Monday, 16 November 2020

MACARONI SOS KRIM CENDAWAN

Saya masak pasta semalam punya semalam untuk anak-anak. Saya tidak minat pun nak makan sebab rasa nak makan nasi sahaja. Saya kalau makan nasi berlauk ikan masin pun dah boleh jalan. Tekak anak-anak tidaklah sama dengan tekak saya. Kalau ada sikit sayur dengan ulam  pun dah cukup nikmat. Zaman saya membesar tidak ada banyak pilihan.Bila remaja pepandailah kreatif kalau nak ada pilihan Apa yang ada sekeliling rumah pepandailah masak jadikan lauk. Biasanya saya hiris jantung pisang gaul kunyit.Buat macam sayur  tumis kobis. Sedap wooo.. Kalau tak pun, ubi kayu pun saya gali potong jadikan masak lemak kuning. Bayam, keledek, terung, cili, lengkuas, kacang botor memang  keliling rumah. Kangkung, selom & kesum merimba di kolam takungan tepi telaga. Petiklah seberapa banyak. Jemu sayur rebus air, boleh tumis. Kalau ada kelapa boleh masak lemak. Paling tidak, petik celur cicah air asam cabai picit. Huh melekat bau belacan ditangan sampai malam.. Paling sedap kalau mak suruh beli megi Vit's perisa ayam. Sebungkus sahaja mak kasi beli. Bukan untuk makan suka-suka tau. Untuk buat lauk.Kena ikut SOP emak saya kalau nak masak megi. Tumis bawang besar dan bawang putih, tuang air beberapa cawan supaya dapat 1/2 periuk cap buaya mulut terkatup. Buayanya macam ni.. 🐊. Bila mendidih masukkan sayur pucuk asin-asin penuh periuk. Barulah masukkan megi yang dipatah-patah. Isikan dalam semangkuk corak bunga kangkung. Makanlah dengan nasi. Dia punya sedap, sampai menjilat mangkuk.Kadang-kadang rasa nak buat macam tu time balik kampung. Tapi kalau masak macam tu kat rumah ni, jawabnya syok sendirilah makan. Paling tidak kena fikir untuk masak telur atau sardin untuk mereka. Asik sardin sahaja pun jemu la pulak. Sebab sudah kebuntuan hendak masak lauk yang boleh ngam dengan tekak mereka, saya masak la pasta bodoh-bodoh cara saya saya. 

Nak kata carbonara ker sos krim cendawan ni.... Tapi anak-anak laju jer makan.. Habis jugak la sebungkus pasta. 


Nampak bodoh-bodoh pun, menjadi kesukaan anak-anak juga ni. Tapi bila makan ni jadi pandai la hendaknya.. 
Hihihi
Asalnya ingatkan ada spaghetti atau fettucini nak dipadankan dengan sos cendawan ni. Bila diselongkar kabinet dapur, yang tinggal hanya mini elbow, macaroni & pasta spiral sahaja.Boleh lah... 



MACARONI SOS CENDAWAN

1 pack mini macaroni (400gm)
1 sudu teh garam
(Jerang air +garam  & rebus macaroni 10 minit & tapis.)

Creamy Sauce:
1 mangkuk cendawan
1 bawang besar Holland
1 sudu teh herba oregano
1 tin susu cair
1 kiub ayam
2 sudu butter
2 sudu tepung gamdum
1 sudu teh lada hitam-tumbuk
1/2 sudu teh garam

1. Panaskan butter & tumis bawang cincang.
2. Masukkan cendawan & goreng hingga layu.
3.Tambah teoung gandum & kacau kering.
4. Tambahkan susu cair & 1 tin air(ikut kesesuaian kepekatan sos)
5. Tambah kiub ayam, garam, lada hitam & herb.
6. Sesuaikan rasa. 

Selongkar peti ais ada 1 paket cendawan. Cendawam apa entah yang besar-besar ibu jari kaki tu. 1 pack tu ada 3 kaki jer cendawan ni, tapi besar la. Dapatlah semangkuk selepas dihiris. 


Lemak berkrim... 
Sesuai namanya Sos Cendawan Berkrim

Dapatlah 1/2 kuali untuk budak 3 ketul tu makan 


Pasta jangan lupa rebus. Kang sos dah siap, pasta pula tiada.. 


Sesi merasa.... Hihihi


10 comments:

  1. Memang itu la cara hidup zaman kita dulu tapi kalu kita masak balik camtu anak2 tak jeling jangankan nak rasa.poyok belanga n punggan mangkok mak kita pn sama. Jenih tahan lasak jatuh pn dumbing je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..
      Tapi tu la kan zaman berubah, nak salahkan mereka pun, dah mereka hidup zaman ice blended,pisang goreng cheese leleh,ayam korea bagai.. Huhuhu.

      Pinggan dulu2 memang tahan lasak kan.... Betul, jatuh hanya sumbing sahaja. Sekarang pi kenduri pun makan dalam pinggan polisterin.. Hahaha

      Delete
  2. Pinggan mangkok skrg boleh tahan reganya dtg dgn set2 gitu padan la kalu isinya menu yg glemer gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la jugak...
      Tapi pyrex lama sekarang kembali dicari peminat barang2 vintage kan... Yang lelaki dengan kegilaan motor RXZ lama.. Harga menyamai kereta terpakai

      Delete
  3. Seronok kalau baca kisah Mak Cella masak2 ni. DUlu, masa Cella cerita pun rasa seronok, apalagi bila tuan badan yang ceritakan sendiri.

    Mak saya masak pun ada SOP teruatama bab potong bawang. Lain masakan lain cara potong, salah potong dia humban, ada bran?? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang sudah ada tempat bercerita... Hihihi. Dulu memang cella la kena tadah telinga.Sebab tu bila balik kampung, bila lalu tempat-tempat yang ada kenangan atau masak ke apa ke yang ada kenangan, saya hanya sebut sikit-sikit sahaja dia sudah boleh relate.

      Makanan pun dia boleh jer makan makanan kampung, petai, jeruk maman, ulam bagai. Mungkin sebab dia dah sebati dengan cerita saya... Kalau ada makanan moden dia belasah juga. Abang ngan kakak makan pilih-pilih juga. Lagi2 makanan kampung banyak yang dorang berdua x boleh go

      Delete
  4. Terpaksa terima hakikat selera anak-anak dengan selera kita sudah berbeza. Anak-anak lahir zaman Alaf baru. Kita pula melalui beberapa zaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Padahal kita selalu sahaja masak lauk kampung kan.. Tapi ayam goreng juga pilihan mereka tanpa jemu.

      Delete
  5. Wak pun tak reti makan benda2 gini.
    Kalau lapo mesti cari nasik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya boleh la juga makan
      Tetapi tetap cari nasi la.. Makan apapun kerinduan tetap pada nasi.Kita generasi nasi.. Hihihi

      Delete