Thursday, 26 November 2020

NASI GORENG TELUR TIGA SUKU

 Petang semalam, otw balik rumah singgah beli tepung pelita. Tapi dah petang, jap lagi dah nak malam nak dinner apa pula. Rasa penat nak masak. Cari nasi lemak bungkus tak ada lah pula. Pusing-punya pusing jumpa la 1 gerai jual nasi lemak bungkus. Tapi, gerai tu dah pernah nak singgah beli burger hari tu. Lalu sahaja tepi gerai tu jalan sempit, dia punya penjual tu pulak(tidak lah pula tahu itu tokey atau kepekerja) macam gangsters. Badan dia berketul-ketul macam Hulk Hogen  pakai gelang besi macam rantai tambat anak gajah tu pada  dua-dua belah tangan. Cincin dia penuh jari.. Hihihi.... Tak jadi lah nak beli. Saya tacut...! 

Pusing lagi, jumpa gerai Nasi Lemak Chicken Chop Viral. Nampak bannernya macam sedap. Suruh Cella turun beli. Saya tunggu dalam kereta. Tengok Cella balik lenggang kangkung. Katanya takde tuannya la pula gerai tu. Gerai Air Kelapa sebelah tu cakap tuan dia baru sahaja pergi solat. Kalau nak kena tunggu. Macam malas la pula nak tunggu. Terus balik. Tiada rezeki nak makan nasi lemak. 

Rezeki dinner malam tadi ialah Nasi Goreng Telur Tiga Suku. Kalau kat kampung saya @ Kedah, tiga suku tu istilah untuk orang tidak berapa siuman.Jadi, kalau ke Kedah kalau mereka gelarkan anda "Tiga Suku" jangan dok bangga sangat na... Hihihi. Suku di Kedah bermaksud 25 sen. Kalau tiga suku dimaksudka tidak berapa waras kerana  tiga suku hanya 75 sen. Belum cukup seringgit. Kalau 5sen disebut 5duit.10 sen =sekupang. 15 sen =15duit.25sen = suku. Yang lain sebutan dia sama sahaja kecuali sen ditukar kupang. 

Tapi yang saya maksudkan tiga suku kat sini ialah telur yang tiga suku masak. 
Dimakan dengan nasi goreng sardin
Sebab tiada rezeki 2 nasi lemak, sampai rumah, terus sinsing lengan & tanak nasi nK buat nasi goreng. Sementara siap solat, nasi dah tanak. Terus masak Nasi Goreng Sardin bersayurkan kailan. Express menu. Tak payah nak menyambal sardin & tak perlu nak bertumis sayur. Tumis cili blend sikit, masukan sardin  tin & garam. Bila mendidih. Masukkan nasi & gaul rata.Campak sayur kailan... Rice cooker yang dah kosong letak 2 helai tisu dapur yang sudah dicelup air. Letak telur & on cook. Bila dah bertukar warm, tutup plug & biar 10 minit. Masak eloklah telur itu, in sya Allah. 



Cella  memang nak 1/2 masak sahaja telurnya. Nak feel leleh-leleh


Saya pun sama nak 1/2 masak baru sedap. Maka lepas button cook bertukar warm, saya terus keluarkan 2 biji ni cepat-cepat supaya kuningnya tidak sempat beku keras

Ni untuk bujang jantan sorang tu saya keluarkan selepas 5 minit. Hasilnya 3/4 masak. Untuk Adah biar saya biar 10 minit sebab dia belum nak makan & dia memang x akan makan telur 1/2 masak. Dia hanya makan telur rebus keras & kuningnya dia tak makan. 

Ada sekuali nasi goreng sardin + kailan

Nak telur yang egg yolk terang macam tu? Saya ada 4 tips

1. Guna telur itik- mahal sikit la sebiji dalam 80 sen tapi sedap

2. Telur ayam kampung- mahal sikit & susah nak dapat-harga sebiji dalam singgit juga la. 

3. Beli telur Omega- pun mahal sikit dari telur biasa (sebiji dalam  60sen)

4.  Tips ke - 4 ni yang selalu saya buat. Harga biasa sahaja. Sebiji dalam 34 sen hingga 40 sen. Beli telur ayam @ Speedmart.. In sha Allah telur biasa pun egg yolk oren terang. Saya tidak tahu kenapa telur di Speedmart lebih cantik. Tapi dari pengcaman mata & pengalaman saya, telur & rempah ratus yang dalam pack plastik keras hijau kat Speedmart tu memang berkualiti & nampak fresh. Kalau lada hitam memang bersih & bijinya cantik. Saya tidak dibayar untuk iklan percuma Speedmart ini. Sekadar nak habaq ja.. Benda baik kita kongsi.. Semoga bermanfaat




9 comments:

  1. Kita pun panggil orang gila 'tiga suku', hihi.

    Tq share tips telur tu, kita penggemar telur kuning cair, paling best, masa dia bulat2 tu, angkat pelan2, suap dan biar pecah dalam mulut, wallaweiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panggil 3/4 juga ek.. Hihihi
      Bukan la tips sangat pun. Hihihi

      Delete
  2. Anak2 akak suka kalau telor cair2 gini tapi kalau telor goreng mata 2 anak yg bawah ni hanya makan kuning telor je,yang putih ditinggal gitu je terutama si bongsu ni ,tak ubah2 lagi perangai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menangis ayam kalau tahu putihnya tidak dimakan... Hihihi

      Delete
  3. Sejuk-sejuk gini, tak kira telur mata berapa, sedapnya kannn hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Lin...
      Kalau dapat telur penyu pun sedap kan.. Hihihi

      Delete
  4. Salaam,
    Jadi telur kurang waras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام
      Agaknya la..tengok ada yang senget, ada yang meleleh.. Hihihi

      Delete