Assalamualaikum...
Salam Ramadhan ke 4 dah hari ni yer..
Masuk rumah terus blend tepung untuk batter roti jala..Sambil nak mandi nak solat sempatlah adunan tepung tu mengembang kan..
Tak sukat pun kali ni main tuang ja tepung,air suam,telur & sikit garam serta pewarna kuning .Blend hingga creamy...
Saya menjala & Cella tukang roll..
Cuti sem dalam bulan puasa selama 2 minggu sebelum masuk sem baru 16 Ramdhan nanti.
Puasa kali ni setiap hari dia pesan kalau nak masak kejutkan dia.Alhamdulillah...dah turunkan ilmu mengukis kat dia..dia dah boleh buat sendiri untuk jualan kepada rakan-rakan.Bznz kecil-kecilan musim raya..boleh la tampung duit poket dia sikit-sikit.
Tuang dalam mold kecik sebab nak bagi cepat beku..Maklumlah masak agar-agar dah pukul 6 petang.Tuang dalam mold...masukkan dalam freezer agak agak dah beku keluarkan letak kat ruang chiller..Buatnya lupa mau jadi agar agar batu🤣
Masak kari ayam untuk regu dengan roti jala.
Masak kari ayam untuk regu dengan roti jala.
Tengah menumia kari baru perasan kentang habis.Kejutkan anak jantan sorang tu yang tengah tidur suruh pi kedai sat beli kantang
Dia balik kedai,buka kentang saja la.
Siap dengan Roti john sekali🤭
Dek kerana saya bukan peminat roti jala..maka saya suruh Cella tanak juga nasi secawan beras..
Hanya Cella & abang dia pulun roti jala & mentong lagi lepas terawikh.Anak jantan tu walau dia pi terawikh kat surau tapi lepas terawikh tak pernah pulak dia bermoreh di surau.Saya selalu pesan suruh makan moreh sebelum balik tapi dia tetap takmau.Bukan nak suruh makan sangat tapi lebih kepada nak auruh dia nikmati berkat moreh yang hanya ada pada bulan Ramadhan.Tapi tak maunya dia..Sejak zaman sekolah dulu lagi..habis terawikh dia balik moreh di rumah🤣
Untuk juada ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpat kat youtube channel saya
Untuk video juadah 2 ramdhan ni boleh tonton kat
👇👇👇👇👇
Menu raya dah tu ketupat palas. Sedapnya semua menu.
ReplyDeleteHihihihi..tak menyabar nak makan metupat sebelum raya
Deletetercari dalam menu buah gajus...rupanya ulam daun gajus
ReplyDeleteHihihi..ulam tu pucuk putat.
DeleteRupanya gajus hanya nampak dalam video kat youtube saya
Cantiknya reka bentuk roti jala
ReplyDeleteAlhamdulillah....
DeleteDok plan nak buat Kari Ayam hari ni. Kalau rajin bolehlah menjala sekali :)
ReplyDeleteComel la gak-gat tu 😁
Gak-gat tu bahasa kami, agaq² la kot belah MC panggil hihi
Kami sebut " gaqgaq" hampir serupa juga bunyinya...Kita utara balik balik kari harus la ada kan🤭
DeleteSempat tu masak macam2 nak berbuka.
ReplyDeleteAlhamdulillah ..Ramadhan kali ni ada kitchen helper🤭
Deletecantik kejadian roti jala tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah ..terima kasih Sueann
Deletecantiknya roti jala tu kak..akak pakai acuan mana?rajinnya la haiii meriah meja ye kak,kalau dekat boleh tumpang sekaki hihi
ReplyDeleteSaya pakai acuan botol yang muncung 3 tu...Boleh tengok kat video youtube @ Afzan taip ja kat shopee acuan roti jala muncung 3..
DeleteEh.
Deletelupa nak pelawa...mai la berbuka di sini🤭
Meriah sungguh menu berbuka puasa Mama Cella.
ReplyDeleteSemua nampak cantik, warna-warni darikari ayam sampai ke agar-agar!
Alhamdulillah...
DeleteKadang ada kerajinan & kadang kena pulak dengan warna..Kadang semua warna pucattt j🤣