Sunday, 9 March 2025

JUADAH BUKA PUASA 5 RAMADAN: KARI KEPALA IKAN,AYAM PANGGANG,SAYUR KANGKUNG,ASAM PEDAS,MANGGA,BUAH TIN & TEH O AIS LEMON

Assalamualaikum...

Salam Ramdhan ke 8 dah yer hari ni..

 Menu juadah iftar 5 Ramadhan..
Gambar penuh gallery tapi tak sempat ja nak upload setiap hari..Slalu tertangguh.hihihi



Masak Kari Kepala Ikan..
Tapi kepala ikan murah jer la...kepala ikan tongkol jer..🤭



Panggang ayam ( air fyer sbenarnya)
untuk Cella...panggang 1 pc sahaja.

Kebetulan hanya iftar 2 beranak sahaja..Anak jantan tu berbuka di tempat kerja..


Masih ada sikit lagi Asam Pedas leftover semelamnya


Kangkung Tumia Bawang Putih .
Kangkung tu lepas basuh bersih,saya kerat 2 sahaja.Kalau kangkung air yang orang masuk dalam yong taufu tu lagi sedap.Tak payah potong terus celur & susun dalam pinggan.Tabur bawang pitih goreng & kuah hanya tuang sikit kicap dalam minyak bawang putih..itu sahaja...tapi cukup sedap.



Mangga lemak manis..Nampak hijau kuning pucat tapi rasanya manis sangat...
Harga pun sangat terjangkau 
RM4.99/kg..
Bulan puasa ni dah 2 kali beli.


Buah tin/ fig..Ini saya yang teringin nak makan..Beli kat Checkers Rm10 untuk 7 biji buahnya.Anak anak tiada ya g teringin nak cuba tapi saya menyukainya..Ni katanya antara  buah syurga yang Allah dah turunkan ke dunia..Wallalua'lam..



Buatkan segelas Teh O Lemon untuk Cella Saya minum th O panas..


Untuk juadah ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpat kat youtube channel saya


Kalau nak tengok video juadah 5 Ramadhan yang saya masak ni boleh ke link:
👇👇👇👇👇




17 comments:

  1. Buah mangga dengan tin tu menggoda rasa pulak... alamak kuruslah puasa saya hari ini hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi...belum makan buah tin belum kurus puasa🤭

      Delete
  2. waahh buah tin! sedapnya teh O lemon tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tengok waktu tengahari...menitia air liur tengok ais...hihiji

      Delete
  3. Tak pernah tak meriah menu di dapur Mak Ngah. Kenapa ada ayam utk Cella, dia tak makan kari kepala ikan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ceritanya SK..Nanti saya next entri ada jawapan..🤭

      Delete
  4. Nak kena cari juga ni buah tin tu, nampak sedap. Tak pernah makan hat fresh mesti manis kan rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada tekak saya sedap lagi buah tin kering tapi cantik buah tin fresh..
      Pada deria rasa saya buah tin yang jenis black purple yang saya makan no rasa dia tak jauh beza dengan buah " kemunting"( bukan senduduk tau)..PH pernah makan tak buah kemunting?

      Delete
  5. Teh 0 limau ais tu tak cukup segelas

    ReplyDelete
  6. Sama menu kita kangkung goreng. Sedap pulak tengok ice lemon tea tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersama...ni kalau berhantar juadah..dapat yang sama ni🤣

      Delete
  7. Buah tin yg saya pernah coba yg sudah dikeringkan. Tak terlalu suka. Yg segar begini saya blm coba. Katanya LBH sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah tin kering lebih manis cuma agak liat liat gitu.Buah tin segar pun ada banyak jenis..merah..black purple..hijau dll.Juga ada jenis kecil dan besar.Saya baru pernah cuba buah tin merah dan black purple nilebih sedap daripada yang merah.NKatanya juga tin hijau lagi sedap

      Delete
  8. saya nampak buah tin tu jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak seksi abb buah tin jenis ni isinya penuh dan padat..Yang jenis merah tengahnya loping berongga

      Delete
  9. sedapnya menu2 nya..alhamdulillah

    ReplyDelete