Thursday, 19 November 2020

ZIKIR SEPANJANG JALAN


 Video by cella,ni pagi tadi OTW .Dia ikut sebab katanya sudah kebosanan terperuk di rumah.Sepanjang jalan berdoa agar tidak ditahan polis. Kalau kena tahan & disuruh balik, redho jerlah untuk berpatah balik. Lagipun kami keluar awal,belum pukul 7. Nak juga ikut walaupun ada online class pukul 9.Saya bermeeting, dia kat bilik kerja saya beronline class. 

Inilah suasana  laluan saya ke tempat kerja sejak bertahun.. Kalau nelayan mengharung ombak dan badai. Pemburu meredah hutan rimba. Saya pula meredah hutan batu.Kadang terpaksa berhenti- berhenti mengelak "hujan batu" dari atas. Sudah 3 tahun rasanya melalui situasi ini bermula daripada tanam cerucuk. Pernah beberapa kali viral bahan binaan jatuh dari atas. Alhamdulillah setakat ini belum dengar menyebabkan kehilangan nyawa & hanya kecederaan. Paling latest sebulan dua yang lepas tular ada kepingan konkrit jatuh atas sebuah kereta yang sedang bergerak. Kalau tengok gambar yang viral tu, kereta tu bumbungnya remuk habis, tapi pemandunya wanita kelihatan berjalan keluar dari kereta dibantu orang ramai. Wallahua'alam apa kesudahannya. Semoga semua mangsa selamat dan begitu juga kami pengguna yang hampir setiap hari menggunakannya untuk ulang alik ke tempat kerja. Sepanjang PKP 1 dulu pernah sekali saya lalu sini sengsorang. Memang sunyi sebab ketika itu semua kerja-kerja pembinaan dihentikan. Lagi lah takut. Asal lalu kawasan ini hati memang tidak tenteram & sentiasa berdoa janganlah berlaku perkara tidak diingini. 

Ini pula laluan balik. Rakaman video bulan Julai lalu ketika baru lepas PKP 1 dulu. Ketika ni kalau tidak salah Adah & Cella gi pick up saya dari tempat kerja selepas pulang dari HUKM. Sebab jelas suara Cella bercerita apa yang doktor cakap masa appointment rawatan matanya. Jelas dia bercerita doktor cakap bulu matanya panjang sangat hingga mudah perangkap habuk & itu punca masalah pada matanya. Dia cakap ada kawan cakap bulu matanya macam bulu mata ostrich ..hihihiSejak setahun dua ini memang sepanjang melalui pembinaan ini hati hanya berzikir memohon Allah mudahkan urusan  jauhkan segala perkara yang tidak diingini. 

Meeting hari ini  habis lambat menjelang Zohor. Ketika naik, Cella baru habis online class & menunggu saya untuk makan nasi lemak yang dibeli dalam perjalanan datang tadi.Sudah dipesan suruh makan dulu tadi tapi dia cakap tidak sempat hendak makan, sebab baru habis online class. 


Lambaian tuan tanah asal  blog ni... 
Tapi tanah sudah dipajak 
Dunia berputar seperti roda. 
Dulu ditulis cerita emak & family
Sekarang emak pula tulis cerita dia & family. Putaran roda... Asalnya dah hampir berkubur blog ni. Tapi ajal maut, jodoh, pertemuan adalah rahsia Allah. Now, kembali bernafas 

Lepas Zohor tadi baru dapat menjamah Nasi Lemak Rendang Daging yang dibeli dalam perjalanan awal pagi tadi. Hari ini saya tidak sempat memasak bekal. Abangnya pun hanya bawa bekal roti. 



Katanya next online class pukul 3 petang. Sementara menanti kelas berikutnya, lelapkan mata beralas sejadah sahaja untuk melepaskan penat..Kat lantai pun  boleh lena. Bukan lantai kotor pun. Saya menyambung kerja yang belum selesai.Boleh fokus, berbanding Work From Home. Padahal bukan ada anak kecik untuk diuruskan. Hihihihi. Tapi lain la rasa bila kerja di rumah. Kadang baru setting otak nak buat kerja, iklan Wow Shop kat TV tu pun boleh menarik perhatian. Padahal selama ni tidak teringin memandang pun. Hihihihi. Sementara Cella lena sempatlah sambung kerja sikit. Baru beberapa minit  terlelap handphone pula berdering. Kata Cella kelas batal... 
Eloklah, jom balik. Tadi nak balik takit tidak sempat sampai rumah dah mula kelas. Dah kata pensyarah dah ingatkan online di rumah. Jangan ada yang online dalam kereta atau kat McD bagai. Sebab tu semua kena on camera sepanjang online. Dah banyak kes katanya ada yang online kat McD & dalam kereta & hanya pakai T shirt. Walauoun online class pensyarah sudah pesan auruh pakai kemas macam pergi kelas. Jadi marilah kita balik. Saya pun bukan berani sangat nak berlama-lama dalam kusunyian walaupun bilik berkunci. Semacam rasa dengan langit mendung nak hujan.... 



14 comments:

  1. Terima kasih puan sbb teruskan blog cella nie ..sy suka sngat blog nie..bnyak ilmu sy dpat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, jika menjadi ilmu yang bermanfaat.. Jika ada yang tidak kena, tegurlah saya

      Delete
  2. Sejak bertukar admin akak sentiasa terintai2 entri apa lps ni. Kalu dulu penceritaan dari sudut remaja tapi skrg kena dgn pengalaman hidup seharian yg terselit banyak panduan buat kita yg bertaraf emak2 no I'm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak..
      Sekarang saya pun rasa happy kerana menulis sudah menjadi terapi. Lagi-lagi dalam PKPB.
      Kurang sikit rasa sunyi

      Delete
  3. Salaam,

    "Kalau nelayan mengharung ombak dan badai. Pemburu meredah hutan rimba. Saya pula meredah hutan batu.Kadang terpaksa berhenti- berhenti mengelak "hujan batu" dari atas".

    Wow mak ayat macam sasterawan. Menulis.

    Konkrit jatuh adalah kecuaian developer contractor. That should not have happened.sebab public safety ... They should be more stricter on the health and safety.
    Typical...

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام
      Hihihi... Dulu masa sekolah saya sangat meminati Sastera tapi bila exam tak dapat credit. Lukus sahaja. Sebab saya syok sendiri. Saya banyak menjawab apa yang saya tahu, bukan menjawab apa yang ditanya.. Hihihihi

      Delete
  4. Assalammualaikum..
    Masih segar blog Namakucella..Alhamdulillah..banyak info yg akak dapat..Terimakasih ya Puan..Kirim salam sayang pada Dik Cella...

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام
      Salam kenal sis Ogy..
      Dah sampaikan salamnya...
      Tersengih cella macam kerang. Cella cakap aunty angkat dia ni..hihihi..

      Delete
  5. Salam kesayangan untk cella jga diri tau😘

    ReplyDelete
  6. Sayu pulak tengok lambaian cella.Sebenarnya akak dah lama jadi silence reader Cella sebab nak tengok resepi.Alhamdulilah mak cella dapat sambung semula kongsi resepi empunya diri.Rasanya mak cella lagi banyak idea utk menulis ya...seronok baca.Tak macam akak walaupun dh lama jadi penulis blog tapi hangat2 tahi ayam..hihii.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah kak. Nampak sangat saya ini tidak alert. Langsung tidak perasa. CORETAN HIDUP akak.. Saya janji akan jadi "jiran" akak yang baik..Akan kunjung ziarah selalu... Hihihi

    ReplyDelete