Sunday, 8 November 2020

SAMBAL SOTONG KERING PANGKOR

Jika PKP 1.0 bulan Mac hari tu saya terlalu paranoid sehingga takut untuk memasak kerana bimbang stok makanan habis. PKPB 2.0 kali  ini, saya lebih tenang. Namun takut tetap takut, cuma kata orang... yang pertama itu lebih mendalam kesannya & akan sentiasa diingati. Seperti juga cinta pertama katanya sukar dilupakan, betul ke? Saya tiada pengalaman cinta pertama. Saya hanya ada pengalaman cinta terakhir.. Hihihi

PKPB 2.0 ni saya seolah menghabiskan apa sahaja stok makanan dalam freeze yang sudah hampir menjadi fosil. Haaaaaa... Daging kerbau, ayam hutan, sotong kering  bagai saya selongkar dan masak.Ini kerana anak-anak merungut bila beli ais krim tiada ruang untuk diletak. Sebenarnya bukanlah salah makanan tu dalam freezer, tetapi lebih kepada memang peti ais tu yang tidak membesar(hihihihi) Peti ais saiz orang bujang, tapi nak disumbat dengan macam-macam.Ditambah pula pemikiran emak & anak-anak tidak sama.Saya mengutamakan makanan penting untuk disimpan Anak-anak lebih pentingkan makanan remeh untuk di simpan.Pada saya, kalau emergency, ais krim tu bukan boleh mengenyangkan.Tetapi keburukan pemikiran saya ialah banyaklah wujudnya fosil dalam tu, kalau aiskrim bagai memang akan bersilih ganti tidaklah sempat jadi fosil

Maka dalam PKPB 2.0 ni saya keluarkan fosil-fosil tu & masak supaya ruangan freezer yang sekangkang ayam tu boleh dilapangkan. Adah ada beli container  untuk manage semula ruangan rak & freezer. 

Ini minggu lepas... 
Saya masak Sambal Sotong Kering Pangkor. 
Sotong kering yang dibeli semasa family vocation meraikan Haikal & Cella habis SPM bulan Disember 2019.PERCUTIAN BAJET @ VAGARY RESORT... 
Sedar tak sedar sudah setahun berlalu. Nampaknya tahun 2020 ni tiada lagi perancangan percutian keluarga. Balik kampung pun belum tentu dapat. Nasib baik juga Raya Haji hari tu sempat juga balik. Kalau tidak, alamatnya sepanjang tahun 2020 tidak balik kampunglah jawabnya. Apapun tetap menaruh harapan agar selepas PKPB ni dapat balik kampung. Sekajap pun jadilah

Sambal Sotong Kering antara lauk yang saya sangat jarang masak. Seiingat saya seumur hidup tidak lebih 10 kali saya masak sambal sotong kering. Saya memang jarang membelinya. Tetapi sambal sotong kering ni memang favourite Adah.Kalau beli nasi lemak mesti dipilih sambal sotong kering . Si bujang & Cella memang nampaklah tidak minat sotong kering, sama seperti saya. Kerana jarang masak sotong kering ini juga membuatkan saya fail masak sambal sotong kering ni. Teksturnya liat macam bertali sahaja bila dikunyah. Mungkin preparation saya yang salah hinggakan sotong tu tidak sudi berlembut dengan saya.


Sotong kering Pangkor yang saya beli hampir setahun yang lalu. Ada pelbagai jenis sotong kering @ Pangkor. Dari sebesar-besar sotong hinggalah sekecil cumi-cumi. 


Yang saya beli ini saiz sebesar 3 jari sahaja. Agak nipis & kering

Setelah direndam semalaman tidak banyak bezanya. 

Bila dimasak lama, agak lembut tetapi lebih kepada liat tetap ada


Bila digigit susah nak putus & bila kunyah susah nak hancur. Kata Adah, macam kunyah getah. 
Bila diamati, saya rasa mungkin sotong ada bermacam jenis dan cara masaknya. Saya syak sotong ini yang selalu orang buat sotong mesin kat pasar malam tu. Sotong yang dipanggang & dimesin seperti mesin getah keping tu. Sebab saiznya sama macam tu. Bila kunyah pun urat bertali macam sotong mesin tu. Agaknya memang yang ni tidak sesuai dimasak sambal. 


Walau liat seperti getah, tetapi sambal ni tetap juga licin dimakan.. Cuma saya tidak mahu sertakan resipinya. Biarlah sambal sotong getah ni menjadi resipi rahsia saya seorang sahaja.. Hahaha... Kerana mungkin saya sahaja kot yang masak sambal ni jadi sambal getah keping.. Hihihi


8 comments:

  1. Salaam,
    Pengalaman cinta terakhir, that is deep.
    🙏

    Sotong Kering Lena rendam air abu.
    Ada Jual dikedai.

    Kaum Tionghua Letak sotong kering sebagai base soup yg mendidih lama. Until flavour Dan texture...

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام
      Hahaha..
      Saya pernah dengar pasal air abu tu tetapi memang saya tidak pernah guna & tidak tahu pun.

      Pasal letak sotong ni dalam sup tu ya, saya pernah cuba dalam masakan mee champa yang pernah saya masak sebelum ini. Betul ada kelainan rasa

      Delete
  2. masa beli sotong kering tu tak beli air abu seklai ya? setahu sy org utara memang terror masak sotong kering, di rumah sy byk stok sotong ni sbb husbnd suka, dulu2 sy masak memang jadi getah, haha.. la ni dah lembut sikit la, rendam air abu dulu 2 3 jam.

    pun, sy tak minat sgt pun sbenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang tak pernah guna air abu tu & memang tak tahu cara guna untuk lembutkan sotong. Mungkin sebab saya tersangat jarang kot masak sotong kering. Nak cakap tak pernah masak takut pula saya pernah masak, tapi seingat saya tiada masakan sambal sotong kering dari saya.. Heeeee.. Saya tahu air abu digunakan untuk buat mee kuning & buat ketupat daun buluh sahaja. Nampak sangat walau orang utara, tapi saya tak familar dengan hal berkaitan sotong kering🤭
      Lepas ini kena berkenalan la dengan air abu..

      Delete
  3. Sotong Segar atau keeping memang Tak pandai masak. Nak selamat sotong goreng kunyit je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau sotong fresh tu rasanya retilah masak sambal tumis, kari, ketuoat sotong bagai(wp saya tidak tahu cara saya masak betul atau tidak) tapi masih boleh makan lembut masak elok. Sotong rendam pun pernah masak macam ok jer bila makan. Cuma yang ini, memang saya fail terus sebab liat.. Memang saya x reti masak sotong kering.. Hihihi

      Delete
  4. Replies
    1. Dah habis la dear.. Minta maaf baru baca komen.. Teraba-raba lagi... hihihi

      Delete