Wednesday, 5 March 2025

JUADAH IFTAR 2 RAMADHAN : ROTI JALA KARI AYAM,KETUPAT PALAS,ROTI JOHN,,AGAR-AGAR & BUAH GAJUS

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan ke 4 dah hari ni yer..


Baru nak post juadah iftar 2 Ramadhan...hihihi


Menjala bersama Cella ..
Masuk rumah terus blend tepung untuk batter roti jala..Sambil nak mandi nak solat sempatlah adunan tepung tu mengembang kan..
Tak sukat pun kali ni main tuang ja tepung,air suam,telur & sikit garam serta pewarna kuning .Blend hingga creamy...

Saya menjala & Cella tukang roll..
Cuti sem dalam bulan puasa selama 2 minggu sebelum masuk sem baru 16 Ramdhan nanti.
Puasa kali ni setiap hari dia pesan kalau  nak masak kejutkan dia.Alhamdulillah...dah turunkan ilmu mengukis kat dia..dia dah boleh buat sendiri untuk jualan kepada rakan-rakan.Bznz kecil-kecilan musim raya..boleh la tampung duit poket dia sikit-sikit.



Sambil tu sempat juga la rebus agar-agar sikit cukup untuk sekali berbuka..Sambil rebus agar-agar sambil mandi..Keluar bilik mandi tengok agar-agar dah meruap tumpah atas dapur🤭..
Tuang dalam mold kecik sebab nak bagi cepat beku..Maklumlah masak agar-agar dah pukul 6 petang.Tuang dalam mold...masukkan dalam freezer agak agak dah beku keluarkan letak kat ruang chiller..Buatnya lupa mau jadi agar agar batu🤣




Masak kari ayam untuk regu dengan roti jala.

Tengah menumia kari baru perasan kentang habis.Kejutkan anak jantan sorang tu yang tengah tidur suruh pi kedai sat beli kantang






Dia balik kedai,buka kentang saja la.
Siap dengan Roti john sekali🤭


Kebetulan ada ketupat palas buat hari Sabru sehari sebelum puasa sebab teringin ketupat pulut hitam 

Dek kerana saya bukan peminat roti jala..maka saya suruh Cella tanak juga nasi secawan beras..

Saya makan nasi berlaukkan ayam berlado leftover & ulam pucuk putat
Hanya Cella & abang dia pulun roti jala & mentong lagi lepas terawikh.Anak jantan tu walau dia pi terawikh kat surau tapi lepas terawikh tak pernah pulak dia bermoreh di surau.Saya selalu pesan suruh makan moreh sebelum balik tapi dia tetap takmau.Bukan nak suruh makan sangat tapi lebih kepada nak auruh dia nikmati berkat moreh yang hanya ada pada bulan Ramadhan.Tapi tak maunya dia..Sejak zaman sekolah dulu lagi..habis terawikh dia balik moreh di rumah🤣



Maka begitulah juadah iftar kami di hari ke-2 Ramadhan...

Untuk juada ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpat kat youtube channel saya



Untuk video juadah 2 ramdhan ni boleh tonton kat 

👇👇👇👇👇




17 comments:

  1. Menu raya dah tu ketupat palas. Sedapnya semua menu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi..tak menyabar nak makan metupat sebelum raya

      Delete
  2. tercari dalam menu buah gajus...rupanya ulam daun gajus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..ulam tu pucuk putat.
      Rupanya gajus hanya nampak dalam video kat youtube saya

      Delete
  3. Cantiknya reka bentuk roti jala

    ReplyDelete
  4. Dok plan nak buat Kari Ayam hari ni. Kalau rajin bolehlah menjala sekali :)
    Comel la gak-gat tu 😁
    Gak-gat tu bahasa kami, agaq² la kot belah MC panggil hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sebut " gaqgaq" hampir serupa juga bunyinya...Kita utara balik balik kari harus la ada kan🤭

      Delete
  5. Replies
    1. Alhamdulillah ..Ramadhan kali ni ada kitchen helper🤭

      Delete
  6. cantik kejadian roti jala tu...

    ReplyDelete
  7. cantiknya roti jala tu kak..akak pakai acuan mana?rajinnya la haiii meriah meja ye kak,kalau dekat boleh tumpang sekaki hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pakai acuan botol yang muncung 3 tu...Boleh tengok kat video youtube @ Afzan taip ja kat shopee acuan roti jala muncung 3..

      Delete
    2. Eh.
      lupa nak pelawa...mai la berbuka di sini🤭

      Delete
  8. Meriah sungguh menu berbuka puasa Mama Cella.
    Semua nampak cantik, warna-warni darikari ayam sampai ke agar-agar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Kadang ada kerajinan & kadang kena pulak dengan warna..Kadang semua warna pucattt j🤣

      Delete