Monday, 10 March 2025

JUADAH IFTAR RAMADHAN 2025: NASI LEMAK AYAM & IKAN,KUIH TARAJU,BUAH MANGGA & MINUMAN GRENADINE + LEMON

Assalamualaikum..


Hari  Jumaat masak Nasi Lemak Ayam ni..Request daripada orang baru balik hopital..Cella tanya voleh ke makan nasi lemak ayam..
Kita memang dah beli ayam sukuan peha tu..maka jadilah nasi lemak ayam ...inspire Nasi Lemak KA tu la🀭
Sampai rumah dalam pukul 5++ Cella & abangnya belum balik..
Rupanya depa kena pi 2 tempat..
Pagi ke hospital UPM. 
Hari jumaat kan break awal dan panjang..kena pergi PKU ambil GL & petang pergi semula hospital untuk amik ubat ..Kena pergi 2 farmasi pulak katanya.Seharian jugak la di sana..
Dah nak nasi lemak...kita onz ja la kan..



Tapi saya punya..Nasi Lemak Ikan Tongkol...
Saya lebih terliur ikan...
Makanya ayam untuk Cella & abang dia...ikan untuk saya..
Lagi sorang anak widak nun tahun ni merupakan tahun ke 2 la berpuasa di Sabah.
Tahun lepas puasa berdua..
Tahun ni bertiga..
Hari hari VC 🀭


Buah Mangga 


Kuih Taraju..Dah pernah buat entri 



Untuk juadah ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpat kat youtube channel saya



Untuk melihat juadah berbuka lengkap pada Ramadhan ke 7 yang lepas boleh tonton di link berikut:

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡https://youtube.com/shorts/GY1DltggRhA?si=fakjBbHzJVMzXOQq



CELLA CHALAZION LAGI

 Menjawab pertayaaan SK dalam komen posting JUADAH BUKA PUASA 5 RAMADHAN..iaitu kena ada ayam untuk Cella...Dia tak makan kari kepala ikan ke?

Mungkin sebab SK dah selalu baca blog ni & tahu selalunya Cella makan je kepala ikan kan...

Ok..ni jawapannya kenapa Cella tak dapat makan kari kepala ikan tu...Sebab mata Cella makin bengkak takut gatal.Esoknya Jumaat tu appointment hospital.

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

7 Mac (Jumaat) Cella buat pembedahan kecil untuk mata kirinya ( dalam gambar nampak macam kanan sebab dia selfie 🀭)
Saya tak  bagi makan kepala ikan tongkol sebab takut gatal & bengkak makin teruk.Kalau kepala ikan merah,tenggiri bagai rasanya ok ja..Ikan tongkol ni takut allergy kat matanya.


Kalau dulu matanya MATA CELLA CHALAZION belah kanan bahagian atas kelopak mata..Masa tu pun agak besar dan merah macam bisul..
Berbulan juga follow up kat HUKM hingga sembuh sepenuhnya.Tapi ia meninggalkan sidikit parut jahitan atas kelopak matanya.


Ni dulu kelopak bahagian atas sebelah kanan


Kali ni  Chalazion( sebutannya "kalazion") lagi..tapi bahagian bawah mata kiri pula.
Asalnya macam ketumbit kecik biasa ja..Lama kelamaan makin besar & tetapi tidak "bermata" dan tidak pecah sendiri  macam ketumbit biasa 
Benjolan tu makin keras lebih kurang sebesar buah terung pipit atau buah blueberry..
Semakin lama semakin besar dan mengganggu pandangan kerana menutup separuh pandangan kat bawah
Berulang kali juga ke Pusat Kesihatan Universiti( PKU) & Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
( Hospital UPM).
Sepanjang tempoh tu memang kena makan ubat & tuam dengan sudu yang dicelup air panas/ suam untuk nak melembutkan ketulan tu.
Hinggalah 7 Mac tarikh untuk pembedahan kecil tu jatuhnya dalam bulan puasa.

Antara punca jadi chalazion ni antaranya doktor pernah bgtau iaitu bulu mata memerangkap habuk-habuk.
Ada betulnya juga kerana bulu mata Cella memang jenis panjang dan lebat..


Untuk kos surgery + ubat ratusan ringgit jugak la.Cella guna GL.
Kalau hospital swasta pastinya lagi mahal.


Dua-dua  kali saya tak dapat temankan.Dulu masa kat HUKM kakaknya Adah yang hantar,Kali ni abangnya pula yang hantar.
Tapi kat youtube boleh tengok  CHALAZION SURGERY ...kat sini

Sunday, 9 March 2025

JUADAH BUKA PUASA 5 RAMADAN: KARI KEPALA IKAN,AYAM PANGGANG,SAYUR KANGKUNG,ASAM PEDAS,MANGGA,BUAH TIN & TEH O AIS LEMON

Assalamualaikum...

Salam Ramdhan ke 8 dah yer hari ni..

 Menu juadah iftar 5 Ramadhan..
Gambar penuh gallery tapi tak sempat ja nak upload setiap hari..Slalu tertangguh.hihihi



Masak Kari Kepala Ikan..
Tapi kepala ikan murah jer la...kepala ikan tongkol jer..🀭



Panggang ayam ( air fyer sbenarnya)
untuk Cella...panggang 1 pc sahaja.

Kebetulan hanya iftar 2 beranak sahaja..Anak jantan tu berbuka di tempat kerja..


Masih ada sikit lagi Asam Pedas leftover semelamnya


Kangkung Tumia Bawang Putih .
Kangkung tu lepas basuh bersih,saya kerat 2 sahaja.Kalau kangkung air yang orang masuk dalam yong taufu tu lagi sedap.Tak payah potong terus celur & susun dalam pinggan.Tabur bawang pitih goreng & kuah hanya tuang sikit kicap dalam minyak bawang putih..itu sahaja...tapi cukup sedap.



Mangga lemak manis..Nampak hijau kuning pucat tapi rasanya manis sangat...
Harga pun sangat terjangkau 
RM4.99/kg..
Bulan puasa ni dah 2 kali beli.


Buah tin/ fig..Ini saya yang teringin nak makan..Beli kat Checkers Rm10 untuk 7 biji buahnya.Anak anak tiada ya g teringin nak cuba tapi saya menyukainya..Ni katanya antara  buah syurga yang Allah dah turunkan ke dunia..Wallalua'lam..



Buatkan segelas Teh O Lemon untuk Cella Saya minum th O panas..


Untuk juadah ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpat kat youtube channel saya


Kalau nak tengok video juadah 5 Ramadhan yang saya masak ni boleh ke link:
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡




Saturday, 8 March 2025

IFTAR 4 RAMADHAN 2025/1446H : ASAM PEDAS AYAM,GULAI KUNING BUAH GAJUS,IKAN PEKASAM,ROTI JOHN & KUIH SAGU

Assalamualaikum....

Rezeki iftar 4 Ramadhan...hari Rabu.Berbuka dua beranak dengan anak jantan tu ja..Cella berbuka kat MyTOWN dengan rakan-rakan UniSZA yang sama sama tengah cuti sem..


Masak Asam Pedas Ayam untuk anak jantan tu ..
Asalnya saya nak masak Kurma Ayam kegemaran anak jantan tu.Kurma ayam memang kesukaan dia tapi saya jarang masak sebab kedua-dua  orang adiknya tidak makan Kurma Ayam.Ni bila dia sorang kat rumah,plan nak masak la Kurma Ayam.



Malangnya bila baca kat paket 
" rempah kurma" yang saya beli tu tertulis " Rempah Sup"!
Walaupun dah pukul 6.30 petang,saya whatsApp anak jantan tu nanti balik kerja singgah kedai beli rempah kurma.Malangnya dia sampai runah 6.45 tanpa rempah kerana dia tak baca whatsApp..
Aduh...tiada rezeki anak jantan tu nak makan Kurma Ayam..Sudahnya jadilah  Asam Pedas Ayam.Nasib baik cili blend semua dah siap buat stok..Sempatlah sebelum azan ,asam pedas pun siap.



Sebelum tu,sebelum masak ayam..
Saya masak Gulai Kuning Buah Gajus..


Dapat rezeki buah gajus ..Anis rakan sekerja bawakan untuk saya.Kata Anis,dalam reramai rakan sekerja,saya memang jenis suka makanan exotic & makanan pelik-pelik.Walaupun buah gajus bukan pelik tapi buah gajus payah nak dapat dah sekarang.Apa lagi di KL ni.
Dapat ja buah gajus tu dalam kepala dah terbayang nak masak Gulai Kuning Ikan Masin + Buah Gajus.
Lauk nostalgia zaman kanak-kanak mak selalu masak.
Puas hati dapat makan Gulai Kuning Ikan Masin + Buah Gajus..Sedang hingga licin saya sorang makan.Sementelah lauk macam ni memang anak-anak tak makan.Puas la dapat makan sorang.Makan sambil mengimbau kenangan zaman kanak-kanak.Rasa macam sama je dengan yang pernah mak masak zaman dulu..Kerana kesedapan tu..saya kongsikan resipi kat sini:

GULAI KUNING IKAN MASIN + BUAH GAJUS
10 biji buah gajus 
1 keping ikan masin @ tulang ikan masin 
2 cawan santan cair & ½ cawan santan pekat
( saya guna ½ kotak santan Kara)
½ sudu besar rempah kari ikan
1 sudu kecik serbuk kunyit
2 ulas bawang merah
1 keping kecil asam gelugur
Garam,gula

1. Buah gajus dibelah 2 dan perah buang airnya.

2. Masukkan ikan masin, buah gajus,serbuk kari,serbuk kunyit,bawang tumbuk,asam keping dan santan cair dalam kuali/periuk.

3. Masak hingga mendidih dan buah gajus empuk.Perisakan

4. Tambah santan pekat dan sesuaikan rasa


Nak buat memang senang...campur sahaja semua bahan...Cuma yang payah nak dapat buah gajus🀭



Sambil masak gulai gajus,saya sempat kukus sagu sebagai kuih pemanis berbuka puasa.


Salada pengganti sayur.


Ikan Pekasam Goreng....nak gu kan dengan gulai gajus tu kena la lauk kampung macam ni..


Anak jantan tu juga bawa balik 1 kotak kurma Ajwa &  beli roti john black pepper daging selambak ni..Banyak betul dagingnya melimpah bersama sos black pepper.Katanya ada rakan sekolahnya buka gerai jual kat Seri Perindu..RM13....

Kalau orang jual roti john telur semata takda daging dengan harha mahal rasa nak mengata..

Ni roti john daging selambak..jual RM13 rasa macam kesian la pulak ..Balik modal ke?Bahan mentah daging hancur tu saja pun dah harga tu..Macamana nak cover  modal dan kos lain?Semoga Allah limpahi  peniaga tu dengan rezeki yang  melimpah.🀲🀲🀲



Tengok la betapa nikmatnya saya menggaul nasi dengan Gulai Ikan Masin + Buah Gajus 🀭ketika azan maghrib berkumandang..!



Untuk juadah ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpat kat youtube channel saya


Kalau nak tengok video juadah 4 Ramadhan yang saya masak ni boleh ke link:
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Friday, 7 March 2025

JUADAH IFTAR 3 RAMADHAN

 

Juadah iftar 3 Ramadhan...Hari Selasa.
* Nasi Putih
* Udang Nestum
* Ayam Masak Kicap Pedas
* Kari Kropeh( leher & kaki ayam)
* Lengkong Santan
* Minuman Granadine

Hari Selasa ada meeting kat Permaisuri..Kalau ikut  sepatutnya habis meeting pukul 5 petang tapi sapa je kot nak meeting  lelama bulan puasa ni kan🀭.
Balik terus singgah Pasar Segar beli udang sikit..dada ayam seketul

Memang dah plan nak masak ayam kicap & udang nestum.Bab masak saya suka rancang dulu baru laju nak  masak..Sap sup sap dua dapur sekali jalan..sekejap ja siap.
Tapi bab masak & makan ja lag laju..Bab lain...ke lautttttt!🀭

Ayam tu masak kicap pedas & kari tu hanya sebagai pelangkap sahaja nak feel nasi kandaq untuk anak lanang nan sorang tu sebab dia tak makan udang.

Udang Nestum tu memang licin saya & Cella sahaja.Saya lebih suka makan nasi  gaul nestum rangup pedas aroma daun kari tu kerana saya  suka makan nasi kering-kering.



 Sun Vally Syrup  Grenadine from Tawau..



Untuk juadah ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpat kat youtube channel saya



Untuk video juadah 2 ramdhan ni boleh tonton kat 

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



Wednesday, 5 March 2025

JUADAH IFTAR 2 RAMADHAN : ROTI JALA KARI AYAM,KETUPAT PALAS,ROTI JOHN,,AGAR-AGAR & BUAH GAJUS

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan ke 4 dah hari ni yer..


Baru nak post juadah iftar 2 Ramadhan...hihihi


Menjala bersama Cella ..
Masuk rumah terus blend tepung untuk batter roti jala..Sambil nak mandi nak solat sempatlah adunan tepung tu mengembang kan..
Tak sukat pun kali ni main tuang ja tepung,air suam,telur & sikit garam serta pewarna kuning .Blend hingga creamy...

Saya menjala & Cella tukang roll..
Cuti sem dalam bulan puasa selama 2 minggu sebelum masuk sem baru 16 Ramdhan nanti.
Puasa kali ni setiap hari dia pesan kalau  nak masak kejutkan dia.Alhamdulillah...dah turunkan ilmu mengukis kat dia..dia dah boleh buat sendiri untuk jualan kepada rakan-rakan.Bznz kecil-kecilan musim raya..boleh la tampung duit poket dia sikit-sikit.



Sambil tu sempat juga la rebus agar-agar sikit cukup untuk sekali berbuka..Sambil rebus agar-agar sambil mandi..Keluar bilik mandi tengok agar-agar dah meruap tumpah atas dapur🀭..
Tuang dalam mold kecik sebab nak bagi cepat beku..Maklumlah masak agar-agar dah pukul 6 petang.Tuang dalam mold...masukkan dalam freezer agak agak dah beku keluarkan letak kat ruang chiller..Buatnya lupa mau jadi agar agar batu🀣




Masak kari ayam untuk regu dengan roti jala.

Tengah menumia kari baru perasan kentang habis.Kejutkan anak jantan sorang tu yang tengah tidur suruh pi kedai sat beli kantang






Dia balik kedai,buka kentang saja la.
Siap dengan Roti john sekali🀭


Kebetulan ada ketupat palas buat hari Sabru sehari sebelum puasa sebab teringin ketupat pulut hitam 

Dek kerana saya bukan peminat roti jala..maka saya suruh Cella tanak juga nasi secawan beras..

Saya makan nasi berlaukkan ayam berlado leftover & ulam pucuk putat
Hanya Cella & abang dia pulun roti jala & mentong lagi lepas terawikh.Anak jantan tu walau dia pi terawikh kat surau tapi lepas terawikh tak pernah pulak dia bermoreh di surau.Saya selalu pesan suruh makan moreh sebelum balik tapi dia tetap takmau.Bukan nak suruh makan sangat tapi lebih kepada nak auruh dia nikmati berkat moreh yang hanya ada pada bulan Ramadhan.Tapi tak maunya dia..Sejak zaman sekolah dulu lagi..habis terawikh dia balik moreh di rumah🀣



Maka begitulah juadah iftar kami di hari ke-2 Ramadhan...

Untuk juada ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpat kat youtube channel saya



Untuk video juadah 2 ramdhan ni boleh tonton kat 

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡




Tuesday, 4 March 2025

MENU IFTAR 1 RAMADHAN 2025/ 1446H

 Assalamualaikum...

Menu iftar hari pertama Ramadhan 2025 @ rumah saya.

Alahamdulillah sambut puasa tahun ini awal Ramdhan jatuhnya pada hari Ahad yang merupakan  cuti hujung minggu bagi kebanyakan negeri.Bagi negeri yang hujung minggunya Jumaat & Sabtu kebanyakan negeri bercuti pada awal Ramadhan...Pasti meriah hari  pertama puasa dapat beriftat bersama kan..

Apa khabar juga saudara kita di Nusantara?

Khabarnya saudara kita diseberang Selat Melaka dan juga beberapa negara lain sudah mula berpuasa pada hari Sabtu.


Kebetulan selepas maghrib hari Sabtu,saya meninjau keluar jendela.
Masyaa Allah..anak bulan sudah setinggi itu,padahal esoknya baru nak mula puasa !
Petanda apakah ini?
Wallahua'lam...


Menu iftar 1 Ramadhan..


Nasi Putih
Ayam Berlado
Sayur Kailan Bawang Putih
Badak Berendam
Buah Naga
Air Kosong jerrr🀭

Insha Allah menu menu Ramadhan kali ini akan saya share kat youtube channel:


Untuk video menu 1 Ramadhan ni boleh diakses :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



Sunday, 2 March 2025

SALAM RAMADHAN 1446

 

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan .

Assalamualaikum rakan-rakan maya semua..

Selamat menunaikan ibadah puasa & semoga Ramadhan tahun ini lebih baik untuk kita daripada sebelumnya..

Bila bulan puasa pastinya kita alan terimbau nostalgia berpuasa zaman kanak-kanak kan..Seakan masih tercium bauan Ramadhan masa lalu.

Namun setahun dua kebelakangan ini saya begitu rindukan ketenangan menunaikan ibadah puasa sepanjang PKP Covid dulu.Walau gundah wabak melanda namun Allah hadirkan ketenangan untuk kita semua fokus puasa dan beribadah tanpa gangguan lain..

Rindunya pada masa lalu yang semakin jauh meninggalkan kita.


Tahun ini saya berazam nak rajin masak kuih muih nostalgia puasa zaman kanak-kanak.Nak buat dalam portion kecik yang boleh disiapkan dalam masa 1jam ++ nasi dan lauk.Orang berazam nak tingkatkan iman...saya pula sibuk nak makan..hihihi...

In shaa Allah semoga Allah kurniakan kerajinan dan dalam masa yang sama dapat menjalani obadah puasa dengan lebih baik..

Begitu juga doa untuk rakan rakan semua🀲