Juadah iftar 3 Ramadhan...Hari Selasa.
* Nasi Putih
* Udang Nestum
* Ayam Masak Kicap Pedas
* Kari Kropeh( leher & kaki ayam)
* Lengkong Santan
* Minuman Granadine
Hari Selasa ada meeting kat Permaisuri..Kalau ikut sepatutnya habis meeting pukul 5 petang tapi sapa je kot nak meeting lelama bulan puasa ni kanπ€.
Balik terus singgah Pasar Segar beli udang sikit..dada ayam seketul
Memang dah plan nak masak ayam kicap & udang nestum.Bab masak saya suka rancang dulu baru laju nak masak..Sap sup sap dua dapur sekali jalan..sekejap ja siap.
Tapi bab masak & makan ja lag laju..Bab lain...ke lautttttt!π€
Ayam tu masak kicap pedas & kari tu hanya sebagai pelangkap sahaja nak feel nasi kandaq untuk anak lanang nan sorang tu sebab dia tak makan udang.
Udang Nestum tu memang licin saya & Cella sahaja.Saya lebih suka makan nasi gaul nestum rangup pedas aroma daun kari tu kerana saya suka makan nasi kering-kering.
Untuk juadah ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpat kat youtube channel saya
Untuk video juadah 2 ramdhan ni boleh tonton kat
πππππ
Cuya tak pernah rasa udang nestum.. mesti sedap kan
ReplyDeletePatut cuba masak sekali, tapi kat rumah jarang ada udang, selalu ayam saja sebab ayah yg ke pasar.
Balik2 dia beli benda sama ajer π€£
Try la sekali Cuya..kot kena dwngan tekak..Saya pun baru beberapa kali masak selepas tengok kat blog Cikgu Amie ..Terus suka
DeleteGrenadine tu skrg dah jual kat TT, dah masuk troli tapi berkira lagi nak membayarnya, hahahah. Sedapnya udang nestum, sy bertahun tak masak tu.
ReplyDeleteDah masuk trolly tu kira dah hampir tuπ€
DeleteSaya pun selalu lupa ja nak masak udang nestum tu...tunyg bila ingat terus masak.Tu oun puas punggah tong bakery cari nestumπ€£
Sun Vally Syrup tu lejen!
ReplyDeleteSaya tahun 2024 baru merasa syrup ni..hihihi
DeleteSedapnya....
ReplyDeleteAdah kirim ka sirap tu MC? Hehe
Ni Adah bawa balik hari tu...Kalau nak post macam berat juga 1 botol tu 1kg...
DeleteTapi SK komen kat atas tu kata kat TT pun dah ada jual...
OMG...udang nestum! Rindu nak gaul nasi dengan serdak-serdak nestum.
ReplyDeleteSaya dulu hantu Sun Valley Geraldine campur Mango Sunquick. Sekarang dah slow....jaga gula darah.
Oh...+ mangga sunquick rupanya..kena cuba nih...
DeleteSaya sebelum dok + oren sunquick..π€
Saya pernah cuba + hirisan lemon pun sedap juga.
Aiiih udang nestum πππ. Lama tak makan itu . Sukaaa dengan nestumnya yg pedas dan gurih. Memang sedap dicampur ke nasi kanπ
ReplyDelete