sekarang ni.
ReplyDeleteSaya pun kadang-kadang rabun mata kalau beli serbuk-serbuk rempah. Nampak macam sama saja antara paket sup, kurma dan lain-lain.
Betul...balik kampung pun dah payah nak jumpa buah gajus tu ..Kadang sebab balik kampung tak kena dengan musim buahnya
DeleteMeriah juadah berbukanya
ReplyDeleteAlhamdulillah....
DeleteIkan pekasam memang menambah selera makan. Sedapnya.
ReplyDeleteBuah garis biasanya saya rujak. Di buat dengan gulai ikan Masin, serius jadi terliur. Belum pernah coba yg begini ππ
ReplyDelete